Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)

Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) CREAM akan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan sistem MS ISO 9001.

Construction Research Institute of Malaysia (200401008385 (646889-V))

CREAM was incorporated as a company limited by guarantee under Company Act 1965 on the initiative of CIDB in order to carry out CIDB’s research function. POLISI KUALITI CREAM MS ISO 9001 : 2015

Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) adalah sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri pembinaan

di Malaysia. Kami beriltizam untuk memastikan program R&D memenuhi kehendak dan keperluan industri pembinaan negara dengan melaksana sistem pengurusan kualiti yang memenuhi MS ISO 9001.

MESYUARAT BERSAMA JICA – NIPPON KOEI JAPAN, AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU & CHAIRMAN CIDB BERKAITAN PENGURANGAN RISIKO BENCA...
10/09/2026

MESYUARAT BERSAMA JICA – NIPPON KOEI JAPAN, AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU & CHAIRMAN CIDB BERKAITAN PENGURANGAN RISIKO BENCANA (DRR)

Pada 9 September 2026, pihak Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) telah mengadakan mesyuarat bersama JICA – Nippon Koei Japan, Ahli Parlimen Wangsa Maju dan Chairman CIDB berkaitan Pengurangan Risiko Bencana (Disaster Risk Reduction – DRR).

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penerapan Digital Twin & Artificial Intelligence (AI) dalam DRR, khususnya bagi meneroka potensi kerjasama strategik awam-swasta dalam membangunkan sistem Digital Twin bersepadu untuk pemantauan dan ramalan risiko bencana, terutamanya banjir dan tanah runtuh.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CREAM, Ts. Syed Hazni Abd Gani.

MESYUARAT PENYELARASAN AHLI JAWATANKUASA ANTARA AGENSI KERAJAAN BAGI PENGURUSAN CERUN (ICSM)Pada Selasa, 8 September 202...
10/09/2026

MESYUARAT PENYELARASAN AHLI JAWATANKUASA ANTARA AGENSI KERAJAAN BAGI PENGURUSAN CERUN (ICSM)

Pada Selasa, 8 September 2026, pihak Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) telah menyertai Mesyuarat Penyelarasan Ahli Jawatankuasa Antara Agensi Kerajaan bagi Pengurusan Cerun (ICSM) yang berlangsung di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur.

Sebagai salah satu ahli jawatankuasa, CREAM turut terlibat dalam Inisiatif Kumpulan Kerja 5: Penyelidikan & Pembangunan (R&D) bersama JKR CREaTE, dengan fokus kepada usaha memperkukuh penyelidikan, inovasi dan pembangunan dalam bidang pengurusan cerun.

Kerjasama antara agensi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mempertingkatkan aspek keselamatan, ketahanan dan pengurusan cerun melalui pendekatan berasaskan penyelidikan dan teknologi.

LAWATAN CREAM KE MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) – PENGENALAN PENILAIAN MyCRESTHari ini, pihak Construction Research I...
09/09/2026

LAWATAN CREAM KE MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) – PENGENALAN PENILAIAN MyCREST

Hari ini, pihak Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) telah mengadakan lawatan ke pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memperkenalkan Penilaian MyCREST.

Sesi ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CREAM, Ts. Syed Hazni Abd. Gani, bersama pegawai daripada Construction Assessment Centre (CASC), CREAM.

Sesi perkongsian ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan pengenalan kepada Penilaian MyCREST, merangkumi kaedah, proses penilaian serta pelaporan MyCREST.

Turut hadir ialah pegawai daripada beberapa jabatan di bawah MBSA. Sesi berlangsung dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen yang baik daripada pihak MBSA.

Pihak CREAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MBSA atas sambutan, kerjasama dan sokongan yang diberikan. CREAM berharap agar Penilaian MyCREST dapat dimanfaatkan dengan lebih meluas bagi projek-projek di bawah MBSA pada masa akan datang, sekali gus menyokong usaha ke arah pembangunan yang lebih mampan dan berkualiti.

Join us at International Sustainability Week 2026 and discover how QLASSIC, SHASSIC, MyCREST, and Sustainable Infrastar ...
07/09/2026

Join us at International Sustainability Week 2026 and discover how QLASSIC, SHASSIC, MyCREST, and Sustainable Infrastar are driving excellence in quality, safety, and sustainability across the construction industry.

📍 Booth C11 & C12, Hall 5 Level 2, MITEC Kuala Lumpur
📅 10-11 September 2026
🕙 10:00 AM - 6:00 PM

Ingin menjadi 𝗝𝘂𝗿𝘂𝗮𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗖𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗰𝘁𝗼𝗿’𝘀 𝗤𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝘆 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗴𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗦𝘆𝘀𝘁𝗲𝗺 (𝗖𝗤𝗠𝗦) yang kompeten?Sertai 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗿𝘂𝗮𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗖𝗼𝗻𝘁...
04/09/2026

Ingin menjadi 𝗝𝘂𝗿𝘂𝗮𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗖𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗰𝘁𝗼𝗿’𝘀 𝗤𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝘆 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗴𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗦𝘆𝘀𝘁𝗲𝗺 (𝗖𝗤𝗠𝗦) yang kompeten?

Sertai 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗿𝘂𝗮𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗖𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗰𝘁𝗼𝗿’𝘀 𝗤𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝘆 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗴𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗦𝘆𝘀𝘁𝗲𝗺 (𝗖𝗤𝗠𝗦) dan tingkatkan kemahiran dalam melaksanakan audit sistem pengurusan kualiti pembinaan berdasarkan CIS 29:2021.

Sepanjang kursus ini, peserta akan mempelajari:
✅ Prinsip dan keperluan CQMS
✅ Perancangan, pelaksanaan dan pelaporan audit
✅ Pengenalpastian ketidakpatuhan serta peluang penambahbaikan
✅ Peranan juruaudit dalam meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti

📅 6 – 7 Oktober 2026
🕘 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 AC Hotel Titiwangsa, Kuala Lumpur
🎓 25 Mata CCD
💰 Yuran Selepas Subsidi CIDB Malaysia: 𝗥𝗠𝟯𝟬𝟬 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮

📲 Imbas kod QR atau klik link ini untuk pendaftaran: https://forms.office.com/r/e8tYpjQJD9

Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) telah mengadakan Bengkel Jawatankuasa Teknikal Kajian Pembangunan Ga...
04/09/2026

Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) telah mengadakan Bengkel Jawatankuasa Teknikal Kajian Pembangunan Garis Panduan Reka Bentuk Bangunan Berdaya Tahan Banjir di Kawasan Berisiko Banjir di Malaysia (Flood Resilient Construction) Bil. 1/2026 pada 26 hingga 28 Ogos 2026 bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Bengkel yang menghimpunkan pakar-pakar industri, akademia, agensi kerajaan serta pihak berkepentingan ini bertujuan membincangkan dan memperhalusi pembangunan garis panduan reka bentuk bangunan yang lebih berdaya tahan terhadap risiko banjir. Inisiatif ini merupakan usaha penting dalam memperkukuh adaptasi sektor pembinaan terhadap cabaran perubahan iklim serta meningkatkan keselamatan dan kemampanan persekitaran binaan negara.

CREAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa teknikal, panel pakar dan peserta yang telah memberikan komitmen serta sumbangan idea sepanjang bengkel ini berlangsung. Semoga hasil perbincangan dan dapatan bengkel ini dapat menyumbang ke arah pembangunan garis panduan yang komprehensif bagi menyokong agenda pembinaan.

🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵 🇲🇾Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air sempena Hari Kebangs...
31/08/2026

🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵 🇲🇾

Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air sempena Hari Kebangsaan ke-69 pada 31 Ogos 2026.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan, memelihara perpaduan dan terus berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju, makmur dan sejahtera.

Bersama kita hayati erti kemerdekaan dan terus menyumbang demi masa depan Malaysia yang gemilang. ❤️🇲🇾

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟵!
𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 ﷺSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Sempena Maulidur Rasul, marilah kita b...
25/08/2026

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 ﷺ

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran insan agung yang menjadi contoh terbaik dalam kehidupan. Semoga kita terus meneladani akhlak, sifat kasih sayang, amanah dan kepimpinan Rasulullah SAW serta menghayati sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi titik pengukuhan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan membawa keberkatan kepada seluruh umat Islam.

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛.
𝑀𝑎𝑑𝑎𝑛𝑖 𝐷𝑖ℎ𝑎𝑦𝑎𝑡𝑖, 𝑈𝑚𝑚𝑎ℎ 𝐷𝑖𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑖.

CYBERJAYA, 13 Ogos 2026- Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Techno...
13/08/2026

CYBERJAYA, 13 Ogos 2026- Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Technology Depository Agency (TDA) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CREAM, Ts. Syed Hazni Abd Gani, dan disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TDA, YBrs. Tuan Mohamad Rafidi Mat Dahan.

Pertemuan ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan strategik serta meneroka potensi kerjasama antara CREAM dan TDA, khususnya dalam bidang penyelidikan, inovasi, pembangunan dan pemindahan teknologi bagi menyokong kemajuan sektor pembinaan.

CREAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Tuan Mohamad Rafidi Mat Dahan atas kesudian menerima delegasi CREAM serta berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan teknologi, inovasi dan peluang kerjasama yang berpotensi untuk diterokai bersama.

SELANGOR, 12 OGOS 2026 – Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke SIRIM ...
12/08/2026

SELANGOR, 12 OGOS 2026 – Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bertempat di Kompleks SIRIM, Shah Alam, Selangor.

Kunjungan ini turut dihadiri oleh Ts. Md Adha Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International, dan Ts. Syed Hazni Abd. Gani, Ketua Pegawai Eksekutif CREAM.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan kemudahan pengujian, pengiktirafan dan penerimaan laporan ujian, serta pembangunan produk dan sistem baharu dalam sektor pembinaan. Perbincangan turut menyentuh aspek pengoptimuman sumber, latihan dan pembangunan kapasiti bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi.

Kerjasama ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan, pengujian, pembangunan produk dan inovasi, sekali gus menyokong usaha memperkukuh industri pembinaan yang lebih inovatif, berdaya saing dan berteraskan teknologi.

Address

Level 14, CIDB 520 , The MET Corporate Towers, No 20, Jalan Dutamas 2
Kuala Lumpur
50480KUALALUMPUR

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share