18/05/2026
Kejohanan Olahraga SMK Taman Desa
Tarikh : 21 Mei 2026 (KHAMIS)
Masa : 8.00am - 2.00pm
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
Desarian Cemerlang!!
DESARIAN CEMERLANG !! Kindly note that any harassing/abusing post or comment in this page will be delete by admin.
The information contained in this page is provided for informational purposes only, and should not be construed as advice on any subject matter.SMKTD is NOT responsible for the contents of any off site pages referenced or linked to unless is posted by the admin. Admin reserves the right to delete any post/comment without prior notice.
18/05/2026
Kejohanan Olahraga SMK Taman Desa
Tarikh : 21 Mei 2026 (KHAMIS)
Masa : 8.00am - 2.00pm
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
Desarian Cemerlang!!
28/04/2026
MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI PEKERJA
TARIKH: 01 MEI 2026, JUMAAT
Sila kembali ke sekolah pada 04 Mei 2026, Isnin
23/04/2026
MAKLUMAN SEMAKAN KEMASUKAN TINGKATAN 6
22/04/2026
Di sini lahirnya sebuah perjalanan,
di sini juga terukirnya sebuah kejayaan.
Perjalanan ini bukan sesuatu yang singkat.
Dari langkah pertama mereka ke dalam kelas dengan penuh harapan, sehinggalah ke hari ini — satu titik penamat bagi sebuah fasa, dan permulaan kepada perjalanan yang baharu.
Sepanjang perjalanan itu, ada usaha yang tidak pernah berhenti, ada ujian yang menguatkan, dan ada doa yang tidak putus dipanjatkan.
Hari ini mereka berdiri dengan keputusan di tangan.
Melihat mereka berjaya, itu sudah cukup menenangkan hati.
Syukur atas setiap usaha yang dipermudahkan,
syukur atas setiap rezeki kejayaan yang dikurniakan,
dan syukur kerana mereka berjaya melangkah sejauh ini dengan izin-Nya.
Semoga setiap langkah selepas ini sentiasa dalam rahmat dan keberkatan-Nya.
Terus melangkah dengan yakin, berusaha dengan ikhlas, dan bertawakal kepada Allah dalam setiap urusan.
Kenangan ini akan sentiasa kekal — bukan sekadar gambar, tetapi sebuah perjalanan yang penuh makna dan keberkatan.
Batch SPM 2025
✨ Desarian Cemerlang ✨
21/04/2026
Nama Desarian bergema dalam Majlis Hari Akademik JPWPKL pada 16 April 2026.
Terima kasih Pengiktirafan yang diberi oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada SMK Taman Desa atas pencapaian SPM 2025.
Antara Perincian pengiktirafan:
1. Peningkatan 2 tahun berturut-turut Bahasa Melayu
2. Lonjakan Saujana Gred Purata Sekolah
3. Lonjakan Saujana Matematik
4. Perubahan Gred Purata Mata Pelajaran Merentasi Mata Gred Sains
5. Terbaik SPM 2025 Matematik tambahan
6. Lonjakan Saujana Matematik Tambahan
7. Perubahan Gred Purata Mata Pelajaran Merentasi Mata Gred Matematik Tambahan
8. Perubahan Gred Purata Mata Pelajaran Merentasi Mata Gred Fizik
9. Terbaik SPM 2025 Kimia
10. Lonjakan Saujana Kimia
11. Perubahan Gred Purata Mata Pelajaran Merentasi Mata Gred Kimia
12. Lonjakan Saujana Biologi
13. Perubahan Gred Purata Mata Pelajaran Merentasi Mata Gred Biologi
14. Lonjakan Saujana Sejarah
15. Peningkatan berturut-turut Sejarah
16. Peningkatan 3 tahun berturut-turut Pendidikan Seni Visual
17. Peningkatan 2 tahun berturut-turut Pendidikan Moral
18. Lonjakan Saujana Prinsip Perakaunan
19. Perubahan Gred Purata Mata Pelajaran Merentasi Mata Gred Prinsip Perakaunan
20. Lonjakan Saujana Ekonomi
21. Perubahan Gred Purata Mata Pelajaran Merentasi Mata Gred Ekonomi
22. Perubahan Gred Purata Mata Pelajaran Merentasi Mata Gred Bahasa Inggeris
Sekali lagi sekalung tahniah dan terima kasih kepada Batch 08 Desarian mengharumkan nama SMK Taman Desa. Terima Kasih kepada atas suntikan jiwa kental sepanjang tahun 2025 dan pada tahun ini akan terus berjuang demi kebaikan anak-anak bangsa kita.
Terima Kasih PPD Bangsar Pudu dengan bimbingan oleh SISC+, SIP+, dan pegawai-pegawai yang secara langsung dan tidak langsung dalam mengait kejayaan pada tahun 2025. Insya-Allah, pada tahun 2026, Desarian akan terus maju hasil sumbangan tanpa mengira penat lelah daripada guru-guru SMK Taman Desa.
16/04/2026
SMK Taman Desa merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), SSTP KL, PPD Bangsar/Pudu kerana telah menganugerahkan SMK Taman Desa sebagai Johan Keseluruhan bagi Anugerah Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) bagi tahun 2025.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kesungguhan serta kerjasama bersepadu seluruh warga pendidikan terutamanya guru-guru dan murid murid SMKTD dalam memastikan kemenjadian murid terus diperkasa selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Tahun Ini, Tahun Kita
12/04/2026
MAKLUMAN PENANGGUHAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM SEKITAR MUSIM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2026
12/04/2026
MAKLUMAN MASA TAMAT PERSEKOLAHAN TERKINI BERMULA 13 APRIL 2026, ISNIN BAGI TING 4 & 5
BERMULA 20 APRIL 2025 BAGI TING 3
Mohon ibu bapa sesi pagi mengambil maklum untuk urusan
07/04/2026
MAKLUMAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM
TARIKH: 08.04.2026, RABU
PERKARA: RIMUP HARI RAYA AIDILFITRI
Murid sesi petang hadir mengikut masa perjumpaan kokurikulum seperti biasa
Murid sesi pagi balik mengikut masa tamat perjumpaan kokurikulum.
Sila mematuhi etika pemakaian sambutan RIMUP Hari Raya Aidilfitri.
Terima kasih
05/04/2026
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pegawai JPN/PPD, pengetua, guru-guru serta calon-calon atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kesungguhan serta kerjasama bersepadu seluruh warga pendidikan dalam memastikan kemenjadian murid terus diperkasa selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Semoga kecemerlangan ini terus menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi pendidikan pada masa hadapan.
Tahun Ini, Tahun Kita
-2035
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 16:30 |