15/05/2026
Sempena Hari Guru tahun ini, PEMIMPIN menampilkan dua lagi kisah alumni kami, Cikgu Ching Yun Ming (YM Ching ) dan Cikgu Norsimah Mohd Zain Soo yang membuktikan bahawa perubahan dalam pendidikan bermula apabila guru sendiri mengambil langkah untuk memimpin.
Bagi mereka, guru hari ini bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi pemimpin yang memahami dunia murid, menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, dan membina hubungan yang lebih bermakna bersama murid serta ibu bapa.
Apabila guru memimpin, bilik darjah berubah menjadi ruang yang lebih hidup, tempat murid berani bersuara, yakin terhadap diri sendiri, dan diberi peluang untuk berkembang mengikut potensi masing-masing.
Kerana apabila guru memimpin dengan hati, perubahan itu tidak berhenti di dalam bilik darjah, impaknya bergerak jauh dalam diri setiap murid.
14/05/2026
Sempena Hari Guru tahun ini, PEMIMPIN meraikan guru-guru yang hadir setiap hari bukan sekadar untuk mengajar, tetapi untuk membentuk insan dengan penuh kasih sayang, kesabaran, dan harapan.
Melalui kisah alumni kami seperti Cikgu Viknesvari Letchumanan , Cikgu Mohd Khairil Azizan , dan Cikgu Mohamad Nazri Ishak , kami diingatkan bahawa tugas seorang guru hari ini jauh melangkaui bilik darjah. Seorang guru membina ruang yang selamat untuk murid merasa dihargai, difahami, dan yakin terhadap diri sendiri. Seorang guru juga melihat potensi dalam setiap anak.
Apabila guru memimpin dengan hati, impaknya tidak terhenti di sekolah. Kesan tersebut hidup dalam keyakinan murid, dalam keberanian mereka untuk mencuba, dan dalam kenangan yang akan mereka bawa sepanjang hayat.
Di PEMIMPIN, kami amat berbangga dapat berdamping dan belajar bersama para pendidik yang terus memimpin dengan nilai kemanusiaan dalam membina generasi masa depan.
Terima kasih, cikgu. Kehadiran anda meninggalkan makna yang tidak ternilai dalam kehidupan ramai anak-anak Malaysia.
13/05/2026
Education today continues to evolve at the intersection of policy and practice, where bold ideas are translated into meaningful classroom impact through the work of teachers and school leaders.
We are proud to launch the very first session of our Thought Leadership Series with a timely conversation titled From Policy to Practice: Advancing Teacher Leadership 🔥
Co-organised with Fulbright Malaysia (), this inaugural session explores how teacher leadership can strengthen the connection between policy aspirations and the realities of teaching and learning in schools, in support of the Malaysia Education Blueprint 2026–2035.
We are also honoured to host Fernando M. Reimers, (.reimers) Ford Foundation Professor of the Practice in International Education at the Harvard Graduate School of Education. A globally respected scholar in education innovation and reform, Prof. Reimers has advised education systems around the world on strengthening teaching, learning, leadership development, and global citizenship education at scale.
This session brings together a curated group of education leaders and practitioners for a focused dialogue on what it takes to bridge policy and practice in today’s evolving education landscape.
Highlights from the session will be shared on our social media platforms, so, stay tuned ✨
12/05/2026
When teachers are involved in shaping decisions, education becomes more connected to real classroom realities and student needs, and teacher voices in the conversation bring it even closer to what classrooms actually need.
✨ Introducing the Thought Leadership Series ✨
As one of the key components of the MTP Fellowship launching this year, the series is designed to convene education thought leaders, policymakers, and practitioners. Its core mission is to drive dialogue, share insights, and advance the narrative of teachers as system leaders.
The inaugural session is just around the corner, featuring a special speaker joining us all the way from Harvard 🇺🇸
Stay connected via our social media channels for updates on the first session and a line-up of future sessions across both online and in person settings.
11/05/2026
Hi cikgu! Seiring dengan pemansuhan SPLKPM dan peralihan perekodan program pembangunan profesionalisme ke dalam HRMIS, kami memahami bahawa ramai guru mempunyai pertanyaan berkaitan proses merekod kursus LADAP Plus .
Sehubungan dengan itu, kami dengan sukacitanya menyediakan panduan langkah bagi membantu cikgu merekod kursus anda dengan lebih mudah dan teratur di dalam HRMIS.
Sila ikuti langkah-langkah yang disediakan untuk memastikan aktiviti e-pembelajaran cikgu dapat direkodkan dengan tepat. Semoga panduan ini bermanfaat kepada cikgu.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan teknikal, pasukan kami sedia memberikan bantuan melalui:
📞 011-1100 4611 (WhatsApp sahaja).
Jangan lupa ikuti PEMIMPIN di media sosial untuk maklumat dan panduan terkini mengenai LADAP Plus!
Yang melaporkan,
Cikgu Wati,
SU LADAP Plus
08/05/2026
The Malaysia Teacher Prize (MTP) has been one of our most impactful programmes. It is designed to elevate the teaching profession and shine a light on the incredible talent within our classrooms across the country.
But from the very beginning, we never intended it to be a one-off moment of recognition. What we’ve seen over the years is clear: teachers are not just exceptional educators; they are leaders with the potential to shape practice, influence systems, and inspire others far beyond their schools.
So this year, PEMIMPIN is taking a different step.
We are starting with something new: the MTP Fellowship. The Fellowship is designed for outstanding educators who already demonstrate this potential. Teachers who are ready to deepen their impact and extend their influence beyond the classroom. Our first cohort will begin with past Malaysia Teacher Prize Finalists, building on the strength, experience, and proven impact they have already shown.
This is our commitment to go further:
- to invest more deeply in the educators we’ve already discovered,
- to support how their work can grow and create impact at scale,
- and to continue walking alongside them as they lead from where they are.
Because we know that when teachers are given space, not just to participate, but to lead, they don’t just improve practice. They transform systems.
07/05/2026
Sekali lagi Dr Velerie Wheelervon Primus membanggakan seluruh warga pendidikan dan negara. Kali ini beliau dinobatkan sebagai pemenang rantau Asia Tenggara dan Pasifik bagi 2026 Cambridge Dedicated Teacher Awards.
Saya pernah mengadakan lawatan ke SK Bingkor di Sabah dan melihat sendiri kegigihan Dr Velerie memartabatkan pendidikan untuk murid berkeperluan pendidikan khas.
Jika sebelum ini, beliau pernah dinobatkan sebagai pemenang Malaysia Teacher Prize 2024, kali ini usaha tidak mengenal lelah Dr Velerie diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Memetik kata-kata beliau, “Miracles do happen!”
Tahniah Dr Velerie! Terima kasih kerana menginspirasikan kami semua. 🩵
05/05/2026
What if teachers didn’t just shape classrooms, but the entire education systems?
Something new is coming to the Malaysia Teacher Prize.
6 May 2026.
01/05/2026
Happy Labour Day! 👏
Today, we celebrate all who work wholeheartedly for a better tomorrow; teachers, school support staff, and everyone behind the scenes.
Thank you for showing up everyday!