Halal.educate.yourself

Halal.educate.yourself

Share

halaleducateyourself is an online learning platform where knowledge and industry practices are shared with the community regarding Halal.

15/07/2025

Anda berminat tak mohon sijil Halal secara PERCUMA? Tapi mesti anda nak tahu syarat-syarat permohonan, kan?

Jom ikuti sesi penerangan melalui ZOOM pada 17 Julai ini! Mari daftar dan kami akan emel anda link ZOOM. Percuma saja! JOM JOM!

Photos from Halal.educate.yourself's post 21/04/2022

Penentuan status halal sesuatu produk dipengaruhi oleh bahan ramuan/ bahan lain yang digunakan. Berpandukan kepada pensijilan halal, semua bahan ramuan/ bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran mana-mana produk halal mestilah sama ada halal atau dipersijilkan halal. Fahami bahawa bahan mentah boleh termasuk alat bantu pemprosesan, pemangkin, bahan pembungkusan, beg penghantaran dan lain-lain yang berkaitan; yang mungkin bersentuhan dengan produk halal yang dihasilkan.

Pemain industri halal harus menyediakan dokumen sokongan yang sah dan mencukupi untuk membuktikan status halal bahan yang digunakan. Setelah bahan ramuan/ bahan mentah itu disahkan halal, prosedur yang bertepatan harus disediakan bagi memperoleh bahan ramuan/ bahan mentah serta termasuk kriteria untuk memilih bahan mentah/ bahan lain tersebut serta pengilang/ pengedarnya. Sudah tentu, halal adalah kriteria yang utama. Senarai bahan mentah dan pengilang/pengedar hendaklah dibangunkan dan diluluskan, dan bertindak sebagai maklumat yang didokumenkan rujukan. Senarai ini adalah dokumen hidup kerana penambahan serta pengurangan bahan ramuan/ bahan mentah atau pengilang/pengedar mungkin berlaku dari semasa ke semasa.

Selain itu, pemain industri juga harus membangunkan prosedur yang sesuai untuk menerima dan menyimpan bahan ramuan/ bahan mentah ini. Apabila anda sudah mula membangunkan prosedur ini, anda juga mungkin perlu mempertimbangkan perkara-perkara seperti kriteria pemeriksaan bahan ramuan/ bahan mentah, nombor pengenalan bahan mentah, identifikasi inventori, konsep FIFO dan maklumat pada label untuk dimasukkan dalam prosedur tersebut. Dan mungkin juga, perkara seperti apa yang perlu anda lakukan apabila bahan mentah yang diterima atau disimpan, tidak menepati kriteria yang telah anda sediakan. 😊

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Hubungi untuk khidmat latihan dan nasihat!

Photos from Halal.educate.yourself's post 21/04/2022

The status of a halal product is mainly determined by the raw materials or ingredients used. As far as halal certification is concerned, all ingredient/ raw materials used in the production of halal products must either be halal or halal certified. Do understand that raw materials can also include processing aids, catalysts, packaging materials, thermal bags and other related materials that may be in contact with the halal products manufactured or produced.

Halal industry players should be able to provide valid and sufficient supporting documents to prove the halal status of the materials used. Once they are confirmed, a proper procedure should be put in place for procuring the materials, which may include criteria for selecting raw materials as well as their manufacturers/ traders. Of course, halal must be one of the criteria. A list of approved raw materials and manufacturers/ traders should be developed as reference documented information. This list is a living document as it may require omission or addition of either raw materials or manufacturers/ traders from time to time.

Besides that, industry players should also develop appropriate procedures for receiving and storing these ingredients/ raw materials. When you start developing these procedures, you may also need to consider matters such as inspection criteria, raw materials identification number, inventory identification, FIFO concept and label information to be included in the procedure. And perhaps, matters like what should you do when the raw materials do not conform to your approved criteria. 😊

Interested to know more? Contact for training and advisory!

02/04/2022
30/03/2022

Good news!!

Medical device scheme will be offered starting 1 April 2022.

Penawaran Pensijilan Halal Malaysia Bagi Skim Produk Peranti Perubatan

Adalah dimaklumkan bahawa Pensjilan Halal Malaysia Skim Produk Peranti Perubatan akan ditawarkan bermula 01 April 2022.

Berikut merupakan syarat dan keperluan Pensijilan Halal Skim Produk Peranti Perubatan :

1️⃣ Premis hendaklah memiliki Lesen Establishment yang masih sah daripada Medical Device Authority (MDA).

2️⃣ Produk peranti perubatan hendaklah memiliki Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan yang masih sah daripada MDA atau memiliki surat pengecualian keperluan pendaftaran peranti perubatan daripada MDA.

Hanya produk yang memenuhi kriteria berikut layak memohon iaitu:

🔸Wujud keraguan pada sumber bahan pembuatan atau ramuan yang berkemungkinan daripada sumber halal atau tidak halal;

🔸Produk untuk tujuan yang sama (similar intended purpose) seperti yang berikut :

- Produk dalam bentuk cecair;

- Produk jenis grafting;

- Produk jenis implants; dan

- Produk prosthetic (yang bersesuaian sahaja).

🔸Tidak mengelirukan sekiranya dipersijilkan; dan

🔸Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berwibawa.

Pihak syarikat atau pemohon hendaklah memastikan keperluan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020, Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020, MS 2636:2019 Halal Medical Device-General Requirements, Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) serta lain-lain perundangan dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan dipatuhi.

▶️ Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Skim Peranti Perubatan hendaklah dibuat melalui sistem MYeHALAL di www.halal.gov.my

Terima kasih

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 [email protected]
☎ 03-8892 5000/1
27 Syaaban 1443H
30 Mac 2022M
http://bit.ly/FBHABHALAL
www.halal.gov.my




Photos from Halal.educate.yourself's post 28/03/2022

The halal policy is probably one of important steps in implementing an effective HAS. This policy is a documented statement of a company on halal commitment and direction with the intention to give assurance on the integrity of their halal products and services.
The halal policy is a requirement defined in the MHMS 2020 Clause 5(2). It means that for every halal-certified company and company that would like their products to be halal-certified, these companies shall establish the halal policy for their companies.
Who then, should be responsible for this halal policy? Similar to any management system, top management is responsible for establishing, documenting, and communicating the halal policy within the company as well as its stakeholders. It is, after all, a publicly available statement. The top management may delegate the drafting of the policy to its Halal chairman or Halal executive.
Next, how do I establish the halal policy for my company? During the drafting of the halal policy, keep in mind these three things, i.e., commitment, internal control framework, and conformance to requirements. Firstly, one needs to understand that the halal policy should align with your organization's commitment and strategic direction on halal. Secondly, the halal policy should provide the framework for managing the halal internal control system. And lastly, the policy should highlight that all processes involved conform with the requirements of halal certification (MPPHM, MHMS, MS).

Interested to know more? Contact for training and advisory!

Photos from Halal.educate.yourself's post 28/03/2022

Polisi halal mungkin merupakan langkah paling utama dalam melaksanakan HAS yang berkesan. Polisi ini adalah kenyataan berdokumen syarikat mengenai komitmen dan hala tuju jaminan halal dengan tujuan untuk memberi jaminan ke atas integriti produk dan perkhidmatan halal mereka.

Polisi halal adalah satu keperluan yang ditakrifkan dalam MHMS 2020 Klausa 5(2). Ini bermakna bagi setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat ingin produk mereka disahkan halal, syarikat-syarikat ini hendaklah mewujudkan polisi halal bagi syarikat mereka.

Siapa p**a yang harus bertanggungjawab ke atas polisi halal ini? Sama seperti mana-mana sistem pengurusan yang lain, pengurusan atasan bertanggungjawab untuk mewujudkan, dan mendokumenkan polisi halal dan menyampaikannya kepada semua di dalam syarikat serta pihak-pihak yang berkepentingan. Lagipun, ia adalah kenyataan yang sememangnya tersedia untuk umum. Pengurusan atasan boleh mewakilkan penggubalan polisi kepada Pengerusi Halal atau Eksekutif Halal.

Seterusnya, bagaimanakah cara saya menetapkan polisi halal untuk syarikat saya? Semasa penggubalan polisi halal, perlu diingat tiga perkara ini, iaitu komitmen, rangka kerja kawalan dalaman, dan pematuhan kepada keperluan. Pertama, seseorang perlu memahami bahawa polisi halal harus sejajar dengan komitmen organisasi dan hala tuju strategik mengenai halal. Kedua, polisi halal harus menerangkan rangka kerja organisasi dalam mengurus sistem kawalan dalaman halal. Dan akhir sekali, polisi ini harus menekankan bahawa semua proses yang terlibat hendaklah mematuhi keperluan pensijilan halal (MPPHM, MHMS, MS).

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Hubungi untuk khidmat latihan dan nasihat!

Photos from Halal.educate.yourself's post 23/03/2022

Bagi mengekalkan integriti produk atau perkhidmatan halal dengan berkesan, dan bagi meningkatkan keyakinan pelanggan, ia seharusnya bermula dengan melaksanakan sistem pengurusan yang berkesan, iaitu, Sistem Pengurusan Jaminan Halal, atau lebih dikenali sebagai HAS. HAS ialah sistem yang digunakan untuk memantau risiko halal, mengawal risiko halal, menambahbaik proses serta mencegah sebarang ketidakpatuhan dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan halal. HAS perlu dibangunkan, dilaksanakan dan dipantau secara berterusan untuk memberi jaminan bahawa produk yang dihasilkan, atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah halal.

Bagi pensijilan halal Malaysia, MHMS 2020 adalah garis panduan yang digunakan dalam melaksanakan HAS di dalam sesebuah syarikat. Di dalam MHMS 2020, dinyatakan sepuluh kriteria iaitu (1) polisi halal; (2) kawalan bahan mentah; (3) kawalan risiko halal; (4) kebolehkesanan; (5) jawatankuasa halal dalaman; (6) audit dalaman; (7) latihan halal; (8) semakan HAS; (9) analisis makmal dan (10) sertu.

Pemohon atau syarikat yang mempunyai perolehan jualan produk tahunan kurang daripada RM15 juta, dikehendaki mematuhi sekurang-kurangnya tiga kriteria, iaitu dasar halal, kawalan bahan mentah atau kawalan risiko halal dan kebolehkesanan. Manakala pemohon atau syarikat yang mempunyai perolehan jualan produk tahunan sebanyak RM15 juta dan lebih, mereka mesti mematuhi kesemua sepuluh kriteria.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur