04/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Makluman Ujian SEGAK Penggal Pertama:
📅 5 Mei 2026 – Tahun 4
📅 6 Mei 2026 – Tahun 5
📅 7 Mei 2026 – Tahun 6
⏰ 7.30 pagi – 9.30 pagi
Perhatian:
• Kehadiran murid adalah wajib
• Murid perlu hadir dengan pakaian PJ lengkap
• Buku dibawa mengikut jadual seperti biasa
Terima kasih.
Panitia PJPK
04/05/2026
[30 April 2026]
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada pasukan TKRS sekolah atas pencapaian cemerlang dalam Karnival TKRS Daerah Gombak 2026.
PENCAPAIAN 🥈🥈
Tempat ke-4 bagi dua acara yang dipertandingkan.
➡️ Bantu Mula Puteri - Tempat ke-4 penyertaan daripada 43 sekolah.
➡️ Hafazan Puteri - Tempat ke-4 penyertaan daripada 25 sekolah.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin serta semangat kerjasama yang tinggi dikalangan murid.
Terima kasih kepada ustaz Abdullah selaku guru pembimbing merangkap jawatankuasa karnival TKRS daerah Gombak, cikgu Nurul Jannah - Ketua guru penasihat TKRS SK (2) Gombak, guru-guru penasihat TKRS dan kepada semua yang terlibat. Tanpa usaha, komitmen dan sokongan semua, kejayaan ini tidak mungkin tercapai
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Guru Besar
SK (2) Gombak
04/05/2026
[22 April 2026]
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada peserta nyanyian kategori (DUO) yang telah mendapat TEMPAT KE-2 PERINGKAT DAERAH GOMBAK TAHUN 2026.
Kejayaan ini amat membanggakan warga sekolah seterusnya menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid lain untuk turut berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Semoga terus bersemangat untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada PK Kokurikulum, Pn Habshah, guru pembimbing, ustazah Nurfarahin serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan kejayaan ini.
Guru Besar
SK (2) Gombak
04/05/2026
KEPUTUSAN KEJOHANAN RAGBI MSSD GOMBAK 2026
Berikut adalah keputusan pencapaian pasukan ragbi peringkat daerah Gombak yang berakhir pada 23.4.2026 (Khamis)
PASUKAN LELAKI
Pencapaian : Tempat ke-3 Kategori Spoon
PASUKAN PEREMPUAN
Pencapaian : Tempat ke-3 Kategori Plate
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada pasukan ragbi sekolah atas semangat juang, komitmen, usaha gigih, disiplin yang tinggi dan kesungguhan yang telah ditunjukkan demi mengharumkan nama sekolah. Semoga terus berkembang dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penolong Kanan Kokurikulum, barisan jurulatih serta guru pengiring yang terlibat atas segala bimbingan, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga segala jasa baik ini terus diberkati dan dihargai.
Guru Besar
SK (2) Gombak
22/04/2026
[GENTA SUARA NYANYIAN IRAMA MALAYSIA KATEGORI DUET]
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada peserta nyanyian kategori (DUO) yang telah disenaraikan Top 3 Finalist seterusnya akan mewakili sekolah ke peringkat Daerah Gombak pada 22.4.2026 (Rabu) bertempat di SK Bandar Baru Selayang (2).
Warga sekolah mendoakan agar 2 bakat cilik ini terus melakar kejayaan ke pentas akhir. Semoga kejayaan, menjadi milik SK (2) Gombak.Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih kepada Pn Habsah, PK Kokurikulum, ustazah Farahin merangkap guru pembimbing dan kepada semua yang terlibat menguruskan pertandingan ke peringkat akhir.
ALL THE BEST. ROAD TO FINAL 🏆
Guru Besar
SK (2) Gombak
11/04/2026
[11 APRIL 2026]
ALHAMDULILLAH.SELESAI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-51 .
11/04/2026
[10 APRIL 2026]
MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA BAGI SESI 2026
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN MUDA ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH , PENGAWAS PUSAT SUMBER , PENGAWAS ICT DAN PENGAWAS PRS.SEMOGA DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN AMANAH .
18/03/2026
Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Bagi Kalendar Akademik 2027.
Ibu bapa dan penjaga disarankan untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
🗓 Tarikh tutup permohonan: 31 Mac 2026
Link pendaftaran:
https://idme.moe.gov.my/
Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang diberikan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sekian, terima kasih.
Tahun Ini, Tahun Kita
18/03/2026
MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN 1447H