Kadet Remaja Sekolah SMK Selayang Bharu

Kadet Remaja Sekolah SMK Selayang Bharu

Share

Kadet Remaja Sekolah SMK Selayang Bharu
#KRSSebarian #RevampKRSSebar

20/03/2026

Salam Aidilfitri โœจ

Photos from Kadet Remaja Sekolah SMK Selayang Bharu's post 27/07/2025

Alhamdulillah, Johan lagi sekali tahun ini โ€“ bukti usaha tak pernah sia-sia. Tapi di sebalik senyum kemenangan, ada penat, ada air mata yang tak semua orang tahu. Semoga kejayaan ini bukan yang terakhir, tapi permulaan untuk lebih banyak kenangan yang indah, lebih banyak perjuangan yang ikhlas. Tahun depan, kita buat lagiโ€ฆ bersama, selagi masih ada waktu.

Photos from Kadet Remaja Sekolah SMK Selayang Bharu's post 29/06/2025

Sekitar Hari Pertandingan

26/06/2025

Alhamdulillah, sekali lagi Kadet Putera telah dinobatkan sebagai Juara Kawad Kaki Daerah Gombak bagi kategori skuad separa.

Tiada rezeki untuk kadet puteri kali ini apabila mendapat tempat keempat. Namun ini adalah satu pencapaian yang membanggakan kerana ini adalah tahun pertama kadet puteri menghantar pasukan bagi kategori elit.

Tahniah kadet!!!!
Comeback Stronger ๐Ÿ’ช๐Ÿป

24/06/2025

Jom datang beri sekongan di SMK Seri Kundang Khamis ini bersamaan dengan 26 Jun 2025.

Photos from Kadet Remaja Sekolah SMK Selayang Bharu's post 21/06/2025

Baju baru โค๏ธ

03/05/2025

Langkah pertama menuju medan kawad!

Kami bukan sekadar berbarisโ€”kami bina semangat, disiplin & jiwa pasukan.

KRS SMK Selayang Baru, kami tengah bersedia.
Kawad daerah, kami datang!

23/04/2025

๐Ÿ“ SMK Selayang Bharu | ๐Ÿ† Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah

Adakah anda:
โœ… Berdisiplin?
โœ… S**a cabaran?

Inilah masanya untuk anda menyerlah di hadapan barisan! Kami sedang mencari pelajar hebat dan bersemangat untuk menyertai Skuad Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang akan mewakili SMK Selayang Bharu dalam pertandingan peringkat daerah akan datang!

๐Ÿ“ฃ Latihan intensif & bimbingan khas disediakan!
๐Ÿ“ฃ Peluang mengharumkan nama sekolah!
๐Ÿ“ฃ Sijil penyertaan dan markah PAJSK menanti anda!

๐Ÿ“ž Daftar Sekarang: Hubungi +60 11-2146 9986 (Halimah)
๐Ÿ‘‰ Ayuh sertai barisan wira kawad kaki SMKSB!
Tunjukkan disiplin, semangat dan semarak juang anda!

18/04/2025

Tahniah kepada kadet yang telah berjaya menyempurnakan Kursus Ketua Platun!

Semoga segala ilmu yang ditimba menjadi bekal untuk memimpin dengan yakin dan menjadi contoh kepada rakan kadet yang lain.

Langkah kecil hari ini, permulaan untuk jadi pemimpin hebat esok hari!

13/10/2024

12/10/2024 - Menjadi satu tanda mercu kejayaan yang selama ini diwarisi selama bertahun-tahun . Kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada legasi KRS SEBARIAN yang masih berjuang sehingga tamat sekolah.

Besar harapan kami barisan alumni dan guru-guru untuk mempertahankan sikap jati diri, disiplin, dan semangat kebersamaan pasukan walau apa sekalipun ujian dan rintangan yang bakal kita hadapi bersama.

Semoga pencapaian ini jugak menyuntik semangat dalam diri setiap kadet untuk berjuang hingga kita menuju ke peringkat lebih tinggi dan mengharumkan nama Pasukan, Keluarga, Guru, Alumni dan Sekolah tercinta kita.Inilah perjalanan dan cerita kita.

Selagi KRS tetap dihati selamanya kami bersama .

Photos from Kadet Remaja Sekolah SMK Selayang Bharu's post 13/10/2024

12 Oktober 2024

Hari yang bermakna buat KRS SMK Selayang Bharu.

Alhamdulillah pasukan Kadet Remaja Sekolah telah menjadi Johan dalam kategori A (Pagi) & Naib Johan bagi kategori B (Petang) sekali gus telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Piala Pusingan.

Pada waktu yang sama, anugerah Ketua Platun terbaik telah diberi kepada kedua-dua ketua platun kadet remaja sekolah bagi kategori masing-masing.

Ini merupakan kemenangan buat kali ke 8 tahun berturut-turut. Semoga dapat teruskan legasi dan buat lebih baik pada masa akan datang.

"KRS SEBAR BOLEH"

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan 29, Selayang Bharu
Kuala Lumpur
68100