PIBG SK 2 Taman Keramat

PIBG SK 2 Taman Keramat

Share

PIBG SK 2 Taman Keramat Official

Photos from SK 2 Taman Keramat's post 10/02/2026

Selamat menjalankan tugas dengan amanah kepada semua yang terpilih! Tahniah

11/12/2025

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Dengan segala kesyukuran, kami ingin memaklumkan bahawa semua 406 buah kerusi yang di infaq telah selamat tiba di sekolah dan terus dimanfaatkan untuk Hari Anugerah & Graduasi 2025‼️‼️‼️

Syukur alhamdulillah 🤲🏻 dan jutaan terima kasih 🙏🏻kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan urusan ini. Sumbangan, sokongan, dan doa semua amat kami hargai. 🫰🏻

Semoga perkongsian dan bantuan ini diberkati Allah SWT dan menjadi amal jariah yang berterusan buat kita semua.

Sekian, terima kasih

28/11/2025

Alhamdulillah & Terima Kasih! 🤗

PIBG dengan hati yang tulus mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga TAKERS!

Berkat sumbangan ikhlas dan perkongsian yang tidak jemu-jemu, Kempen Infaq Kerusi Dewan kita telah BERJAYA MENCAPAI SASARAN LEBIH AWAL! Dengan ini, kempen ini ditutup secara rasmi hari ini.

Ini adalah bukti kekuatan komuniti kita!

Apa Seterusnya? 🤔
Kini, kami sedang giat mengusahakan langkah seterusnya untuk memilih dan membeli kerusi yang terbaik.

Nantikan Update Akan Datang!
Kami akan kongsikan perkembangan dari semasa ke semasa.

Teruskan sokongan anda. Perjalanan kita belum selesai, dan bersama-sama kita akan jadikan dewan sekolah kita sebuah tempat yang membanggakan!



Photos from PIBG SK 2 Taman Keramat's post 24/11/2025

🚨⏳🙏!

Salam sejahtera buat semua,

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan kedermawanan anda, kita semakin hampir ke garisan penamat! Terima kasih tidak terhingga kepada semua pahlawan yang telah menyumbang.

STATUS KUTIPAN TERKINI:
Sasaran: RM6,600
Telah Dikumpul: RM4,356
Baki Diperlukan: RM2,244 (34% sahaja lagi!)

⏰ INGATAN: HANYA TINGGAL 5 HARI LAGI!

Setiap sumbangan anda sekarang adalah seperti "last minute goal" yang paling bermakna! Kita sudah hampir sampai, jangan biarkan usaha kita terbantut di saat akhir.

MARI BANTU KAMI LENGKAPKAN 34% YANG TERAKHIR INI!

👉 Sumbang: Sama ada RM10, RM20 atau RM50 - setiapnya menyumbang ke arah kejayaan ini.
👉 Kongsikan: Bantu viralkan status ini. Mungkin ada rakan atau keluarga yang sedang mencari peluang untuk bersedekah jariah.

Terima kasih buat semua yang telah berdoa, menyumbang dan berkongsi. Semoga Allah memberkati setiap langkah baik kita.

Salurkan Sumbangan Anda:
https://app.herepay.org/pibg_sk2tk/KerusiDewan2025

Jom sama-sama habiskan misi terakhir ini!

Photos from PIBG SK 2 Taman Keramat's post 20/11/2025

Bantu Kami Penuhi Dewan dengan Kerusi untuk Anak-anak Kita

Salam sejahtera dan salam ukhuwah buat semua,

Dewan Terbuka SK2 Taman Keramat adalah tempat penting untuk majlis, perhimpunan, dan aktiviti komuniti anak-anak kita. Namun, kebanyakan kerusi plastik di sana sudah rosak dan tidak selesa.

Kami dengan rendah diri memohon sokongan dan infaq ikhlas daripada semua untuk membeli kerusi plastik baharu yang lebih kukuh dan selamat.

Berita Baik Untuk Dikongsi!
Dengan izin Allah dan kedermawanan anda, kami telah mengumpul RM1844! Semangat komuniti ini sangat membanggakan. Terima kasih tidak terhingga!

Tapi... kami perlukan lagi!

Kami ingin memberi peluang kepada anda, serta rakan dan keluarga anda, untuk turut sama dalam projek jariah ini. Setiap ringgit yang disumbang adalah seperti sebutir benih yang akan tumbuh menjadi pahala yang berterusan (Insha-Allah).

Tindakan Anda Sangat Berharga:
✅ Klik butang kongsi (Share) dan tag rakan-rakan yang mungkin ingin menyumbang.
✅ Sampaikan pada keluarga di rumah.
✅ Hubungi kami untuk maklumat sumbangan.

Mari kita jadikan dewan sekolah ini tempat yang lebih selesa untuk semua. Sumbangan anda bukan sekadar membeli kerusi, tetapi melabur untuk masa depan dan komuniti kita.

https://app.herepay.org/pibg_sk2tk/KerusiDewan2025

17/11/2025

*MOHON SUMBANGAN INFAQ 200 BUAH KERUSI PLASTIK UNTUK DEWAN SK 2 TAMAN KERAMAT*

Pihak PIBG SK 2 Taman Keramat sedang menjalankan kutipan infaq bagi pembelian 200 buah kerusi plastik untuk kegunaan Dewan SK 2 Taman Keramat. Setiap kerusi berharga RM33 dan akan menggantikan kerusi sediada yang kini uzur dan rosak, bagi memastikan keselesaan murid serta kelancaran program-program sekolah terutamanya Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi 2025 pada Minggu Pertama bulan Disember.

*Kutipan dibuka mulai 15 November 2025 hingga 30 November 2025*

Sumbangan infaq boleh disalurkan melalui HerePay di link berikut: https://app.herepay.org/pibg_sk2tk/KerusiDewan2025

Semoga setiap sumbangan tuan/puan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

Jazakumullahu khairan atas sokongan dan keprihatinan anda.

26/09/2025

✨ “Setiap sen sumbangan tuan/puan 💖 adalah cahaya harapan buat anak-anak kita 📚👧👦. Dengan sokongan PIBG, kita mampu menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selesa 🏫, selamat 🛡️ dan penuh inspirasi 🌟.

Sesungguhnya, setiap huluran ini adalah demi masa depan mereka yang bakal menjadi peneraju negara 🇲🇾.”

Sumbangan PIBG bagi sesi 2025/2026 masih dibuka sepanjang sesi 2025/2026. Ibu bapa/penjaga yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui pautan berikut:

🔗 https://forms.gle/K8fGwJ3rjhbMxAtx9

26/09/2025

Ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk ikuti, like dan kongsi profil rasmi ini agar tidak ketinggalan sebarang update terkini tentang anak-anak dan sekolah.

Mari bersama-sama kita menyokong dan menyuburkan semangat kecemerlangan warga SK Taman Keramat 2!

Ikuti kami sekarang!

Link di ruang komen. 😊

04/09/2025

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Mohon jasa baik ibu bapa untuk tekan butang SUBSCRIBE YouTube rasmi sekolah
👉https://youtube.com/?si=AGD_I4_wsRCQKxGU

Banyak video aktiviti & program anak-anak boleh ditonton di sana. Terima kasih atas sokongan tuan/puan. 💖

15/08/2025

Alhamdulilah !!

Program Gotong Royong Madani Peringkat Sekolah SK2 Taman Keramat telah berlangsung dengan jayanya. PIBG SK2 Taman Keramat mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyertaan semua ibu bapa, guru-guru serta pelajar yang menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit bagi merealisasikan program ini.

Semoga amal kebajikan yang kita lakukan untuk sekolah menjadi pahala berterusan dan memberi manfaat kepada anak-anak kita.
Tahniah dan Terima Kasih! 😊🙏🙏🙏

07/08/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨

Program Gotong-Royong Madani

✅ Kehadiran ibu bapa dan penjaga sangat dihargai bagi memeriahkan program.

✅ Ibu bapa yang mempunyai peralatan seperti berus cat dan tangga disarankan untuk dibawa semasa gotong-royong

✅ Makanan dan minuman secara potluck boleh dibawa dan diletakkan di meja juadah makanan pada hari gotong-royong

✅ Ibu bapa juga turut dialu-alukan untuk membawa bendera Jalur Gemilang untuk digantung di sekitar kawasan sekolah sempena bulan kemerdekaan.

✅ Markah PAJSK akan diberikan kepada murid Tahun 6 yang hadir.

✅ Link survey kehadiran https://forms.gle/dNJSw4jaMAFLKUyL9

05/08/2025

Setiap debu yang kita sapu, setiap cat yang kita lukis...

Adalah bukti kasih sayang kita pada anak-anak. Mereka mungkin tak mampu ucapkan terima kasih sekarang, tapi percayalah—hati kecil mereka akan sentiasa ingat saat kita hadir untuk mereka. ☺️ Mari bersama kami pada 9 Ogos ini...!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan EngGang Timur 1
Kuala Lumpur
54200