25/08/2026
โRamai yang tanya, macam mana nak jual emas terpakai atau emas rosak di Public Gold?
Sebenarnya mudah sahaja. Public Gold terima semua jenama emas 916 ataupun 999 asalkan emas tulen. Bengkok, patah, calar, atau kemek, juga diterima. Harga yang telus dan patuh syariah.
Prosesnya camni:
Pertama, pastikan dah berdaftar untuk urusan buyback dan aplikasi Public Gold dah disahkan. Saya akan bantu.
Kedua, bila sampai di cawangan, scan QR code untuk dapatkan nombor giliran. Bila nombor dipanggil, serahkan IC dan emas yang nak dijual kepada staf.
Ketiga, emas akan ditimbang dan diperiksa ketulenannya. Nilai emas akan dikira berdasarkan berat, gred dan harga buyback semasa.
Keempat, kalau dah bersetuju dengan nilai yang ditawarkan, proses jualan diteruskan dan bayaran dibuat ke akaun bank.
Kelima, proses selesai. Mudah, telus dan teratur.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang proses jual emas terpakai atau rosak di Public Gold, boleh like, follow dan share video ini.