LearnaDo Edtech

LearnaDo Edtech

Share

Educating locally, Bridging Globally Fokus kami sebagai perusahaan sosial adalah untuk memperjuangkan pendidikan berkualiti untuk semua pelajar di Malaysia.

LearnaDo Edtech merupakan sebuah perusahaan sosial yang ditubuhkan dalam program SEEd.Lab Malaysia diterajui oleh Petronas dan Tata Consultancy Services (TCS). Ini adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) yang memberikan penekanan kepada pendidikan berkualiti. Misi kami adalah untuk mencetuskan rasa ingin tahu saintifik dalam kalangan pelajar dan mengembangkannya menjadi minat yang membara di rantau ini.

Photos from PETRONAS's post 09/05/2025
11/02/2025

"๐Ÿš€ Join us for an exciting half-day Explorace at SMK Paris 3, Kinabatangan! ๐ŸŽฏ We're looking for passionate volunteers to help make this event unforgettable for the students. If you love STEM, teamwork, and adventure, this is your chance to make an impact!

๐Ÿ“… Date: 18/2/2025
๐Ÿ•˜ Time: 7:30 pagi - 12:00 tengah hari
๐Ÿ“ Location: SMK Paris 3, Kinabatangan

Sign up now and be part of the fun! DM us or comment below if you're interested. Letโ€™s inspire the next generation together!

Photos from LearnaDo Edtech's post 16/08/2024

Pada 14 Ogos, LearnaDo dengan kolaborasi STEM 4 ALL Makerspace telah menyertai Karnival STEM 2024 di SMK Convent Jalan Peel
Dari peserta yang penuh semangat hingga kepada penganjur yang hebat, anda telah menghidupkan permainan Explorance Nautika kami. ๐Ÿš€๐Ÿ’ก
Kami ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak STEM 4 ALL Makerspace kerana memberi kami amanah untuk pergi di bawah junjungan mereka.
Semoga pengalaman ini meningkatkan aspirasi untuk para pelajar dalam membina minat mereka terhadap sains.

Photos from LearnaDo Edtech's post 16/08/2024

Pada 9 Ogos 2024, kami di LearnaDo berasa amat berbesar hati kerana diberi peluang oleh SEEd.Lab MY untuk menyertai acara Pecha Kucha yang penuh inspirasi di Malaysian Petroleum Club . Sokongan dan kerjasama yang diberikan telah membuka jalan untuk kami berkongsi wawasan perusahaan sosial LearnaDo. Kehadiran para pelabur pada acara ini juga memberikan keyakinan kepada kami untuk terus meluaskan impak sosial kami. Kami sangat menghargai peluang ini dan berharap agar hubungan ini akan terus berkembang di masa hadapan.

13/08/2024

Learnado dengan rasa teruja akan menyertai KARNIVAL STEM 2024 di SMK Convent Jalan Peel! ๐ŸŽ‰ Bersiaplah untuk hari yang penuh dengan keseronokan, kerjasama, dan pembelajaran secara praktikal apabila kami berganding bahu dengan STEM 4 ALL Makerspace๐Ÿ’ก

๐Ÿš€ Tarikh: Rabu, 14 Ogos 2024
๐Ÿ•ค Masa: 9:30 AM - 1:00 PM
๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Terbuka, SMK Convent Jalan Peel

Kami akan membawa keseronokan sains dan penemuan kepada explorace ini. Tidak sabar untuk melihat tenaga dan kreativiti dari semua peserta! โš“๐ŸŒŠ

Dan ya, hadiah-hadiah menarik menanti pemenang! ๐Ÿ†๐ŸŽ

Terus ikuti kami untuk kemas kini lanjut! ๐ŸŒ

Photos from LearnaDo Edtech's post 30/07/2024

Pada 27 dan 28 Julai, LearnaDo telah menjadi salah satu pempamer di STEM FEST 2024 sempena Minggu Sains Negara anjuran MACRI dan STEM4All Makerspace. ๐Ÿซฑ๐Ÿผโ€๐Ÿซฒ๐Ÿป
Kami ingin merakamkan penghargaan atas penghormatan ini kerana ia merupakan lembaran baharu bagi kami dalam misi membina sebuah komuniti sains inklusif. ๐ŸŒฑ
Kami ingin memanfaatkan bengkel edutainment interaktif untuk membentuk pemimpin masa depan!๐Ÿ’ก

26/07/2024

LearnaDo akan berada di STEM FEST 2024 sempena Minggu Sains Negara!๐ŸŽ‰
Kami akan menjadi pempamer di sana dan sebagai salah satu stesen untuk STEM Explorace yang dinanti-nantikan! โœจ

๐Ÿ“DA MEN MALL, USJ SUBANG JAYA
๐Ÿ“† 27 & 28 JULAI 2024
โฐ 10.00 PAGI - 6.00 PETANG

Datang esok ke STEM FEST 2024 & sertai STEM Explorace untuk peluang memenangi hadiah 3D printer!๐Ÿ‘€๐ŸŽ‰

Apa yang anda tunggu?
Jom ke STEM FEST 2024! ๐Ÿค—

19/07/2024

Pada 11 hingga 13 Julai 2024, kami telah menyertai SEEd.Lab Open Day 2024 SEEd.Lab MY sebagai salah satu syarikat sosial yang membuka booth di sana.

Kami amat berbesar hati kerana dapat berjumpa dengan anda semua yang telah memberikan kami pelbagai maklumbalas, sokongan dan kepercayaan untuk kami meneruskan misi kami.

Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan sokongan penuh supaya kami dapat mendidik anak bangsa dan negara Malaysia.๐Ÿ™Œ

Photos from LearnaDo Edtech's post 19/07/2024

Pada 13 Julai, kami telah mengendalikan bengkel Teh Tarik Menarik kepada pengunjung Petrosains.
Semasa sesi ini, mereka belajar mengenai sains di sebalik teh tarik. ๐Ÿ˜„

Para pengunjung juga dapat membawa balik teh tarik yang mereka buat.๐Ÿคฉ

09/07/2024

Pernah tak anda terfikir kenapa gabus terapung tapi kapas tenggelam di dalam air?
Atau terfikir kenapakah teh tarik istimewa kelihatan sungguh menarik dengan lapisan warna yang menarik?

Ketahui jawapannya di sesi LEpark LAB!
Jom bersama kami kita teroka dunia nautica dan anda bakal pulang dengan pelbagai hadiah menarik juga.

Daftar segera.
Bengkel ini terbuka kepada semua 11-15 tahun!
Tempat adalah terhad. Jadi tunggu apa lagi? Daftar sekarang!
>> https://t.ly/QxkJP

05/07/2024

Rungkai misteri di bengkel dan booth LEpark Lab: Nautika๐Ÿ’ซ
Jumpa anda semua di Hari Terbuka SEEd.Lab MY!๐ŸŽ‰ Hari Terbuka SEEd.Lab terbuka kepada semua! Tunggu apa lagi? Jom jumpa kami di sana!๐Ÿ’ฏ
๐Ÿ“ŒGalaxy Hall, Petrosains, KLCC
๐Ÿ“11-13 Julai 2024
โฐ10 PAGI - 5 PETANG (11&13/07)
10 PAGI - 2 PETANG (12/07)

Photos from LearnaDo Edtech's post 05/07/2024

Selamat datang ke dunia LearnaDoโ€”tempat di mana pembelajaran bergabung dengan aplikasi sebenar! ๐Ÿš€

Di LearnaDo, kami adalah sebuah kumpulan dinamik yang didorong oleh semangat dan dedikasi untuk mencipta pembelajaran penuh interaktif!

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk mengubah pembelajaran menjadi pengembaraan yang menyeronokkan?
Di situlah anda akan temui LearnaDo!

Misi kami?
Mencetuskan rasa ingin tahu saintifik dalam kalangan pelajar di seluruh Malaysia dan mengembangkannya menjadi minat yang membara di rantau ini.

Jom, sertai kami dalam usaha epik ini untuk memperkasakan pelajar di Malaysia.
Mari jadikan sains bukan sekadar pendidikan, tetapi eksplorasi yang menarik! ๐ŸŽฎ๐Ÿ”ฌ

Bersedia untuk mencetuskan rasa ingin tahu saintifik anda? Bersedia untuk meneruskan pengembaraan ini bersama kami?๐Ÿ˜๐Ÿ

Ayuh kita mulakan!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Bangsar South
Kuala Lumpur
59200