PIBG Sk Setiawangsa SBT

PIBG Sk Setiawangsa SBT

Share

PIBG SK Setiawangsa Oleh itu, peranan PIBG amat penting dalam usaha merealisasikan kecemerlangan pendidikan yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Menyedari hakikat bahawa tuntutan pendidikan semakin kompleks, penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlulah digemblengkan secara terancang. Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah badan yang menjalankan usaha berterusan bagi menyokong kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara berlandaskan kepada kaedah-kaedah dan Perlembagaan PIBG. PIBG secara s

22/02/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ibu bapa yang dihormati.

Sekolah Kebangsaan Setiawangsa kerjasama dengan PIBG SK Setiawangsa melancarkan tabung Infaq Ramadan Syawal untuk disalurkan kepada anak-anak asnaf dan juga duit raya untuk semua murid bagi menceriakan sambutan hari raya mereka .

Ayuh bersama kita jadikan Ramadan kali ini peluang terbaik untuk kita beramal dan bersedekah kepada yang memerlukan.

Para dermawan boleh menyalurkan infaq melalui link herepay di bawah:

👉https://app.herepay.org/sksetiawangsa/infaqramadhanasnafdanduitraya

Semoga usaha kecil kita ini dapat membantu meringankan beban buat anak-anak asnaf SK Setiawangsa menjelang sambutan Aidilfitri menjelang nanti.

Moga Allah merahmati usaha kita ini. 🤲🤲

Photos from Kementerian Pendidikan Malaysia's post 16/02/2026
02/02/2026

Tahniah buat semua Pesilat SKS. 👏

01/02/2026
02/01/2026

📢 HEBAHAN KSIB PIBG SK SETIAWANGSA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera ibu bapa/penjaga yang dihormati 😊

PIBG SK Setiawangsa dengan kerjasama KSIB dengan sukacitanya menjemput semua ibu bapa dan murid untuk menyertai:

🌱 GOTONG-ROYONG KECERIAAN KELAS 🌱
(Anjuran PIBG)

🗓 Tarikh: 10 Januari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Kelas masing-masing, SK Setiawangsa

🍱 Potluck:
Ibu bapa digalakkan membawa makanan untuk dikongsi bersama bagi memeriahkan suasana.

🔧 Antara aktiviti gotong-royong:
✅ Membersihkan dan menyusun atur kelas
✅ Menghias sudut pembelajaran
✅ Mewujudkan persekitaran kelas yang ceria & kondusif

🤝 Kerjasama dan kehadiran ibu bapa amatlah dihargai bagi menyokong keceriaan dan keselesaan pembelajaran anak-anak kita.

✨ Muafakat Membawa Berkat ✨

Sekian, terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua.
KSIB & PIBG
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

06/12/2025

Untuk warga SKS sahaja.
Link dan butiran penyertaan akan dibuka esok, 7 Disember 2025 jam 5.00 petang.
Tempat adalah terhad dan penyertaan adalah percuma.

14/10/2025

[SEMAKAN KELAYAKAN BAGI PROGRAM PENGAYAAN CUTI SEKOLAH (PPCS) 2025]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semakan kelayakan bagi Program Pengayaan Cuti Sekolah boleh dibuat pada 15 Oktober 2025 bermula jam 10.00 pagi.

Sila layari laman web: https://semak.permatapintar.ukm.my/ untuk membuat semakan.

Photos from PIBG Sk Setiawangsa SBT's post 14/10/2025

Pertandingan Seni Cetakan Sekolah Rendah sempena Majlis Apresiasi Seni Visual

Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan Seni Cetakan Sekolah Rendah sempena Majlis Apresiasi Seni Visual.

- Johan Peringkat Negeri
- Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan
- Tempat Keempat Peringkat Negeri

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih murid, bimbingan guru serta sokongan pihak sekolah dan ibu bapa. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus cemerlang dalam bidang seni dan meneroka potensi diri ke tahap yang lebih tinggi.

Tahniah sekali lagi atas kejayaan yang membanggakan ini!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


SK Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 13
Kuala Lumpur
54200