SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur

SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur SM Sains Seri Puteri is a fully residential school. It provides secondary education for students from all over Malaysia.

21/08/2026

πŸ”₯ PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN SESERI πŸ”₯

Pada 20 Ogos 2026, SM Sains Seri Puteri telah melaksanakan Program Latihan Kebakaran yang melibatkan seluruh warga sekolah.

Latihan ini bertujuan meningkatkan kesedaran, kesiapsiagaan dan kecekapan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan serta memastikan prosedur pengungsian bangunan dapat dilaksanakan dengan pantas dan teratur.

πŸš’ Keselamatan Tanggungjawab Bersama!

SALAM TAKZIAH,Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Warga SM Sains Seri Puteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al...
17/08/2026

SALAM TAKZIAH,

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Warga SM Sains Seri Puteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Rafidah Binti Razman Pahri, ibu kepada Nursaafiya Amani, 5C, yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 Ogos 2026, jam 2.52 pagi.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal ibadahnya dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beroleh syurga-Nya.

Semoga seluruh keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah. 🀲

Al-Fatihah.

12/08/2026
🌸 COFFEE TALK @ JEJAK ALUMNI SESERI β˜•πŸ’œSM Sains Seri Puteri dengan sukacitanya menjemput semua alumni SESERI untuk bersam...
06/08/2026

🌸 COFFEE TALK @ JEJAK ALUMNI SESERI β˜•πŸ’œ

SM Sains Seri Puteri dengan sukacitanya menjemput semua alumni SESERI untuk bersama-sama dalam program Coffee Talk @ Jejak Alumni SESERI.

Program ini menjadi ruang santai untuk mengimbau kenangan, berkongsi pengalaman dan membina masa depan, di samping mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan alumni sejak penubuhan SESERI pada tahun 2003.

πŸ“… Rabu, 19 Ogos 2026
⏰ 8.00 malam
πŸ“ Kafe SESERI, Blok Asrama

Pertemuan ini turut menjadi sebahagian daripada persediaan menyambut 100 Tahun Tapak SESERI dan 25 Tahun SESERI pada Mac 2027. πŸ’œ

Merentasi Generasi, Menyemai Legasi ✨

πŸ“Œ Alumni SESERI, ayuh kembali ke sekolah dan cipta semula kenangan bersama!

πŸ† TAHNIAH PUTERI SESERI! πŸ₯‹πŸ’œAlhamdulillah. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua Puteri SESERI yang telah mengha...
03/08/2026

πŸ† TAHNIAH PUTERI SESERI! πŸ₯‹πŸ’œ

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua Puteri SESERI yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Taekwondo MSSD 2026.

πŸ“ Butiran Kejohanan
πŸ“… Tarikh: 2 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 7.00 malam
πŸ“ Tempat: SJK(C) Mun Choong, Kuala Lumpur

πŸ₯‹ POOMSAE
πŸ₯‡ Nurain Rania binti Mohd Saiful Amir
πŸ₯‰ Puteri Humaira binti Mohd Hapis
πŸ₯‰ Nur Qainieyna Sabrina binti Abdullah
πŸ₯‰ Husna Syakirah binti Ahmad Humaizi

πŸ₯Š SPARRING
πŸ₯‡ Auni Zara binti Shahirul Anwar
πŸ₯ˆ Hana Zaheen binti Muhammad Zaki
πŸ₯‰ Kaseh Nurkamadhia binti Kamarul Husni

πŸ’» VIRTUAL SPARRING
πŸ₯ˆ Ameera Syahmina binti Ahmad Shahran
πŸ₯‰ Nor Aqilah Hidayah binti Mahayuddin

03/08/2026

Doakan Puteri-puteri Aerides dipermudahkan urusan menjawab bagi Kertas Pendidikan Islam.

🌸 MAJLIS PELANTIKAN DAN PENYERAHAN TUGAS BADAN KEPIMPINAN MURID TAHUN 2026 πŸŒΈπŸ“… 31 Julai 2026 (Jumaat)⏰ 8.30 pagi – 9.30 p...
02/08/2026

🌸 MAJLIS PELANTIKAN DAN PENYERAHAN TUGAS BADAN KEPIMPINAN MURID TAHUN 2026 🌸

πŸ“… 31 Julai 2026 (Jumaat)
⏰ 8.30 pagi – 9.30 pagi
πŸ“ Gelanggang Anggerik Sari

Majlis Pelantikan dan Penyerahan Tugas Badan Kepimpinan Murid Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna.

Majlis ini menjadi simbolik kepada peralihan amanah dan tanggungjawab kepimpinan daripada Badan Kepimpinan Murid Sesi 2025/2026 kepada barisan kepimpinan baharu Sesi 2026/2027. Pelantikan ini diharapkan dapat melahirkan barisan pemimpin murid yang berintegriti, berwibawa, bertanggungjawab dan mampu menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah.

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Badan Kepimpinan Murid Sesi 2026/2027. Semoga kepimpinan yang dipikul menjadi wadah untuk membina jati diri, meningkatkan keyakinan serta menyemai semangat untuk terus berbakti kepada sekolah.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Badan Kepimpinan Murid Sesi 2025/2026 atas segala khidmat, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh kepimpinan. Jasa dan bakti kalian akan sentiasa dikenang. πŸ’œ

Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Akmal bin Nek, Yang Dipertua PIBG dan Tuan Sarjan Mejar Mohd Rozaki bin Zakariah atas kesudian hadir memeriahkan majlis serta kepada semua guru dan warga sekolah yang telah menjayakan majlis ini.

28/07/2026

Believe in yourself, stay calm, and do your best. Success comes to those who are prepared and determined.
All the best, AERIDES! You've got this! πŸ’œ

Warga SM Sains Seri Puteri (SESERI) mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh murid Tingkatan 5 Batch Aerides yang ak...
26/07/2026

Warga SM Sains Seri Puteri (SESERI) mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh murid Tingkatan 5 Batch Aerides yang akan menduduki Pentaksiran Diagnostik Akademik (PDA) Peperiksaan Percubaan SPM Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula 27 Julai hingga 12 Ogos 2026.

Semoga setiap usaha yang telah dicurahkan sepanjang persediaan menjadi bekalan untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin, tenang dan cemerlang. Percayalah pada kemampuan diri, berdoalah tanpa henti dan berikan yang terbaik dalam setiap kertas peperiksaan.

"Usaha yang bersungguh-sungguh hari ini adalah jambatan menuju kejayaan esok."

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan fikiran, kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan keputusan yang cemerlang.

Selamat menjawab soalan dan semoga berjaya, Batch Aerides! πŸ’œ

PEMAKLUMAN PENYERTAAN MURID DALAM KEJOHANANDimaklumkan bahawa salah seorang murid SESERI, Nur Hadirah Rawiah Binti Moham...
20/07/2026

PEMAKLUMAN PENYERTAAN MURID DALAM KEJOHANAN

Dimaklumkan bahawa salah seorang murid SESERI, Nur Hadirah Rawiah Binti Mohamad Hasrul dari kelas 4 Adioda, telah terpilih untuk mewakili Pasukan Kuala Lumpur dalam Junior National Touch Championship 2026.

Butiran kejohanan adalah seperti berikut:

Nama Kejohanan: Junior National Touch Championship 2026
Tarikh: 18 – 19 Julai 2026
Lokasi: Kompleks Sukan UKM, Bangi

Syabas dan tahniah Pasukan Kuala Lumpur telah menjadi JUARA.

Sekian, terima kasih.

Address

Jalan Kolam Ayer
Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share

Category