Majlis Pendidikan PAS - MPP

Majlis Pendidikan PAS - MPP

Share

Majlis Pendidikan PAS (MPP)

Majlis Pendidikan PAS (MPP) iaitu nama baru bagi Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) adalah sebuah majlis yang diuruskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) yang menumpukan sistem & hala tuju pendidikan Islam.

Photos from KUIZM's post 07/02/2023
Dewan Ulamak PAS Pusat | Dana PRU15 Ulamak 07/11/2022

*JOM MENYUMBANG UNTUK DANA PRU15 PASUKAN KEMPEN ULAMAK PAS PUSAT*

Marilah kita bersama-sama tambahkan kekuatan parti dengan Dana dan Kewangan untuk memenangkan PAS dan PN dalam PRU15 ini.

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan melalui pautan (link) di bawah:-

https://toyyibpay.com/Dana-PRU15-Ulamak

Atau terus ke akaun DEWAN ULAMAK PAS PUSAT : 👇🏻

BIMB : 14041010013119

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْراً كَثِيْراً .. باركم الله عليكم.

Dewan Ulamak PAS Pusat | Dana PRU15 Ulamak Pas**an Kempen Pilihan Raya Ulamak PAS Pusat RM

Dewan Ulamak PAS Pusat | Dana PRU15 Ulamak 30/10/2022

SERUAN SUMBANGAN DANA PRU15 PASUKAN KEMPEN ULAMAK PAS PUSAT

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 261)

Marilah kita bersama-sama tambahkan kekuatan parti dengan Dana dan Kewangan untuk memenangkan PAS dan PN dalam PRU15 ini.

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan melalui pautan (link) di bawah:-
https://toyyibpay.com/Dana-PRU15-Ulamak

Atau terus ke akaun DEWAN ULAMAK PAS PUSAT : 👇🏻
BIMB : 14041010013119
Semoga Allah S.W.T melipat gandakan rezeki kita Tuan/Puan yang menyumbang dan diberikan keberkatan dalam kehidupan.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْراً كَثِيْراً .. باركم الله عليكم.

Dewan Ulamak PAS Pusat | Dana PRU15 Ulamak Pas**an Kempen Pilihan Raya Ulamak PAS Pusat RM

18/07/2021

KELEBIHAN AMALAN DI HARI ARAFAH

Sesungguh, tarikh 9 Zulhijjah yang dikenali sebagai hari Arafah adalah antara hari yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Diriwayatkan juga bahawa Hari Arafah adalah sebaik-baik hari sebagaiaman diriwayatkan oleh Jabir RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;

أفضلُ الأيام يومُ عرفة

Maksudnya : ''Sebaik-baik hari ialah hari Arafah.

[Rujuk Jami’ usul fi ahadis al-Rasul (6867)]

Marilah kita sama-sama melaksanakan amalan-amalan sunnah berikut di Hari Arafah :


1. PUASA SUNAT
Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :

صِيَامٌ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَن يُكَفِّرُ السَّنَّةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya:
“Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala daripada Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun sebelum dan sesudahnya.”
[HR Muslim, hadis sahih]

LAFAZ NIAT PUASA SUNAT ARAFAH :

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya:

"Sahaja aku berpuasa Arafah, sunat kerana Allah ta'ala."


2. TAKBIR RAYA

Daripada Ali dan Ammar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW :

كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلَاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلَاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Maksudnya:

“Baginda SAW sentiasa bertakbir pada Hari Arafah selepas solat al-Ghadah (Subuh) dan menghentikan selepas solat Asar hari terakhir bagi Hari-Hari Tasyriq.”

Waktu bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga (13 Zulhijjah). Disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu secara Takbir Muqayyad dengan perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu).

Riwayat al-Hakim (no. 1111) dengan sanad yang sahih.


3. MEMPERBANYAK DOA & ZIKIR

Rasulullah SAW telah bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلَّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Maksudnya:
“Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku ialah, tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

[HR al-Tirmizi, hadis hasan]


4. MEMPERBANYAK MEMOHON KEAMPUNAN

Imam Malik meriwayatkan dalam kitab al-Muwaththa' daripada riwayat-riwayat mursal Thalhah bin Ubaidillah bin Kariz bahawa Rasulullah SAW bersabda,

ما رؤيَ الشيطانُ يوما هو فيه أصْغَرُ ، ولا أدْحَرُ ولا أحْقَرُ ، ولا أغْيَظُ منه في يوم عرفة ، وما ذاك إلا لما يرى من تَنَزُّل الرحمة ، وتجاوز الله عن الذُّنوبِ العِظامِ ، إلا ما أُرِيَ يومَ بَدْر ، فإنَّه قَدْ رأى جبريل يَزَعُ الملائكة

Maksudnya:

''Tiada hari syaitan tidak di lihat dirinya paling kerdil, paling jauh, paling hina dan paling marah pada mana-mana hari melainkan pada hari Arafah. Itu hanya kerana ia melihat turunnya rahmat dan Allah mengampunkan segala dosa besar. Itulah kecuali daripada apay ang telah ditunjukkan pada hari Badar.'' Ditanya kepadanya, ''Apa yang ditunjukkan kepadanya pada hari Badar?'' Baginda bersabda, ''Bukan kah dia melihat Jibrail mengatur barisan pada malikat.''

[Riwayat Imam Malik (6866) di dalam al-Muwatta’,al-Baihaqi (4069) di dalam Syu’ab al-Iman]

11/07/2021

سروان مناجاة كساتوان أُمَّة دان كسجهتراءن رعيت مليسيا


ديوان علماء ڤاس ڤوست مڽرو سلوروه اهلي٢ ديوان علماء ڤاس سموا ڤريڠكت، ڤارا اساتذه، مسلمين دان مسلمات د سلوروه نڬارا اونتوق :-

برڤواسا سنة إثنين ڤد [٢ ذوالحجه ١٤٤٢ هجريه / ١٢ جولاي ٢٠٢١ ميلاديه | إثنين] دان صلاة حاجة/مناجاة ڤد [٣ ذوالحجه ١٤٤٢ هجريه / ١٣ جولاي ٢٠٢١ ميلاديه | ثلاث | ٤،٣٠ ڤاڬي]

دکديامن ماسيڠ۲ باݢي مموهون کڤد الله سبحانه و تعالى اݢر کراجا۶ن ڤرايکتن ناسيونل دباوه ڤنتدبيرن سديا اد دڤرکوکوهکن سرتا کسجهترا۶ن رعيت مليسيا دري سݢالا انچمن وباء ڤڽاکيت دان ڤرڬولقن ڤوليتيك يڠ بوليه ممباوا كڤد ڤرڤچاهن دان ڤرموسوهن.


أستاذ محمد عصري بن مت داود
ستيا۶وسها
ديوان علماء ڤس ڤوست

Mobile uploads 22/05/2021

Tahniah dan terima kasih diucapakn kepada Dewan Ulamak PAS Negeri-Negeri/Wilayah Persekutuan yang turut serta menggerakkan kempen dan kutipan Sumbangan Dana ..



Photos 05/06/2020

INFAQ/SUMBANGAN BAIK PULIH, UBAHSUAI, PEMBELIAN PERABOT & PERALATAN PEJABAT DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

Dewan Ulamak PAS Pusat sedang melakukan proses baik pulih, ubah suai, pembelian perabot & peralatan pejabat pentadbiran Dewan Ulamak PAS Pusat, Tingkat 2 Pejabat Agung PAS

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat masih memerlukan dana segera sebanyak RM25,000 bagi menampung kos perbelanjaan baik pulih, ubah suai, pembelian perabot & peralatan pejabat ini dengan memohon infaq/sumbangan daripada tuan/puan

Infaq/Sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun bank DUPP (BIMB : 14041010013119)

Photos 06/05/2020

Tahniah di ucapakan kepada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia

Tahniah di ucapakan kepada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia.

Photos 28/04/2020

Isu Pelarian Rohingya : Antara Agama, Kemanusiaan dan Politik - Presiden PAS.

Mobile uploads 28/04/2020

USRAH WHATSAPP SIRI2⃣9️⃣6️⃣

"MANUSIA SYAITAN DIBULAN RAMADHAN"

USRAH WHATSAPP SIRI2⃣9️⃣6️⃣

"MANUSIA SYAITAN DIBULAN RAMADHAN"

Dalam kitab Faidhu Al-Rahim Al-Rahman Fi Ahkam Wa Mawa'iz Ramadhan karya Dr. Abdullah bin Mohamed Al-Thoyyar menjelaskan bahawa jika sikap tercela masih menjadi amalan dibulan Ramadhan, nescaya munculnya manusia berperangai syaitan yang berkeliaran:

ففتش عن نفسك أخي المسلم هل أنت ممن أحسنوا قبل رمضان فزادوا فيه إحسانا على الإحسان، أم أنت ممن ضيع قبل رمضان فجاءه رمضان وما غير من أحواله شيئا، تبع هواه فأرداه وأطاع شيطانه فأغواه، وغدا سيندم على التفريط يوم لا ينفع الندم.

"Maka hendaklah kamu selidiki diri wahai saudaraku seislam. Apakah kamu tergolong daripada kalangan yang telah melakukan kebaikan sebelum Ramadhan, lalu mereka diberi kebaikan yang berlipatganda? Atau apakah kamu tergolong kalangan yang mensia-siakan hidupnya sebelum Ramadhan yang menyebabkan dia tidak berubah sedikitpun ketika tiba bulan Ramadhan? Dia lantas mengikut hawa nafsu lalu memusnahkan dirinya, tunduk kepada kehendak syaitani lalu menyesatkannya. Esok kamu pasti akan menyesal diatas segala ketelanjuran pada hari yang sudah tidak berguna lagi akan penyesalan".

Walaupun syaitan dibelenggu pada bulan Ramadhan akan tetapi sifat syaitani yang diwarisi dalam diri manusia masih kekal. Ini bermakna manusia berperangai syaitan masih berleluasa dibulan ini. Imam Al-Qurthubi dalam kitab Al-Mufhim Lima Asykala Min Talkhis Kitab Muslim menyatakan bahawa maksud syaitan dibelenggu itu ada tiga tafsiran:

i- Syaitan hanya dibelenggu bagi orang yang berpuasa dengan sempurna manakala orang yang tidak berpuasa atau berpuasa tetapi tidak memenuhi syarat yang ditetapkan akan tetap diganggu oleh syaitan.

ii- Syaitan dibelenggu dan tidak boleh menggangu orang yang berpuasa sempurna dan orang yang berpuasa tidak sempurna. Namun, ini tidak bermakna kejahatan tidak berlaku. Kejahatan boleh terjadi dengan adanya perangai manusia yang jahat seperti syaitan, atau adanya tabiat s**a melakukan kejahatan atau adanya orang yang tiada kesedaran agama.

iii-Syaitan yang dibelenggu adalah kalangan Maradah iaitu syaitan yang terlalu ganas dan jahat manakala syaitan/jin lain tidak dibelenggu. Ia juga bermaksud kurangnya kejahatan berlaku akibat pengaruh kuasa syaitan telah diberkas.

Sekiranya kita sudah terlanjur dan tidak berbuat banyak kebaikan sebelum Ramadhan, jalan untuk melakukan kebaikan masih terbentang luas pada bulan ini. Kuasa syaitan sudah diberkas manakala nafsu menjadi lemah kerana berpuasa, maka rebutlah peluang semaksima mungkin khasnya dalam mentadabur Al-Quran, memperbanyakkan sedekah, mencari malam Lailatul Qadar dengan ibadat serta mempertingkat amalan pada sepuluh akhir Ramadhan.

〰Asri ed-Diwanie
28 April 2020 / 05 Ramadhan 1441

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


318/A, Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur
50350