Aktif Bijak Santun - Tadika ABS

Aktif Bijak Santun - Tadika ABS Tadika Aktif Bijak Santun -Tadika ABS menawarkan keseimbangan IQ, EQ dalam pembentukan karakter dan sahsiah anak-anak dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Daftar hari ini di Tadika ABS! Kumpulan Tadika ABS PLT
LLP0002905-LGN Tadika dalam Rangkaian TADIKA ABS juga menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK 2017) yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat s

erta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya. KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kendungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai ddalam enam tunjang pembelajaran berikut:
- Komunikasi
- Kerohanian
- Sikap dan nilai
- Kemanusiaan
- Sains dan Teknologi
- Perkembangan fizikal dan estetika
- Pembangunan ketrampilan diri

Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.

23/08/2026

Ini cara bagaimana KARAKTER anak boleh terbina dari kecil.

Yang pertama dan ini yang paling PENTING. Anak melihat bagaimana ibu bapa, ahli keluarga, orang dewasa, dan guru bercakap.

Anak tiru cara mengawal emosi, tingkah laku dan cara menghadapi masalah.

Kita boleh galakan anak berurusan dengan orang dewasa pelbagai bidang dan latar belakang. Pilih circle yang baik.

Jadi kita tahu dan faham anak belajar dengan lebih cepat apabila melihat orang lain. Contohnya sepupunya yang lebih besar. Kita boleh terangkan tingkahlaku yang boleh diikuti yang mana tidak.

(Ada 4 lagi cara bina karakter anak dipost seterusnya)

Dah cuba gentle parenting… tapi kadang-kadang tetap hilang sabar? 😮‍💨Mungkin bukan sebab ibu ayah tak cukup sabar, tapi ...
21/08/2026

Dah cuba gentle parenting… tapi kadang-kadang tetap hilang sabar? 😮‍💨

Mungkin bukan sebab ibu ayah tak cukup sabar, tapi sistem saraf kita sendiri sedang overwhelmed.

Dalam sesi ini, ibu ayah akan belajar cara untuk lebih memahami diri dan anak serta teknik praktikal untuk kembali tenang sebelum bertindak balas.

✨ Antaranya:

📌 Kenali Polyvagal Ladder & keadaan emosi kita
📌 Teknik ANCHOR & HARBOR untuk tenangkan diri dan anak
📌 Cara handle tantrum tanpa terus “meletup”
📌 Seni meaningful repair selepas konflik
📌 Bina suasana keluarga yang lebih tenang tanpa dibelenggu parental guilt

🏡 Parents yang homeschooling anak sangat digalakkan join tau! Bila banyak masa bersama anak, regulasi emosi ibu ayah dan anak memang sangat penting dalam perjalanan homeschooling.

🎙️ Bersama *Puan Asma’ Shurfa (Certified Parenting Coach)*

📅 22 Ogos 2026 | Sabtu
🕙 10:00 pagi

Jumpa esok!

Subscribe di sini
https://online.moontree.com.my/?r=ABSEducation

20/08/2026

Sains. Cerita. Eksplorasi bersama Little Ibnu Sina di Tadika ABS Sri Serdang 013 399 7271


Lawatan tahunan oleh murid-murid di Tadika ABS Intelek Aktif , Gua Musang, 011-1054 1149 Seronoknya!.Untuk pendaftaran 2...
20/08/2026

Lawatan tahunan oleh murid-murid di Tadika ABS Intelek Aktif , Gua Musang, 011-1054 1149

Seronoknya!.

Untuk pendaftaran 2027 hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Meriah aktiviti sukan tahunan di Tadika ABS Bestari Suci Murni Kampung Jambu Taiping  - 0194550603 Pendaftaran 2027 tela...
11/08/2026

Meriah aktiviti sukan tahunan di Tadika ABS Bestari Suci Murni Kampung Jambu Taiping - 0194550603


Pendaftaran 2027 telah dibuka.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut pendaftaran.

11/08/2026

Apa yang penting?

Kerja..sama...

Yang tahu lagu ini mesti dah ada anak sekolah menengah dan sekolah rendahkan?

Murid-murid buat aktiviti menyusun nombor.

04/08/2026

Preposition

Di Tadika Aktif Bijak Santun, kami juga belajar Jawi. Anak yang sudah selesai membaca buku baca membaca Bahasa Melayu, j...
03/08/2026

Di Tadika Aktif Bijak Santun, kami juga belajar Jawi.

Anak yang sudah selesai membaca buku baca membaca Bahasa Melayu, juga akan belajar membaca Jawi.


Program di Tadika ABS Sri Serdang 013 399 7271 Cuti Sekolah ini.  Tekan link Whatsapp untuk maklumat lanjut.
03/08/2026

Program di Tadika ABS Sri Serdang 013 399 7271 Cuti Sekolah ini.

Tekan link Whatsapp untuk maklumat lanjut.

03/08/2026

Who am I?

Students choose a picture. The teacher then asks them to read the story and draw a picture based on it. After completing their drawing, the students retell the story using their own picture.


Address

14B Jalan TC2A/2, Taman Cemerlang, Gombak
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601159709373

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aktif Bijak Santun - Tadika ABS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Aktif Bijak Santun - Tadika ABS:

Shortcuts

Share

Category