SMK Taman Yarl

SMK Taman Yarl Yarlians Today, Leaders Tomorrow. Welcome to SMK Taman Yarl Official Page! Feel free to post anything on this page.

This page is served as an informative page for all Yarlians, Alumni, Teachers and Parents, regarding the events, news, messages, notices or important announcements from the School. (By posting anything, you are agreed to the School page Rules & Regulations)

Selamat Hari Lahir Puan Azura, Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, sentiasa dilimpahkan rezeki ya...
22/08/2026

Selamat Hari Lahir Puan Azura, Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, sentiasa dilimpahkan rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan dan bahagia disamping keluarga๐ŸŽ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‚๐ŸŽŠ

๐ŸŒฟ PROGRAM KEROHANIAN SMK TAMAN YARL 21 Ogos 2026 (Jumaat)Alhamdulillah, warga SMK Taman Yarl telah bersama-sama mengimar...
21/08/2026

๐ŸŒฟ PROGRAM KEROHANIAN SMK TAMAN YARL

21 Ogos 2026 (Jumaat)

Alhamdulillah, warga SMK Taman Yarl telah bersama-sama mengimarahkan dengan pengisian kerohanian yang penuh bermakna melalui Bacaan Yasin, Surah Al-Kahfi, Solat Dhuha serta perkongsian hadis.

Program ini telah dipimpin oleh Dr Ahmad Kamal, yang turut menyampaikan perkongsian sebagai panduan dan pengisian rohani kepada warga sekolah.

Semoga program ini terus menyuburkan kecintaan terhadap al-Quran, mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT serta membentuk warga sekolah yang berilmu, berakhlak dan berjiwa Madani. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

โ€œSemoga setiap ayat yang dibaca, setiap doa yang dipanjatkan dan setiap ilmu yang dikongsi menjadi sumber keberkatan buat kita semua.โ€

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H SMK TAMAN YARL ๐ŸŒ™โ€œMembangun Ummah Madaniโ€Alhamdulillah, SMK Taman Yarl telah melaks...
21/08/2026

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H SMK TAMAN YARL ๐ŸŒ™

โ€œMembangun Ummah Madaniโ€

Alhamdulillah, SMK Taman Yarl telah melaksanakan Program Sambutan Maulidur Rasul dengan penuh penghayatan dan semangat kebersamaan.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi menyemarakkan kecintaan warga sekolah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, antaranya perarakan Maulidur Rasul, bacaan selawat, persembahan dan penghayatan Maulid.

Program turut dimeriahkan dengan makan berdulang yang mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.

Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk kita meneladani akhlak Rasulullah SAW dan bersama sama membina ummah yang berilmu, berakhlak dan Madani. ๐Ÿค

โœจ โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.โ€

Salam Maulidur Rasul 1448H.

Selamat Hari Lahir Puan Siti Hazar, Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, sentiasa dilimpahkan reze...
21/08/2026

Selamat Hari Lahir Puan Siti Hazar, Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, sentiasa dilimpahkan rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan dan bahagia disamping keluarga๐ŸŽ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‚๐ŸŽŠ

๐Ÿ“š KELAS FAJAR BAHASA MELAYU Alhamdulillah, Kelas Fajar Bahasa Melayu telah dilaksanakan pada pagi ini sebagai salah satu...
20/08/2026

๐Ÿ“š KELAS FAJAR BAHASA MELAYU

Alhamdulillah, Kelas Fajar Bahasa Melayu telah dilaksanakan pada pagi ini sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan penguasaan dan keyakinan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

๐Ÿ“… Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 6.50 โ€“ 7.20 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Seminar

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Guru:
โ€ข Pn. Sabidara Binti Mahmud
โ€ข Pn. Patonah Binti Sidek

Semoga usaha dan komitmen ini dapat membantu murid membuat persediaan yang lebih baik serta meningkatkan pencapaian dalam Bahasa Melayu. Teruskan berusaha, teruskan melangkah menuju kecemerlangan!๐Ÿ“–

โ€œUsaha Tangga Kejayaan.โ€โœจ

๐ŸŒŸ KEM KOKURIKULUM SMK TAMAN YARL 2026 ๐ŸŒŸ๐Ÿ“… Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)โฐ Masa: 2.00 โ€“ 4.30 petang๐Ÿ“ Tempat: SMK Taman YarlAl...
19/08/2026

๐ŸŒŸ KEM KOKURIKULUM SMK TAMAN YARL 2026 ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“… Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 2.00 โ€“ 4.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: SMK Taman Yarl

Alhamdulillah, Kem Kokurikulum SMK Taman Yarl telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi mengasah kemahiran, membina keyakinan diri serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid.

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ Masakan Kuih Tradisional โ€“ menggalakkan kreativiti dan kemahiran praktikal murid.
๐Ÿซก Kawad Kaki โ€“ membentuk disiplin, ketahanan diri dan semangat berpasukan.
๐Ÿฉน Pertolongan Cemas โ€“ memberikan pendedahan asas dalam menghadapi situasi kecemasan.
๐Ÿ“ฃ Sorakan โ€“ menceriakan suasana serta membina semangat setia kawan dan kerjasama.

Syabas dan tahniah kepada semua murid serta guru yang terlibat. Semoga pengalaman yang diperoleh dapat membentuk murid yang berdisiplin, berkemahiran, yakin diri dan mampu bekerjasama dalam satu pasukan.โœจ

๐ŸŒธ SOLAT DHUHA & TAZKIRAH PENGETUA BERSAMA MURID TINGKATAN 5 ๐Ÿ“ Tempat: Dewan Inspirasi, SMK Taman Yarlโฐ Masa: 7.30 pagiAl...
19/08/2026

๐ŸŒธ SOLAT DHUHA & TAZKIRAH PENGETUA BERSAMA MURID TINGKATAN 5

๐Ÿ“ Tempat: Dewan Inspirasi, SMK Taman Yarl
โฐ Masa: 7.30 pagi

Alhamdulillah, program Solat Dhuha dan Tazkirah Pengetua bersama murid Tingkatan 5 telah berlangsung dalam suasana yang penuh ketenangan dan keberkatan.

Program ini menjadi wadah untuk menyemai nilai kerohanian, membentuk sahsiah terpuji serta memberikan suntikan motivasi kepada murid Tingkatan 5 dalam menghadapi cabaran pembelajaran dan persediaan menuju SPM.

Semoga setiap doa, nasihat dan perkongsian yang disampaikan menjadi sumber kekuatan serta membimbing anak-anak Tingkatan 5 untuk terus berusaha, berdisiplin dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Usaha, doa dan tawakal. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan buat semua calon SPM SMK Taman Yarl.

MESYUARAT PENGURUSAN PPKI BIL. 4/2026 & JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) BIL. 2/2026๐Ÿ“… Tarikh: 17 Ogos 2026 (I...
19/08/2026

MESYUARAT PENGURUSAN PPKI BIL. 4/2026 & JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) BIL. 2/2026

๐Ÿ“… Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)
โฐ Masa: 2.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK Taman Yarl

Alhamdulillah, Mesyuarat Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bil. 4/2026 dan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS) Bil. 2/2026 telah berlangsung dengan lancar.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan pengurusan, pelaksanaan program, kebajikan serta keperluan murid berkeperluan pendidikan khas, di samping memperkukuh kerjasama dan komitmen semua pihak dalam memastikan pengurusan PPKI terus sistematik dan berkesan.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi kemenjadian, kesejahteraan dan perkembangan potensi setiap murid PPKI SMK Taman Yarl. ๐ŸŒท

PERHIMPUNAN MINGGUAN & PELANCARAN PROGRAM SAFE KPM๐Ÿ“… Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)โฐ Masa: 7.30 pagi๐Ÿ“ Tempat: Dewan Inspira...
19/08/2026

PERHIMPUNAN MINGGUAN & PELANCARAN PROGRAM SAFE KPM

๐Ÿ“… Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)
โฐ Masa: 7.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Inspirasi, SMK Taman Yarl

Alhamdulillah, Perhimpunan Mingguan SMK Taman Yarl telah berlangsung dengan lancar dan turut diserikan dengan Pelancaran Program SAFE KPM.

Program ini menjadi salah satu usaha berterusan sekolah dalam meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap aspek keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid, selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semoga pelaksanaan Program SAFE KPM dapat membudayakan persekitaran sekolah yang selamat, sejahtera, kondusif dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman, sekali gus memastikan kebajikan serta keselamatan murid sentiasa menjadi keutamaan.

Selamat Hari Lahir Cikgu Thachaini, Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, sentiasa dilimpahkan reze...
18/08/2026

Selamat Hari Lahir Cikgu Thachaini, Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, sentiasa dilimpahkan rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan dan bahagia disamping keluarga๐ŸŽ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‚๐ŸŽŠ

Address

Lorong Awan Cina, Taman Yarl
Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Monday 07:00 - 15:00
Tuesday 07:00 - 15:00
Wednesday 07:00 - 15:00
Thursday 07:00 - 15:00
Friday 07:00 - 15:00

Telephone

03-7983 4552

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Taman Yarl posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category