13/05/2026
St. John's Institution
Secondary School - Cluster School
13/05/2026
24/04/2026
Pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Tuan atas kesudian mengadakan kunjung bantu serta memberikan bimbingan yang amat bermakna kepada seluruh warga pendidik St. John’s Institution pada 23 April 2026.
Kehadiran dan komitmen Tuan dalam menyampaikan pandangan, nasihat serta tunjuk ajar yang bernas telah memberi suntikan semangat dan inspirasi kepada para guru untuk terus memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran. Segala perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan bukan sahaja membuka ruang penambahbaikan, malah menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan sekolah ini.
Sesungguhnya, kunjungan ini amat dihargai dan akan sentiasa dikenang sebagai satu
usaha murni dalam memperkasa pendidikan serta memartabatkan profesion keguruan.
Ikhlas daripada,
Pengetua dan warga pendidik SJI
23/04/2026
SJI telah melakar sejarah pada hari ini
16/04/2026
🏑Kejohanan Hoki MSSD Keramat 2026 🏑
Tarikh: 15-16 April 2026
Tempat: Stadium Hoki KPM Bangsar
Johan MSSD Keramat L18 🏆
Penjaga Gol Terbaik : Aqeef Faiq (4S)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Tuah Zulqarnain (4T)
Pemain Terbaik Keseluruhan MSSD Keramat : Afham Aysh (5O)
Coach : En. Amirin & En. Aleef
Guru Penasihat
1) En. Amirul
2) En. Faizal
3) Pn. Siti Zubaidah
4) Pn. Mullai
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team Hoki St. John's Institution🎉🏆🏑
16/04/2026
MAKLUMAN KEPUTUSAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR B18 LELAKI
ST. JOHN’S INSTITUTION
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pasukan Bola Tampar B18 Lelaki St. John’s Institution telah menyertai kejohanan yang berlangsung baru-baru ini.
Berikut adalah keputusan perlawanan:
Lwn St John International
Keputusan: 15 – 31 (Kalah)
Lwn SMK Keramat Wangsa
Keputusan: 31 – 29 (Menang)
Lwn SMK Seksyen 5 Wangsa Maju
Keputusan: 31 – 29 (Menang)
Lwn SMK Taman Melati
Keputusan: 29 – 31 (Kalah)
Rekod keseluruhan: 2 Menang, 2 Kalah
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemain dan jurulatih atas komitmen serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.
Kalah bukan pengakhiran, tetapi permulaan untuk bangkit lebih kuat.
Sekian, terima kasih.
16/04/2026
🏸 MAKLUMAN KEPUTUSAN KEJOHANAN BADMINTON 🏸
MSSD Zon Keramat 2026
Tahniah diucapkan kepada pasukan badminton sekolah atas pencapaian yang membanggakan dalam Kejohanan MSSD Zon Keramat.
Keputusan kategori Bawah 15 Tahun (U15):
• Perseorangan (Single): Tempat Ketiga Bersama (2 orang murid)
• Beregu (Doubles): Naib Juara 🥈
Kejayaan ini hasil usaha gigih para pemain serta bimbingan berterusan guru penasihat.
Syabas dan tahniah! Teruskan kecemerlangan! 💪🔥
Well done, boys!We are so proud of you! 👏🏻
PIBG 26/27
Fide et Labore
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
St. John's Institution, Jalan Bukit Nanas
Kuala Lumpur
50250
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:00 |
| Tuesday | 07:30 - 17:00 |
| Wednesday | 07:30 - 17:00 |
| Thursday | 07:30 - 17:00 |
| Friday | 07:30 - 17:00 |