AKRAB UM

AKRAB UM

Share

AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari. VISI

Menjadikan AKRAB penggerak Budaya Kerja Kelas Pertama dalam organiasi.

PENGENALAN

AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana dikehendaki dalam PP 18/2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja

AKRAB DI Hari Raya 17/03/2026

Lagu “AKRAB DI HARI RAYA” mengangkat semangat kekeluargaan, sokongan dan keakraban dalam suasana Syawal yang penuh ceria.

Dengan lirik yang menyentuh hati, ia menggambarkan bagaimana komuniti AKRAB saling menyantuni dalam s**a dan duka, berkongsi kenangan, dan memperkukuh ikatan persahabatan.

Lagu ini menyerlahkan nilai kasih sayang dan semangat bantu-membantu yang menjadi tunjang kekuatan sepanjang zaman, menjadikan Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi simbol perpaduan dan harapan bersama.

Hayatilah bait-bait lirik AKRAB di Hari Raya di https://youtu.be/2K9Ylw2sX4E

👍 Like | 💬 Komen | 🔁 Kongsi

Salam mesra,
AKRAB Universiti Malaya
Audimus • Curamus • Dirigimus




AKRAB DI Hari Raya Lagu “AKRAB DI HARI RAYA” mengangkat semangat kekeluargaan, sokongan dan keakraban dalam suasana Syawal yang penuh ceria..Dengan lirik yang menyentuh hati, i...

17/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Universiti Malaya,

Syawal bakal menjelang!
Pastinya kita semua menantikan saat berkumpul bersama keluarga, sahabat handai dan menikmati kemeriahan Hari Raya.

Namun, kita juga tahu… kadangkala Raya datang bersama “soalan-soalan panas” seperti “Bila nak kahwin?”, “Kerja macam mana sekarang?” atau “Bila nak tambah ahli keluarga?”

Sehubungan itu, AKRAB Universiti Malaya melalui siri Jelekit ingin berkongsi poster ringkas bertajuk “Raya Harmoni Tanpa Emosi Terbakar” yang memuatkan beberapa tip santai untuk membantu kita menghadapi situasi tersebut dengan lebih tenang dan positif.

Antara perkongsian menarik dalam poster ini:
• Tarik nafas dan tenangkan diri sebelum memberi respon
• Pilih respon yang matang, bukan reaksi spontan
• Senyuman sebagai jawapan yang menenangkan keadaan
• Fahami niat di sebalik pertanyaan
• Gunakan gurauan ringan untuk mencairkan suasana
• Utamakan silaturrahim dalam setiap pertemuan

Semoga perkongsian kecil ini dapat membantu kita semua menikmati Raya yang lebih ceria, tenang dan penuh harmoni bersama insan tersayang.

Jom sebarkan aura positif Syawal!

Selamat menyambut Aidilfitri dan semoga perayaan ini membawa kegembiraan serta mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Sekian, terima kasih.

Salam mesra,
AKRAB Universiti Malaya
Audimus • Curamus • Dirigimus

Photos from AKRAB UM's post 17/03/2026

🌙 Santai Bersama Wira Malam UM 2.0 🌙

Ketika kebanyakan warga kampus berehat, ada insan yang terus berjaga demi keselamatan kita semua. 💙

Pada 16 Mac 2026, rakan AKRAB Universiti Malaya telah turun padang mengunjungi pondok-pondok kawalan di sekitar kampus utama UM dalam program Santai Bersama Wira Malam UM 2.0 sebagai tanda penghargaan kepada pas**an keselamatan yang setia bertugas tanpa mengira waktu.💪💪💪

Walaupun ringkas, kunjungan ini penuh dengan senyuman, penghargaan dan semangat silaturahim antara warga kampus dan Wira Malam yang sentiasa menjaga keamanan Universiti Malaya.😍😍😍

Terima kasih kepada semua rakan AKRAB UM yang terlibat menjayakan program ini, khususnya kepada Puan Noraien Abu Samah selaku ketua program bersama barisan pas**an yang turut sama turun padang iaitu Dr. Mohd Shahril Nizam bin Shaharom, Puan Fauziah Abdul Bab, Puan Noraqidah Ghazali, Puan Nor Haryati Muen, En. Mohd Azizan bin Mohd Faudzan dan En. Mohd Rizuwan Bin Mahmad.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Wira Malam dalam menjaga keselamatan kampus amatlah dihargai. Semoga usaha kecil ini dapat memberi sedikit semangat dan tanda terima kasih atas komitmen mereka.🌹🌹🌹

🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩

AKRAB Universiti Malaya
Audimus • Curamus • Dirigimus

Photos from AKRAB UM's post 12/03/2026

WALL OF KINDNESS 4.0

Program Wall of Kindness 4.0 telah berjaya dilaksanakan pada 10 Mac 2026, bermula dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Halaman Perpustakaan Utama, Universiti Malaya. Program ini dianjurkan oleh AKRAB Universiti Malaya dengan kerjasama UWA, CRICE dan Perpustakaan Universiti Malaya.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman, Pendaftar Universiti Malaya. Penganjuran program ini merupakan satu inisiatif yang amat bermakna dalam menyemai semangat keprihatinan, kebersamaan serta budaya berkongsi dalam kalangan warga universiti dan masyarakat.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini, antaranya agihan barangan preloved, agihan makanan ringan untuk berbuka puasa, perkhidmatan henna percuma, serta pertandingan anyaman ketupat. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menarik penyertaan warga universiti, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana yang harmoni dan penuh kemesraan.

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Penghargaan khusus juga ditujukan kepada para penyumbang, s**arelawan, warga Universiti Malaya serta semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.

Semoga segala sumbangan, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal jariah serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Program ini turut membawa mesej yang sangat bermakna kepada masyarakat melalui konsep:

“Ambil jika perlu, beri jika mampu.”




06/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Nuzul Al-Quran 1447H / 2026M

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, AKRAB UM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh warga fakulti Universiti Malaya yang beragama Islam.

Semoga 17 Ramadhan ini menjadi detik untuk kita kembali menghayati makna penurunan Al-Quran sebagai panduan hidup yang menerangi hati, memperkukuh integriti dan membina budaya kerja yang berakhlak serta penuh ihsan.

Marilah kita bersama-sama menjadikan Al-Quran sebagai sumber kekuatan jiwa, inspirasi dalam melaksanakan amanah, dan pedoman dalam membentuk persekitaran kerja yang harmoni dan diberkati.

Semoga setiap usaha kita dinilai sebagai ibadah dan setiap langkah kita dipandu dengan cahaya Al-Quran.

Ikhlas daripada,
AKRAB UM

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Audimus...Curamus...Dirigimus

We Listen...We Care...We Guide

06/03/2026

Bersedia untuk kemunculannya!!!!!!!!
Countdown Pelancaran Video Raya AKRAB.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Photos from Majlis AKRAB Kebangsaan's post 03/03/2026

Jalinan kerjasama🤝
Terima kasih Majlis Akrab Kebangsaan

Photos from AKRAB UM's post 03/03/2026

Memperkasa Peranan, Memperteguh Kerjasama

Alhamdulillah, pada 3 Mac 2026, AKRAB Universiti Malaya telah berpeluang mengadakan kunjungan dan sesi perkongsian di Akademi AKRAB, Majlis Akrab Kebangsaan (MAK).

Pertemuan ini bukan sekadar sesi rasmi, tetapi ruang untuk saling mengenali, bertukar pandangan dan memperkukuh peranan sebagai rakan sokongan dalam organisasi.

Setiap sesi perbincangan memberi dimensi baharu dalam memahami betapa pentingnya peranan dan kesepaduan kerjasama dalam kalangan ahli AKRAB sebagai tunjang sokongan yang berkesan.

Terima kasih En.Mohd Afendi (pengerusi) & Yang Arif Haji Azmi (Timb Pengerusi) Majlis Akrab Kebangsaan diatas layanan yang amat baik serta komitmen semua pihak yang terlibat.

Semoga jalinan yang terhasil ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kolaborasi bermakna pada masa akan datang.




26/02/2026

🔥 Hari ini kita mula!
Terima kasih atas setiap sumbangan yang diberi dengan penuh keikhlasan.

Malam ini bukan sekadar agihan…
Tapi tentang menyantuni, menghargai dan menyemai rasa kebersamaan 💛

10.00 malam kita gerak bersama.
Doakan semuanya dipermudahkan dan menjadi asbab keberkatan buat semua. 🤲✨






23/02/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga universiti Malaya,

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Wall of Kindness 4.0 kini membuka Sesi Pengumpulan Pre-Loved Item kepada seluruh warga fakulti.

Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada staf dan pelajar yang berhajat untuk berkongsi rezeki melalui barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik, bersih dan boleh digunakan.

📍 Lokasi Pengumpulan: CRICE, Fakulti Pendidikan
📅 Tarikh: 25 Februari 2026 & 4 Mac 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 12.30 tengah hari – 2.00 petang

⚠️ Mohon pastikan pakaian dan barangan yang disumbangkan berada dalam keadaan elok, bersih serta sesuai untuk digunakan semula.

Marilah kita bersama-sama menyemai budaya kasih sayang dan keprihatinan dalam komuniti kampus.

✨ Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan asbab kebaikan yang berpanjangan.
✨ Sedikit yang kita beri, besar maknanya buat mereka yang memerlukan.

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan warga fakulti.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur
50603

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00