Smart Mind Home Centre - Batu / Wangsa Maju

Share

Menyediakan perkhidmatan Home Tuition dan Quranic Home Based di sekitar Batu dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur

26/03/2026

AMALAN BERJIMAT CERMAT

25/01/2026

BETUL KE GENERASI ANAK-ANAK KITA SEMAKIN MANJA, TAK BERADAB, DAN HATI TISU?

Jom baca kupasan dari kaunselor keluarga, Pn Adlil Rajiah dalam perkongsian penulisan beliau di Facebook.

=======================

Kita pening tengok perangai budak-budak Gen Z & Gen Alpha. Kita rasa generasi kita dulu lagi better. Lebih kental, lebih sopan, lebih beradab, lebih rajin, lebih 'tough'.

Inilah yang dipanggil sebagai Generational Critics. Dan ini bukan benda baru. Ia skrip yang dah diulang-ulang berkurun lama sepanjang sejarah tamadun manusia.

Atok nenek kita dulu pun pernah kena label "lembik", "pemalas", "takde adab" oleh generasi atok nenek diorang.

Dan hari ni kita pulak yang duk bising kata dak-dak Gen Z & Gen Alpha "tak beradab, lembik, mengada".

Kita pulak yang duk kalut "jangan normalisekan jadi kawan kepada anak, nanti diorang pijak kepala".

Konon macam terpaling teruk la Gen Z & Gen Alpha sekarang.

Padahal Socrates (ahli falsafah Greek) yang hidup 400 tahun sebelum masihi pun pernah complain benda yang sama.

Socrates cakap: Generasi muda sekarang s**a bermewah, adab teruk, s**a hina autoriti, tak hormat orang tua, s**a sembang kosong. Mereka jadi 'tyrants' (tuan) di rumah mereka.

Wah bunyi dah macam status acik-acik kat facebook je kan?😆 Padahal Socrates cakap tu dah 2400 tahun dulu.

Ada satu ukiran artifak Mesir Purba (berusia 3000 tahun) yang diterjemah dan bermaksud: Zaman sekarang ni susah. Budak-budak dah tak hormat mak bapak.

Lahhh rupanya budaya kutuk mengutuk generasi muda ni memang dah wujud sejak azali ke macam mana? 😌

Tahun 1911, ada seorang veteran American Civil War ni pernah menulis dalam satu majalah. Kata dia, generasi muda dah hilang nilai patriotisme, takde disiplin, tak kental macam generasi askar dulu-dulu.

"Generasi muda" yang dia maksudkan tu ialah Silent Generation, iaitu atok nenek kepada generasi Baby Boomers. 😆

Nampak tak? Sebijik macam kita kutuk anak remaja hari ni kan? Konon tak kental macam kita dak-dak era 80-90an. Rupanya atok nenek moyang onyang kita pun pernah experience kutukan yang sama hahah.

Sekitar tahun 1950an, ramai parents waktu tu mengalami 'moral panic', sebab terlampau risaukan anak-anak diorang yang mula ada budaya s**a baca komik Superman & Batman.

Dan seorang pakar psikologi masa tu, Fredric Wertham tulis dalam buku dia 'Seduction of the Innocent', mengatakan komik adalah punca utama juvenile delinquency (budak-budak jadi jahat dan ganas bila baca komik). Wohhh!

So parents zaman tu punya 'moral panic' pasal pendedahan komik kat anak-anak diorang, sama la macam kita punya 'moral panic' hari ini pasal pendedahan TikTok, K-Pop, Roblox dan sebagainya.

Interesting kan?

So kenapa kitaran "Generational Critics" ni sentiasa berlaku? Yang pasti, bukanlah sebab generasi baru makin teruk.

Tapi sebab 4 faktor ni:

1. MANUSIA MENGALAMI 'ROSY RETROSPECTION'

Kadang otak kita ni brilliant dalam menipu kita.😌 Bila makin tua, otak secara automatik akan tapis memori. Kita cenderung untuk ingat zaman muda kita dulu sebagai "susah tapi best".

Kita ingat part kita naik basikal pergi sekolah, bawa beg berat, main luar berkaki ayam, panjat pokok, main bendang. Dan kita cenderung untuk “lupa” part-part yang kita malas belajar, lawan cakap mak ayah, tipu cikgu, 'koyak' bila kena usik dgn kawan-kawan.

So kita “anggap” zaman kita dulu best je semuanya.

2. 'KIDS THESE DAYS' EFFECT

Dr. John Protzko kata 'Kids These Days' effect ni adalah satu bentuk memory bias.

Kita kutuk budak-budak sekarang “tak beradab, malas belajar, lembik”, sebab kita LUPA yang kita dulu pun ada je momen tak hormat mak ayah, kutuk cikgu, memberontak, hilang motivasi belajar.

Kita biased sebab kita menilai budak-budak Gen Z & Gen Alpha harini menggunakan perspektif kita yang dah matang / dah dewasa, bukan perspektif kita masa umur sebaya diorang dulu.

Padahal kita dulu pun lebih kurang sama je. Cuma persekitaran membesar berbeza.

3. FENOMENA 'MORAL PANIC'

Ini terma sosiologi yang dipopularkan oleh Stanley Cohen (seorang biochemist yang pernah dapat Noble Prize pada tahun 1986).

Kata dia, setiap generasi tua akan ada satu 'benda baru' yang diorang 'target' sebagai punca kerosakan generasi muda. Antara contoh,

Zaman 1900: Novel dianggap merosakkan anak

Zaman 1950s: Komik & muzik Rock n' Roll dianggap merosakkan

Zaman 1990s: Video games dianggap merosakkan

Dan zaman sekarang: Internet, Media Sosial, Smartphones dianggap merosakkan

Maksudnya bila ada teknologi atau budaya baru yang generasi tua tak faham atau tak boleh kawal, maka instinct pertama mereka ialah melabelkannya sebagai 'ancaman' kepada generasi muda.

4. DEFINISI "SUSAH" BERUBAH-UBAH

Ini paling penting. Kita kata generasi budak-budak hari ni lembik, cepat koyak, ‘naik kepala’ sebab diorang tak pernah kena rotan, tak main lumpur, tak pernah rasa hidup susah macam kita bla bla bla..

Tapi kita lupa bahawa 'toughness' (kekuatan) mereka hari ini diuji dengan cara dan suasana yg berbeza.

Kita dulu mungkin susah secara fizikal. Tapi anak-anak hari ni susah secara mental dan digital.

Kita dulu tak pernah hadap cyberbullying, sensory overstimulated, non-stop dopamine release daripada digital devices.

Kita dulu tak pernah rasa pressure untuk capai hidup 'perfect' macam dalam social media.

Kita dulu tak pernah compare hidup kita dengan 500 orang “kawan” yang kita hanya kenal secara online.

Kita dulu tak pernah dibanjiri dengan maklumat, expectation, dan social pressure se-dahsyat yang budak-budak harini alami.

Again, jangan nilai semua ni ikut perspektif kematangan yang kita ada sekarang. Tapi cuba nilai seolah kita berada pada umur anak-anak hari ni.

'Koyak' mereka hari ni berbeza dengan koyak kita dulu. Dan koyak bukan weakness. Ia cuma tanda seseorang itu sedang struggling and surviving.

Anak-anak hari ini bukan lembik, tapi dunia yang mereka lalui hari ini sangat tidak mudah dan memenatkan.

So sebagai generasi yang lebih matang, kita kena decide, NAK KUTUK KE NAK FAHAM? Next time bila kita rasa nak label Gen Z atau Gen Alpha begitu begini, sabajap.

Cuba tanya diri, "Adakah label yang kita bagi ni sohih, atau hanya generational critics yang dibisingkan oleh masyarakat sejak turun temurun?"

"Adakah budak-budak hari ni betul-betul biadap, atau kita yang tak realistik sebab anggap challenges & boundaries zaman sekarang sama macam zaman dulu?"

Gen Z & Gen Alpha tak perfect.
Generasi kita dulu pun tak perfect.
Generasi mak ayah atok nenek moyang onyang kita dulu pun tak perfect.

Betul, kritikan itu perlu untuk 'check and balance'. Tapi kritikan tanpa empati dan kefahaman hanyalah nostalgia yang bising, tak berasas, tak membina, dan sia-sia.

Maka memahami anak-anak Gen Alpha bukan pilihan, tapi kemestian.

Macam mana nak navigate dunia baru mereka, tanpa guna 'map' zaman kita dulu? Macam mana nak bentuk disiplin dan boundaries yang berkesan untuk dak-dak zaman sekarang?

Semua tu dah dibincang dalam Bengkel ‘Raising Gen Alpha’ haritu. Bengkel ni dah tamat, tapi still boleh tonton rakaman videonya (3 jam 20 minit). Boleh tengok bila-bila masa:

https://ezy.la/genalpha
https://ezy.la/genalpha

Satu hari nanti, Gen Alpha pulak yang akan tengok anak-anak diorang, yang mungkin dah guna Neuralink Brain Chip untuk berhubung atau apa-apa teknologi ‘menakutkan’ pada masa akan datang.

Dan Gen Alpha akan cakap, "Haihhh budak-budak sekarang ni pelik betul la. Cepat koyak, pemalas, tak kenal erti susah. Zaman kita dulu main TikTok elok je." 😆

Kitaran ni takkan berhenti.
Yang boleh berubah, ialah kita.

Sama ada kita pilih untuk jadi pengkritik yang pokpekpokpek bising, atau jadi 'bridge' yang memahami dan menghubungkan perbezaan antara generasi.

Salam “generational critics” 😂,

Adlil Rajiah
(Your not-so-average family therapist)

========================

Kredit: Facebook Adlil Rajiah
https://www.facebook.com/share/p/17oDFoGcek/

09/01/2026

5 Persiapan Penting Anak Masuk Darjah 1

(Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang)

1️⃣ Persediaan emosi anak
Anak mungkin nampak berani, tapi sebenarnya cemas.
Biasakan mereka dengan rutin sekolah, cerita perkara positif dan yakinkan bahawa ibu ayah sentiasa menyokong 🤍

2️⃣ Kemahiran berdikari asas
Ajar anak urus diri sendiri seperti ke tandas, buka beg, pakai kasut, simpan barang dan makan tanpa bantuan 👟🎒

3️⃣ Kebolehan bersosial & berkomunikasi
Latih anak bercakap sopan, minta izin, berkongsi dan berani bertanya cikgu bila tidak faham 🗣️✨

4️⃣ Pengenalan awal rutin & disiplin sekolah
Tidur awal, bangun pagi, ikut jadual dan patuh arahan — kecil tapi sangat besar kesannya ⏰📚

5️⃣ Sokongan & doa ibu ayah
Lebih daripada buku dan beg sekolah, anak perlukan doa, pelukan dan keyakinan daripada ibu ayah setiap hari 🤲💕

07/01/2026

Ada mak ayah yang perasan benda kecil.

Anak tiba tiba cepat tinggi. Bau badan muncul awal. Jerawat naik. Atau dada nampak berubah.

Bila kita tanya orang, jawapan paling biasa: “Biasalah budak sekarang cepat matang.”

Tapi kadang kadang, itu bukan “cepat matang”. Itu badan anak sedang bagi isyarat hormon dia terganggu.

Bahan kimia tertentu dalam persekitaran boleh mengganggu sistem hormon, dan kesannya boleh melibatkan hormon reproduktif, tiroid, metabolisme serta perkembangan kanak-kanak. Ini bukan cerita viral, ini isu kesihatan awam yang lama dibincang dalam dunia endokrin.

Yang buat kita takut, gangguan hormon kadang datang dari benda yang nampak biasa.

1. Bahan dalam produk harian.
Ulasan sistematik yang menghimpunkan kajian manusia tentang pendedahan bahan yang biasa ada dalam produk penjagaan diri seperti phthalates, phenols dan parabens mendapati ada bukti kaitan dengan perubahan perkembangan akil baligh pada kanak-kanak perempuan.

2. Krim gatal yang ada steroid kuat.
Ini antara yang paling ramai tak sedar. Review perubatan melaporkan sindrom Cushing iatrogenik akibat penggunaan steroid sapu yang sangat kuat yang dilaporkan, termasuk dalam kalangan kanak-kanak. Risiko lebih tinggi bila dipakai lama, kerap, kawasan luas, atau kawasan bertutup seperti lampin.

3. Minyak pati yang nampak “natural”.
Jurnal perubatan pernah melaporkan kes pembesaran payudara prabaligh pada kanak-kanak lelaki yang dikaitkan dengan pendedahan topikal berulang kepada lavender dan tea tree, dan ia beransur pulih selepas penggunaan dihentikan.

Tetapi semakan lebih terkini menyatakan bukti keseluruhan masih terhad dan tidak cukup kuat untuk buat kesimpulan umum.

Kalau anda seorang mak ayah, ini yang penting.

Tanda amaran yang wajar anda ambil serius

1. Tanda akil baligh terlalu awal
2. Payudara membesar pada lelaki
3. Berat naik mendadak tanpa sebab jelas
4. Tumbesaran jadi pelik, terlalu cepat atau tiba tiba perlahan

Apa yang anda boleh buat mulai hari ini

1. Elak panaskan makanan dalam bekas plastik, guna kaca atau keluli bila boleh

2. Kurangkan produk pewangi kuat untuk anak, terutama lotion, minyak rambut, sabun wangi tebal

3. Jangan guna krim steroid tanpa nasihat dan tanpa tempoh yang jelas

4. Jika ada perubahan pelik pada dada anak dan anda guna minyak pati, hentikan dulu dan semak

Anda tak perlu rasa bersalah. Banyak benda kita buat sebab kita sayang.

Cuma bila melibatkan hormon, kadang kadang sayang yang paling besar ialah peka awal. Sebab bila kita perasan cepat, banyak perkara boleh diperiksa dan dibetulkan sebelum ia jadi lebih berat.

06/01/2026

📌 Ini 7 'Common Sense' yang boleh dijadikan panduan buat anak-anak membentuk sikap.

Boleh print dan tampal di dinding!

Perkongsian parenting berkesan dari Mohd Fhais Salim ini juga boleh dijadikan sebagai 'peraturan' untuk anak-anak di dalam rumah!

Ilustrasi: Smart Mind Home Centre

Photos from Smart Mind Home Centre - Batu / Wangsa Maju's post 05/01/2026
04/01/2026

Hari pertama sekolah semakin hampir! 📚✏️
Ibu bapa sudah bersedia untuk sesi persekolahan baharu anak-anak?
Antara persiapan penting termasuk kelengkapan sekolah, mental dan emosi anak supaya mereka lebih yakin memulakan sesi akademik 2026.
Jom baca perkongsian tip ringkas daripada Sinar Bestari untuk bantu ibu bapa membuat persediaan lebih terancang 👇
🔗 https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/persiapan-ibu-bapa-menjelang-pembukaan-sekolah-11-12-januari
Semoga anak-anak memulakan sekolah dengan semangat dan keyakinan 💪✨

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Kuala Lumpur