HADEE education

HADEE education

Share

Page ini adalah untuk sebaran informasi berkaitan pendidikan agama anak - anak bangsa

09/04/2026

πŸ“š Anak masih belum bersedia untuk UPKK / UPSRA/PSRA?

Jangan risau - kami bantu dari asas hingga yakin menjawab πŸ’ͺ✨

Perkenalkan patHEway (Weekly Class Preparation) oleh Hadee Education
Kelas mingguan yang fokus kepada kefahaman + teknik skor 🎯

✨ Apa yang pelajar akan dapat:
βœ”οΈ Bimbingan mentor berpengalaman
βœ”οΈ Teknik nota kata kunci (mudah ingat & ulangkaji)
βœ”οΈ Kelas atas talian (flexible dari rumah)
βœ”οΈ Modul lengkap disediakan

Sesuai untuk pelajar yang perlukan guidance konsisten, bukan last minute study

πŸ’‘ Jangan tunggu saat akhir baru nak mula…
Mulakan langkah awal bersama patHEway!

πŸ“² Tempat terhad β€” Daftar sekarang
atau komen NAK INFO dan kami akan hubungi anda 😊

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin πŸŒ™βœ¨

Di hari yang penuh keberkatan ini, kami di Hadee Education ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan para pelajar atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan ini.

Daripada barisan mentor hingga ke team pengurusan, setiap usaha yang dicurahkan adalah untuk memastikan anak-anak terus belajar, membesar dan berjaya dengan sebaiknya πŸ’«

Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, ketenangan dan keberkatan buat kita semua, serta menguatkan lagi semangat untuk terus melangkah ke arah kejayaan bersama.

Ikhlas daripada,
Hadee Education 🀍

11/03/2026

Juzuk 21 mengajar kita bahawa kemenangan yang sebenar bukan sekadar kemenangan dalam harta, pangkat atau kejayaan dunia semata-mata. Kemenangan yang paling bermakna ialah apabila seseorang mampu membimbing diri dan orang lain ke arah pembangunan akhlak yang baik serta kehidupan yang diredai Allah.

Dalam kehidupan seharian, manusia sering mengejar kejayaan yang bersifat luaran, tetapi hakikatnya kejayaan yang sebenar adalah apabila kita mampu memperbaiki akhlak, menjaga hubungan dengan Allah dan berusaha melakukan kebaikan kepada sesama manusia. Akhlak yang baik bukan sahaja mencerminkan keimanan, malah menjadi asas kepada masyarakat yang harmoni dan penuh dengan nilai kebaikan.

Semoga kita sentiasa berusaha membina akhlak yang mulia dalam setiap perbuatan dan kata-kata. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang memperoleh kemenangan yang sebenar di sisi Allah, iaitu kejayaan dalam membentuk diri menjadi insan yang lebih baik dan bermanfaat kepada orang lain.

11/03/2026

Juzuk 20 mengajar kita tentang hakikat sebenar diri manusia β€” bahawa kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa. Segala yang kita ada hari ini, sama ada rezeki, kekuatan, ilmu atau kejayaan, semuanya adalah kurniaan daripada Allah. Tanpa rahmat dan izin-Nya, manusia tidak mampu berbuat apa-apa dan sentiasa berada dalam keadaan memerlukan pertolongan-Nya.

Kesedaran bahawa kita ini sentiasa fakir di hadapan Allah sepatutnya menjadikan hati lebih tunduk dan rendah diri. Ia mengajar kita supaya tidak sombong dengan nikmat yang dimiliki, kerana semua itu hanyalah pinjaman sementara. Sebaliknya, kita digalakkan untuk sentiasa bersyukur, berdoa dan bergantung harap kepada Allah dalam setiap urusan kehidupan.

Semoga kesedaran ini menjadikan kita insan yang sentiasa merendahkan diri di hadapan Allah, tidak lalai dengan nikmat yang sementara, dan sentiasa memohon kebaikan serta pertolongan daripada-Nya. Mudah-mudahan hati kita sentiasa bergantung kepada Allah dalam setiap langkah kehidupan.

09/03/2026

Juzuk 19 mengajar kita bahawa kata-kata mempunyai kekuatan yang sangat besar dalam mempengaruhi hati, pemikiran dan tindakan manusia. Allah mengurniakan kepada sebahagian manusia kelebihan berkata-kata dengan indah, seperti para penyair yang mampu menyusun kata sehingga menyentuh perasaan pendengarnya. Namun, anugerah ini bukan sekadar untuk hiburan atau pujian semata-mata, tetapi juga boleh menjadi jalan untuk menyampaikan kebenaran, nasihat dan peringatan kepada manusia.

Semoga kita belajar untuk menggunakan lidah dan kata-kata dengan sebaiknya seperti menyampaikan kebaikan, menenangkan hati, dan mengajak manusia kepada perkara yang diredai Allah. Kerana setiap kata yang keluar dari mulut kita bukan sahaja memberi kesan kepada orang lain, bahkan turut menjadi tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak.

08/03/2026

Dalam kehidupan, mudah kita terikut arus emosi atau pendapat yang melampau. Surah al-Nur mengingatkan kita untuk bersikap sederhana dalam setiap perkara, sama ada dalam perbuatan, pertuturan, atau penilaian terhadap orang lain.

Bersederhana bukan bermakna lemah, tetapi bijak menyeimbangkan hati, tidak terlalu keras, dan tidak terlalu longgar. Dengan bersikap sederhana, kita lebih adil, lebih tenang, dan lebih dekat dengan rahmat Allah.

Semoga kita mampu meneladani prinsip ini, agar setiap tindakan dan keputusan yang diambil sentiasa dalam garis kebenaran dan keseimbangan.

08/03/2026

Juzuk 17 memberi kita pengajaran, di sebalik setiap ujian, tersimpan hikmah yang kadang kita tidak nampak. Maryam a.s. mengajar kita tentang kesabaran yang lembut tetapi teguh, keimanan yang sentiasa bersinar walau dilanda dugaan yang berat. Dalam sunyi dan cabaran, beliau tetap menunaikan perintah Allah dengan hati yang tulus.

Semoga kisah Maryam menjadi cermin buat kita, agar setiap dugaan dilalui dengan ketabahan, setiap hati dikukuhkan dengan iman, dan setiap langkah sentiasa berpandukan cahaya rahmat-Nya.

06/03/2026

Sempena Nuzul Al-Quran, marilah kita mengambil sedikit masa untuk berhenti seketika dan merenung makna di sebalik peristiwa agung ini.

Turunnya Al-Quran merupakan rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT kepada seluruh manusia. Ia menjadi panduan hidup, sumber kekuatan hati, dan cahaya yang memimpin kita dalam membuat setiap keputusan dalam kehidupan.

Namun, peringatan Nuzul Al-Quran bukan sekadar mengingatkan kita tentang sejarah turunnya wahyu, tetapi juga mengajak kita untuk bertanya kepada diri sendiri, sejauh mana kita mendekati Al-Quran dalam kehidupan seharian?

Adakah kita hanya membacanya, atau kita juga berusaha untuk memahami dan menghayati maknanya?

Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran ini menjadi titik untuk kita memperbaharui hubungan dengan Al-Quran, menjadikannya teman dalam kehidupan, penenang hati, dan panduan dalam setiap langkah yang kita ambil.

Salam Nuzul Al-Quran.
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah bimbingan cahaya Al-Quran. πŸ€πŸ“–βœ¨

06/03/2026

Kadang-kadang dalam hidup, kita rasa seperti tersesat arah. Perkara yang berlaku tidak seperti yang kita rancang, malah ada yang kelihatan seolah-olah tidak masuk akal.

Dalam Juzuk 16, kita diingatkan melalui kisah pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidir bahawa tidak semua perkara yang berlaku dapat difahami dengan segera. Ada hikmah yang Allah sembunyikan di sebalik setiap kejadian.

Apa yang kelihatan buruk pada pandangan kita, mungkin sebenarnya adalah rahmat dan perlindungan daripada sesuatu yang lebih besar.

Ramadhan mengajar kita untuk lebih percaya kepada aturan Allah. Teruskan berjalan dengan sabar, kerana setiap perjalanan hidup pasti ada hikmahnya.

05/03/2026

Juzuk 15 mengingatkan kita tentang perjalanan agung Isra’ yang sarat dengan hikmah, dan kisah dalam Surah Al-Kahfi yang mengajar kita bahawa iman sering diuji dalam keadaan terpencil, jauh dari sorakan manusia.

Kesunyian bukan tanda kita ditinggalkan.
Kesunyian adalah ruang Allah memanggil hati kita pulang.

Di saat dunia terasa berat, ingatlah…
Allah tidak pernah jauh.
Dialah yang paling dekat ketika kita merasa paling sendiri.

Ramadhan ini, selamilah Juzuk 15.
Mungkin di situ, Allah sedang menenangkan jiwa yang penat dan memeluk hati yang sunyi.

✨ Satu Juzuk, Satu Renungan.
✨ Satu Hari, Satu Langkah Mendekat kepada Allah.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur
50480