17/03/2023
Hizb (Parti) & Tahaluf adalah Bid'ah yg Mungkar:
Kata al-Imam Ibn Battah rahimahullah (w.387 H):
ومن البدع المحدثة التي ليس لها أصل في كتاب ولا سنة تشبهوا فيها بأفعال الجاهلية: اجتماعهم والتحالف بينهم على التعاضد والتناصر وهذا مبتدع مكروه وكانت الجاهلية تفعله؛ فأذهبه الله بالإسلام ونهى عنه على لسان نبيه صلى الله عليه وسلم. وقال النبي صلى الله عليه وسلم: لا حلف في الإسلام وأيما حلف كان في الجاهلية فما زاده الإسلام إلا تأكيدا
Maksudnya: "dan antara bid'ah yg diada-adakan yang tiada asal baginya dlm Kitab dan Sunnah namun mereka meniru padanya dengan perbuatan Jahiliyyah: Perkumpulan mereka dan mengadakan sumpah setia sesama mereka utk saling sokong menyokong & bantu membantu; ini adalah Bid'ah yg dibenci dan adalah Jahiliyyah melakukanya lalu ALLAH menghapuskannya dgn Islam dan melarangya melalui lisan Nabi-Nya sallallahu 'alaihi wa sallam dan Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tidak ada perikatan janji setia dlm Islam dam apa shja perikatan persetiaan dlm Jahiliyyah tidaklah Islam menambahkannya melainkan lebih kuat lagi (maka tidak berhajat lg kpd perikatan ini)". [HR Muslim] - [al-Ibanah al-Shugra, m.s 270, tahqiq: 'Adil Al Hamdan].
*pernyataan Imam Ibn Battah rahimahullah ini menunjukkan bahawa Ulama' Salaf mengingkari apa2 bentuk perkumpulan & perikatan yg diadakan dlm Islam setelah ALLAH mengikat kaum Muslimin dgn Ukhuwwah Iman & Islam. hal ini berdasarkan hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:
أوفوا بحلف الجاهلية فإنه لا يزيده - يعني الإسلام - إلا شدة، ولا تحدثوا حلفا في الإسلام
Maksudnya: "sempurnakan dgn ikatan sumpah setia Jahiliyyah (yakni: yg menyeru kpd kebaikan & menegakkan keadilan) kerana sesungguhnya ia -yakni Islam- tidak menambahkan sumpah setia ini melainkan lebih kuat lagi namun janganlah kamu mengada-adakan perikatan sumpah setia dlm Islam". [HR al-Tirmizi & Ahmad, kata al-Tirmizi: Hasna Sahih, dihasankan juga oleh al-Albani].
Segala prinsip perjanjian di masa Jahiliyyah yg baik seperti menegakkan keadilan & membantu mereka yg dizalimi maka Islam membawa prinsip ini dan mewajibkannya maka tidak lagi berhajat utk diada-adakan perjanjian dan perikatan baharu dlm had yg sempit pd kelompok & individu tertentu, cukuplah ikatan Islam menjadi dasar. wallahua'lam.
UMAS