16/06/2026
HEBAHAN CUTI AWAL MUHARRAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa sempena sambutan Awal Muharram 1448 Hijrah, pihak sekolah akan memberikan cuti kepada semua murid seperti ketetapan berikut:
π Cuti Awal Muharram
ποΈ Tarikh: 17 Jun 2026 (Rabu)
π Murid Kembali ke Sekolah
ποΈ Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga dimohon mengambil maklum tentang tarikh cuti serta memastikan murid hadir semula ke sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.
β¨ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.
Semoga tahun baharu Islam ini membawa keberkatan, kedamaian dan kesejahteraan kepada kita semua.
Sekian, terima kasih. Harap maklum.
12/06/2026
Ada satu perkongsian daripada follower PHM yang merupakan seorang guru.
Bacanya perlahan-lahan. Ini bukan kisah mengungkit. Ini kisah realiti yang ramai guru lalui dalam diam.
Sebelum cuti panjang baru-baru ini, beliau membawa murid menyertai program luar sekolah. Jumlah murid 20 orang, bergerak dengan 4 buah kereta guru. Disebabkan beliau mempunyai MPV, beliau membawa 5 orang murid dalam kenderaan sendiri.
Jarak perjalanan sekitar 220 km pergi balik. Bukan sekali pergi balik sahaja, tetapi dua hari berturut-turut.
Mereka bergerak seawal jam 6 pagi. Murid solat Subuh di sekolah. Selesai program, mereka tiba semula di sekolah hampir jam 11 malam.
Bayangkan.
Seorang guru yang sepatutnya fokus kepada pengurusan murid dan program, akhirnya turut menjadi pemandu jarak jauh. Membawa anak-anak orang lain, dalam kenderaan sendiri, beratus-ratus kilometer, sehingga lewat malam.
Lebih berat, semua ini berlaku selepas seharian menguruskan murid dan program. Letih badan. Letih mental. Jalan gelap. Lampu lori menyilau. Kenderaan berat banyak di laluan. Ada guru perempuan yang turut memandu jauh pada waktu malam.
Ini bukan sekadar soal minyak kereta. Walaupun minyak perlu diisi berkali-kali.
Bukan sekadar soal makan murid. Walaupun akhirnya guru juga yang mengeluarkan duit sendiri apabila anak-anak murid kehabisan wang.
Bukan sekadar soal kereta perlu dicuci selepas digunakan.
Isu paling besar ialah keselamatan.
Guru masih terpaksa menggunakan kenderaan peribadi untuk membawa pelajar ke lokasi yang jauh. Kadang-kadang beratus-ratus kilometer. Kadang-kadang pulang lewat malam. Kadang-kadang tanpa penginapan. Kadang-kadang tanpa tuntutan yang jelas.
Kita selalu memuji guru sebagai insan yang berkorban.
Tetapi sampai bila pengorbanan itu mahu dijadikan sistem?
Guru memang ikhlas. Guru memang sayang anak murid. Guru memang akan cuba pastikan murid tidak tercicir daripada peluang menyertai aktiviti luar.
Tetapi keikhlasan guru tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mereka menanggung risiko yang terlalu besar sendirian.
Aktiviti murid itu penting. Pendedahan luar bilik darjah itu penting. Tetapi keselamatan perjalanan, kebajikan murid, kebajikan guru, kos makanan, kos minyak, penginapan dan pengangkutan yang sesuai juga mesti dianggap penting.
Kita perlu lebih empati kepada guru.
Ini bukan rungutan.
Ini suara kecil daripada realiti kerja seorang guru yang jarang kita nampak.
09/06/2026
π TAHNIAH DAN SYABAS! π
Warga SK Datok Keramat (2) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pn. Normizan Binti Mohamad Azmi bersama pasukan ARTVENTURE atas kejayaan cemerlang apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Teamwork Excellence Award serta Anugerah Emas dalam kategori Education, Psychology and Social Innovation sempena INTERACT β World Youth STEM Invention and Innovation 2026.
Kejayaan ini merupakan bukti dedikasi, kreativiti, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak positif kepada dunia pendidikan.
Pencapaian ini sekali gus mengharumkan nama sekolah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negara di peringkat antarabangsa.
Semoga kejayaan Pn. Normizan Binti Mohamad Azmi dan pasukan ARTVENTURE menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha, berinovasi dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
β¨ Tahniah dan syabas atas pencapaian yang amat membanggakan ini! β¨
06/06/2026
Memang betul apa yang saya jangkakan.
Perempuan yang membaca memang menakutkan. Saya takut melihat angka pendaftaran ahli Kelab Perempuan Membaca ketika ini. π
Semalam baharu kami umum. Tiada niat mahu berlebih- lebih. Hanya mahu mendidik wanita memandaikan bangsa.
Ketika saya menulis hantaran ini, ahli Kelab Perempuan Membaca telah mencecah 600 orang yang berdaftar. Itu hanya dalam tempoh 24 jam.
Kami juga telah menerima permohonan daripada rakan-rakan dari Indonesia dan Singapura.
Insya-Allah, bulan hadapan akan bermula program Kelab Perempuan Membaca yang pertama!
Kita akan berjumpa pada setiap bulan, ada diskusi secara tematik meraikan buku, memandaikan bangsa dan membina citra aqal budi!
Mari sertai Kelab Perempuan Membaca
https://perempuanbaca.my
06/06/2026
SELAMAT MAJU JAYA KE MSSM BADMINTON 2026 πΈ
π
6 β 12 Jun 2026
π Jitra, Kedah
Warga SK Datok Keramat (2) merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat maju jaya kepada
KU MUHAMMAD UMAR AQIL BIN KU MOHD NOOR AZMAN
yang akan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Kejohanan MSSM Badminton 2026 di Jitra, Kedah.
Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti kesungguhan, disiplin serta komitmen tinggi yang ditunjukkan dalam bidang sukan badminton.
Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran, semangat juang yang tinggi serta dipermudahkan urusan sepanjang kejohanan. Semoga berjaya mengharumkan nama sekolah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negara di pentas MSSM.
Teruskan berjuang, berikan yang terbaik dan semoga pulang dengan kejayaan yang membanggakan.
π Selamat Maju Jaya, Umar Aqil! πΈ
SKDKr2 KE ARAH MEWUJUDKAN SEKOLAH YANG
βSELAMAT, KONDUSIF, DAHULUI, KONSISTENβ
05/06/2026
π MURID SK DATOK KERAMAT (2) RAIH GOLD AWARD DALAM KOALA SCIENCE OLYMPIAD 2026
20 APRIL 2026 | KUALA LUMPUR
Warga SK Datok Keramat (2) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Nuh Bin Mohd Fazli Izham atas kejayaan cemerlang meraih Gold Award dalam Koala Science Olympiad (KSO) 2026 β Preliminary (National Round).
Murid yang bertanding dalam kategori KSO C (Grade 5β6) itu berjaya memperoleh 96% markah dengan catatan masa 11 minit 36 saat, sekali gus membuktikan kecemerlangan serta penguasaan ilmu Sains yang tinggi.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin dan komitmen berterusan murid, di samping sokongan padu daripada ibu bapa serta bimbingan guru-guru yang sentiasa memberikan dorongan sepanjang persediaan pertandingan.
Pencapaian ini turut membanggakan seluruh warga sekolah dan menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan serta mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.
Syabas dan tahniah diucapkan!
02/06/2026
π’π’ HEBAHAN PENTING UNTUK IBU BAPA & PENJAGA π’π’
π«π± KANAK-KANAK BAWAH 16 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MEMILIKI AKAUN MEDIA SOSIAL SENDIRI π«π±
Bermula 1 Jun 2026 π
, penguatkuasaan berkaitan pemilikan akaun media sosial oleh kanak-kanak bawah 16 tahun akan dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan mereka di alam siber. ππ‘οΈ
π Apa yang dimaksudkan dengan akaun media sosial?
Antara platform yang termasuk dalam kategori media sosial ialah:
π± Facebook
πΈ Instagram
π΅ TikTok
βΆοΈ YouTube (akaun peribadi)
π¬ Snapchat
π§΅ Threads
π¦ X (Twitter)
π¬ Discord
π₯ Telegram (akaun yang digunakan untuk media sosial dan komuniti awam)
β οΈ Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan membuka atau memiliki akaun media sosial sendiri pada platform-platform tersebut.
π‘οΈ Langkah ini bertujuan melindungi anak-anak daripada:
β π‘ Buli Siber
β π Penipuan Dalam Talian
β π¨ Pemangsa Seksual (Online Grooming)
β π Kandungan Tidak Sesuai
β π± Ketagihan Media Sosial
π Perkara yang perlu diberi perhatian:
β
Pengesahan umur pengguna akan diwajibkan oleh platform media sosial.
β
Akaun yang dikenal pasti milik pengguna bawah 16 tahun boleh dikenakan tindakan oleh platform.
β
Ibu bapa dan penjaga digalakkan memantau aktiviti dalam talian anak-anak secara berkala.
β
Bimbing anak-anak menggunakan internet dengan selamat, beretika dan bertanggungjawab.
π¨βπ©βπ§βπ¦β€οΈ Keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita berganding bahu membentuk generasi digital yang bijak, beradab dan selamat.
ππ BIJAK DALAM TALIAN, SELAMAT SEPANJANG MASA ππ
π« UNIT ICT
π« SK DATOK KERAMAT 2
π‘οΈπ±β¨
31/05/2026
DAULAT TUANKU
Warga Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 2 merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan serta keberkatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam menerajui negara serta memayungi rakyat dengan penuh kedaulatan dan kebijaksanaan.
Menjunjung Kasih Tuanku.