10/09/2024
[MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANGKATAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA 24/25]
Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 24/25. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk melantik pimpinan baru bagi sesi akan datang.
Oleh itu, semua ahli Angkatan Mahasiswa dijemput hadir bagi memeriahkan pesta demokrasi persatuan kali ini. Butiran MAT (AGM) adalah seperti berikut:
Tarikh : 22 September 2024
Masa : 9:00 PM - 10:30 PM
Platform : Google Meet
Bagi pencalonan pimpinan baru, satu google form pencalonan akan dimaklumkan kepada semua ahli persatuan dalam masa terdekat.
06/09/2024
[TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI MALAYA]
Angkatan Mahasiswa ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada kesemua pemohon yang berjaya mendapat tawaran pengajian di Universiti Malaya.
Kami juga ingin menjemput anda untuk mengimbas kod QR di atas atau boleh layari link di bawah:
Intake Degree UM 24/25 (Whatsapp):
https://chat.whatsapp.com/BpbalnAwBmaD3n3HOG0ytk
20/07/2024
[PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG]
Daulat Tuanku!
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446 Hijrah.
Sembah takzim daripada Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya
23/06/2024
[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER]
Selamat maju jaya diucapkan kepada mahasiswa/i UM dalam menghadapi peperiksaan akhir semester bagi sesi 2023/2024.
19/06/2024
[SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI]
Selamat menjalani minggu ulangkaji diucapkan kepada mahasiswa/I Universiti Malaya.
Semoga persediaan pada minggu ini dapat membuahkan hasil untuk peperiksaan akhir semester nanti.
17/06/2024
[SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA]
Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada mahasiswa/i serta seluruh rakyat Malaysia beragama Islam yang menyambut.
Semoga amalan ibadah Haji dan Korban diterima oleh Allah SWT.
13/06/2024
[REFRESHMENTS BY VOLT SISWA 2.0]
Pada 12 Jun 2024, Exco Volt Siswa telah mengadakan inisiatif 'Refreshments 2.0' iaitu pemberian air mineral secara percuma kepada mahasiswa/i Universiti Malaya di Tasik Varsiti, sekitar pukul 6:00 petang.
Jutaan terima kasih juga untuk barisan Ahli Exco Volt Siswa yang menjayakan inisiatif ini dan barisan Majlis Tertinggi Angkatan Mahasiswa yang turut menyertai inisiatif ini.
Volt Siswa,
Angkatan Mahasiswa
12/06/2024
[REFRESHMENTS BY VOLT SISWA 2.0]
Exco Volt Siswa akan menjalankan inisiatif pengagihan 'Refreshment 2.0' iaitu air mineral kepada mahasiswa/i di sekitar Tasik Varsiti Universiti Malaya secara percuma.
Tarikh: 12 Jun 2024
Tempat: Tasik Varsiti
Volt Siswa,
Angkatan Mahasiswa
10/06/2024
[SINERGI KEMANUSIAAN: TITIPAN ADHA]
Pada 9 Jun 2024, Exco Volt Siswa telah mengadakan Sinergi Kemanusiaan yang berkolaborasi dengan Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Aktiviti ini berbentuk kesukarelawanan dengan kerjasama kedua-dua universiti di Kampung Trolak Utara, Perak.
Jutaan terima kasih juga untuk barisan Ahli Exco Volt Siswa yang menjayakan aktiviti dan pihak Kolej Ungku Omar kerana mengadakan program ini.
Volt Siswa,
Angkatan Mahasiswa.
07/06/2024
[SINERGI KEMANUSIAAN: TITIPAN ADHA]
Exco Volt Siswa akan menjalankan aktiviti kesukarelawanan dengan berkolaborasi bersama Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kampung Trolak Utara, Perak pada 9 Jun 2024.
Aktiviti ini dijalankan untuk memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan mahasiswa/i di universiti serta menjalinkan kerjasama yang kukuh antara pihak UPSI dan Exco Volt Siswa.
Volt Siswa,
Angkatan Mahasiswa
03/06/2024
[HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG]
Daulat Tuanku!
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 3 Jun 2024 bersamaan 25 Zulkaedah 1445 Hijrah.
Sembah takzim daripada Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya
01/06/2024
[SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI]
Angkatan Mahasiswa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua rakyat Malaysia serta mahasiswa/i yang menyambut khususnya kaum Dayak di Sarawak.
Gayu Guru Gerai Nyamai
Keharmonian,
Angkatan Mahasiswa