SMK Seri Pantai

SMK Seri Pantai Laman rasmi Facebook SMK Seri Pantai, Kampung Kerinchi, 59200, Kuala Lumpur. Laman ini akan memaparkan perkembangan terkini aktiviti yang berlaku di sekolah.

28/04/2026

JPWPKL menafikan pengeluaran poster berkenaan. Maklumat seperti poster tersebut adalah 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔.

Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI!

Untuk perhatian calon yang ingin mengulang peperiksaan SPM 2026.
01/04/2026

Untuk perhatian calon yang ingin mengulang peperiksaan SPM 2026.

Ucapan penghargaan daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur buat calon-calon SP...
01/04/2026

Ucapan penghargaan daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur buat calon-calon SPM 2025.





Cg Mai

πŸ“œ KEPUTUSAN SPM 2025Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK Seri Pantai atas pencapaian ce...
31/03/2026

πŸ“œ KEPUTUSAN SPM 2025

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK Seri Pantai atas pencapaian cemerlang keputusan SPM 2025!

Kejayaan mencatat GPS 5.48 dengan peningkatan sebanyak 0.15 serta LMS 92.67% merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan malah yang terbaik dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.

Penghargaan khusus ditujukan kepada:
✨ Barisan pentadbir atas kepimpinan yang mantap
✨ Guru-guru atas dedikasi, komitmen dan pengorbanan tanpa jemu
✨ Murid-murid atas usaha gigih dan semangat juang yang tinggi
✨ Ibu bapa serta penjaga atas sokongan padu dan doa yang berterusan
✨ Serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbang kepada kejayaan ini

Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha bersama dan bukti bahawa kesungguhan, kerjasama dan iltizam mampu melakar kecemerlangan.

✨ Tahun Ini Tahun Kita ✨






30/03/2026
πŸ“’ HEBAHAN RASMI KEPUTUSAN SPM 2025Assalamualaikum & Salam SejahteraDimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM 2025 aka...
30/03/2026

πŸ“’ HEBAHAN RASMI KEPUTUSAN SPM 2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM 2025 akan diumumkan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh / Hari: 31 Mac 2026 / Selasa
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Terbuka Blok C, SMK Seri Pantai

Semua murid Tingkatan 5 serta ibu bapa dijemput hadir bagi menyaksikan pengumuman rasmi oleh Pengetua. Keputusan individu akan diserahkan selepas pengumuman dibuat.

πŸ”₯ Inilah detik penentu hasil usaha dan perjuangan anda!

✨ Tahun Ini Tahun Kita ✨






Assalamualaikum dan salam sejahtera.Semua guru, staf, murid-murid Tingkatan 5 serta ibu bapa dijemput hadir bagi memeria...
13/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua guru, staf, murid-murid Tingkatan 5 serta ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Iftar Jamaie SMK Seri Pantai yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 13 Februari 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 6.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Blok C

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai dalam mengeratkan ukhuwah antara warga sekolah, murid dan ibu bapa SMK Seri Pantai.

Sekian, terima kasih. πŸŒ™βœ¨

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD BANGSAR TAHUN 2026πŸ“… 09 Februari 2026πŸ“ Taman Tasik Metropolitan, KepongSyabas dan tahniah di...
15/02/2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD BANGSAR TAHUN 2026

πŸ“… 09 Februari 2026
πŸ“ Taman Tasik Metropolitan, Kepong

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para atlet SMK Seri Pantai atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD Bangsar 2026.

πŸ… Rafiq Fauzan bin Roshaizul | Tempat Ke-4 (Kategori L18)

πŸ… Muhammad Abzan bin Hamzah | Tempat Ke-6 (Kategori L18)

πŸ… Ammar Amsyar bin Azli | Tempat Ke-8 (Kategori L15)

πŸ… Arman Harraz bin Sudarman | Tempat Ke-17 (Kategori L15)

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin tinggi serta semangat juang yang luar biasa sepanjang latihan dan pertandingan.

Kesemua atlet ini akan mewakili Daerah Bangsar ke Kejohanan Merentas Desa MSSWPKL pada bulan April nanti.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang sukan.

✨ Tahun Ini Tahun Kita ✨






MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI 202505 Februari 2026 | Galaxy Banquet Hall, HGH SentulSetinggi-tinggi tahni...
08/02/2026

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI 2025

05 Februari 2026 | Galaxy Banquet Hall, HGH Sentul

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Seri Pantai atas kejayaan merangkul 2 anugerah utama dalam majlis tersebut.

πŸ† JOHAN Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah (Lelaki)

πŸ† JOHAN Anugerah Pasukan KRS Cemerlang

Kejayaan berganda ini membuktikan komitmen, disiplin dan semangat luar biasa murid serta bimbingan berterusan guru-guru.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.

Sharin Hanum Ab Rahman
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

✨ Tahun Ini Tahun Kita ✨






MAJLIS ANUGERAH SUKAN DAN KOKURIKULUM PERINGKAT DAERAH BANGSAR/PUDU 202504 Februari 2026 | Auditorium BSTP, KPMSetinggi-...
08/02/2026

MAJLIS ANUGERAH SUKAN DAN KOKURIKULUM PERINGKAT DAERAH BANGSAR/PUDU 2025

04 Februari 2026 | Auditorium BSTP, KPM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Seri Pantai atas kejayaan merangkul 5 anugerah utama dalam majlis tersebut.

πŸ† Anugerah Pendidikan Khas (Puteri)

πŸ† Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah (Lelaki)

πŸ† Anugerah Pasukan KRS Cemerlang

πŸ† Anugerah Guru Pembimbing Cemerlang Kokurikulum

πŸ† Anugerah Pengurusan Kokurikulum Cemerlang

Kejayaan ini adalah hasil usaha berpasukan, komitmen tinggi serta sokongan padu semua pihak dalam memartabatkan kecemerlangan sukan dan kokurikulum sekolah.

Semoga pencapaian ini terus menyemarakkan semangat untuk melangkah lebih jauh.

Sharin Hanum Ab Rahman
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

✨ Tahun Ini Tahun Kita ✨






Tahniah Team Akuaponik! ✨
03/02/2026

Tahniah Team Akuaponik! ✨

Syabas dan tahniah diucapkan kepada SMK Seri Pantai, Kuala Lumpur atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Inovasi Akuaponik Peringkat Kebangsaan 2025. Pertandingan yang berlangsung pada 27 Januari 2026 ini telah diadakan di Aquaria, KLCC dan mencerminkan kreativiti serta kecemerlangan murid dalam bidang inovasi dan kelestarian alam.

Semoga kejayaan yang diperoleh ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan.










-2035

Address

Kampung Kerinchi
Kuala Lumpur
59200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Telephone

+60322423426

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Seri Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Seri Pantai:

Shortcuts

Share

Category