SK POLIS DEPOT KL

SK POLIS DEPOT KL

Share

OFFICIAL SK POLIS DEPOT PAGE

Kejohanan Olahraga kali ke-58 SKPD 2026 Β· May 8 – 9 πŸ“Έ 09/05/2026

πŸ“Έβœ¨ KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-58 SKPD 2026 βœ¨πŸ“Έ

Terima kasih kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan peserta yang telah bersama-sama memeriahkan Kejohanan Olahraga SK Polis Depot Kali Ke-58 Tahun 2026 πŸ†β€οΈ

Untuk kenangan dan perkongsian bersama, berikut merupakan pautan album gambar sepanjang kejohanan berlangsung πŸ‘‡πŸ»

πŸ”— https://photos.app.goo.gl/r9uMKebNVYAKLoDg6

Selamat melihat dan mengimbau momen-momen terbaik sepanjang kejohanan! πŸ“·βœ¨





Kejohanan Olahraga kali ke-58 SKPD 2026 Β· May 8 – 9 πŸ“Έ Shared album Β· Tap to view!

09/05/2026

πŸ† KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK POLIS DEPOT KALI KE-58 2026 πŸ†

Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Tahunan SK Polis Depot Kali Ke-58 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei 2026 di PULAPOL KL πŸŽ‰

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid, guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah. Pelbagai acara balapan, perbarisan rumah sukan serta aktiviti sukan telah dijalankan dengan penuh semangat kesukanan dan kerjasama β€οΈπŸ’™πŸ’›πŸ’š

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru, jawatankuasa pelaksana serta ibu bapa yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan kali ini πŸ‘πŸΌβœ¨

Semoga program ini terus menjadi platform untuk mencungkil bakat murid serta memupuk semangat disiplin, perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga SKPD πŸ’ͺπŸ½πŸƒπŸ»β€β™‚οΈπŸƒπŸ»β€β™€οΈ





08/05/2026

πŸ“£βœ¨ KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK POLIS DEPOT KE-58 2026 βœ¨πŸ“£

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua ibu bapa dan warga SK Polis Depot dijemput hadir bagi memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan SK Polis Depot kali ke-58 πŸ†πŸŽ‰

πŸ—“οΈ 9 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ PULAPOL KL

Mari hadir bersama untuk menyaksikan pelbagai acara menarik:
πŸƒβ€β™‚οΈ Acara olahraga
πŸ’ƒ Persembahan Aerodance
🎺 Persembahan pancaragam
🚩 Perbarisan lintas hormat rumah sukan
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Larian ibu bapa
dan banyak lagi!

Kehadiran anda pastinya memberi semangat dan kenangan indah buat anak-anak ❀️

πŸš— Perhatian:
Parking di padang kawad mestilah menghadap padang.

Jumpa anda di sana! πŸ”₯

08/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera

MAKLUMAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2026

πŸ—“οΈ 9 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
πŸ“ PULAPOL KL

Ibu bapa para atlet dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan πŸ₯°βœ¨

UNIT SUKAN
SKPD

08/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

GAMBAR SUKANEKA DAN TARIK TALI SKPD 2026

Berikut merupakan pautan Google Photos untuk acara pada hari ini.

βœ… Gambar-gambar dari jurugambar rasmi telah dimuat naik.

πŸ”— https://photos.app.goo.gl/JSzCLSLXH16cNVGD7

🀝🏻 Ibu ayah yang ingin berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang program ini, bolehlah memuat naik gambar anda di pautan yang dikongsi juga.

Selamat berehat, para atlet.

Semoga kemenangan milik anda! πŸ’ͺ🏻✨

28/04/2026

Wira Siber SKPD!πŸ›‘οΈπŸ’»

Tahniah! Bengkel Rookie Cyber Hero telah pun selesai dijalankan dengan jayanya. Syabas kepada semua peserta yang komited menimba ilmu sepanjang bengkel ini.

Kini anda sudah bersedia dengan "senjata" ilmu untuk menghadapi Peringkat Kelayakan Kuiz Cyber Hero yang akan datang! πŸ†

Apa selepas ini?

βœ… Ulang kaji nota bengkel yang diberikan.

βœ… Tunggu pengumuman tarikh kuiz kelayakan.

βœ… Buat yang terbaik untuk jadi Cyber Hero SKPD!

Terima kasih kepada NACSA, KPM, dan MDEC atas peluang keemasan ini. Jumpa anda di peringkat kuiz! ⚑

28/04/2026

Program Pengenalan Sukan Baharu (Digital Dodgeball)

πŸ—“ 26 April 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Sunway Velocity Mall (Main Atrium)

Program Pengenalan Sukan Baharu (Digital Dodgeball) telah disertai oleh dua orang wakil guru dari Sekolah Kebangsaan Polis Depot, iaitu Cik Nasha Law binti Mohd Nazir dan En. Muhamad Iman Nurhakim bin Mohamad Redzuwan, bagi memberi pendedahan berkaitan sukan moden yang menggabungkan teknologi digital serta elemen interaktif.

Sepanjang program, peserta telah:
πŸ”Ή Mengikuti sesi penerangan berkaitan konsep digital dodgeball
πŸ”Ή Menyertai aktiviti permainan secara hands-on menggunakan teknologi interaktif
πŸ”Ή Mengenali kaedah pelaksanaan serta potensi sukan ini dalam aktiviti kokurikulum

Program ini merupakan kerjasama antara HADO Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Diharapkan program seperti ini dapat membuka peluang kepada guru untuk memperkenalkan sukan yang lebih inovatif dan menarik kepada murid, seterusnya meningkatkan penglibatan mereka

25/04/2026

PENGUJIAN LENCANA AHLI PENUNGGANG BASIKAL & LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS

πŸ—“οΈ 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi-1.00 tengah hari
πŸ“ SK Setiawangsa

Seramai 8 murid telah lulus pengujian Lencana Ahli Penunggang Basikal, termasuklah 2 murid dari PPKI. Manakala seramai 9 murid telah lulus pengujian Lencana Kemajuan Keris Emas. Kedua-dua lencana ini merupakan pencapaian murid dalam Peringkat Daerah.

Semoga usaha kepengakapan anak-anak sentiasa disambut baik oleh ibu bapa dan guru-guru πŸ₯°




_Unit PKK SK Polis Depot_
_03 Setiawangsa_

25/04/2026

πŸ“š KURSUS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

πŸ—“ 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Perpustakaan SK Polis Depot

Kursus ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengawas PSS dalam menguruskan pusat sumber secara lebih sistematik dan berkesan. Antara pengisian utama termasuk peranan pengawas, pengurusan jadual bertugas, proses pinjaman dan pemulangan buku serta pengendalian rekod NILAM.

Pelaksanaan kursus yang disertai dengan latihan amali dan simulasi telah membantu meningkatkan keyakinan serta kefahaman pengawas dalam menjalankan tugas.

Diharapkan usaha ini dapat memperkasakan pengurusan PSS serta melahirkan pengawas yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan berdaya saing. πŸ’ͺπŸ“–

24/04/2026

Tahniah diucapkan kepada tiga orang murid PPKI yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSWPKL Keramat 2026.

Penyertaan serta usaha gigih yang ditunjukkan amat membanggakan. Semangat juang dan kerjasama yang dipamerkan juga wajar dipuji.

Teruskan berusaha dan melangkah maju demi kejayaan pada masa akan datang! πŸ’ͺ

23/04/2026

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

πŸ—“οΈ 23 April 2026 (Khamis)
⏰ 11.00 pagi - 11.10 pagi
πŸ“ Kelas masing-masing, SK Polis Depot

Program pembudayaan pembacaan bersama ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini. Murid kelihatan teruja diberi ruang dan peluang untuk membaca bersama rakan mereka akan bahan bacaan yang mereka bawa dari rumah lagi.

Ada yang membawa komik, buku cerita dan majalah kegemaran mereka untuk dibaca dan dikongsi bersama πŸ₯³

Syabas dan tahniah semua murid-murid SKPD πŸ“š

UNIT PSS
SK POLIS DEPOT

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00