iKindy Mind Enrichment Centre

iKindy Mind Enrichment Centre

Share

Mind Enrichment Centre (Managed by : DM&K EDU SDN BHD)

The purpose of setting-up iKindy Mind Enrichment Centre is to enhance children's overall development at an earlier age. We would like to implement activities as part of a high quality education program because we know the importance of children's early years as the foundation for lifelong learning and success in school and beyond, as social-emotional and physical development are keys to success in school and life.

122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina 03/12/2024

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sejumlah 122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada bulan pertama persekolahan sesi akademik 2024/2025. Jumlah ni adalah hasil dari saringan pengesahan awal ke atas 448,113 murid. Ini kiranya macam filter dulu sebelum kelas bermula. Selalunya pengesahan awal literasi ni sekolah akan buat awal seminggu atau dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

So, analisis data terkini yg telah dikumpul oleh MOE sehingga 30 Oktober lalu telah menunjukkan hanya 39.58% murid berjaya MENGUASAI kemahiran ASAS 3M dan dah boleh masuk belajar macam biasa (PdP) di kelas biasa atau normal MANAKALA 60.42% murid masih belum mencapai tahap penguasaan akan meneruskan intervensi untuk Fasa Dua untuk tempoh selama 3 bulan sehingga Disember.

Saya nak berkongsi serba sedikit pengalaman tentang permasalahan kronik yang sedang dihadapi oleh guru-guru di peringkat tadika mahupun di peringkat sekolah rendah. So jom kita bincangkan isu ini dengan minda yang terbuka serta berlapang dada agar kita semua dapat mengubah 60.42% belum kuasai kemahiran 3M kepada 0% dan menjadikan 100% anak-anak kita bersedia untuk masuk ke kelas biasa (PdP) pada setiap tahun kerana mereka telah disiapsiagakan dengan kemahiran 3M, sekurang-kurangnya seawal umur 4 tahun.

Paling penting, ibu bapa perlu sedar bahawa mereka adalah guru pertama anak-anak sebelum anak-anak itu dihantar ke sekolah. Malangnya, majoriti ibu bapa masa kini lebih s**a melepaskan tanggungjawab kepada guru dan pihak sekolah dan tidak mengambil peduli tentang perkembangan akademik anak dengan alasan mereka masih kecil dan tidak perlu dipaksa. Zaman sekarang dah tak ada istilah hantar anak ke tadika untuk bermain. Anak seawal 4 tahun dah perlu didedahkan dengan abjad dan nombor. Kalau boleh biar mereka kenal semua huruf dan nombor, bukan menghafal ya… tapi mereka faham dan tahu. Perhubungan yang baik di antara ibu bapa dan pihak sekolah pun sangatlah penting untuk membantu anak-anak ini. Bila anak dah masuk 5 tahun, mereka akan didedahkan dengan suku kata yang mudah untuk dibaca.

Di sekolah saya, guru-guru akan beri “homework” bacaan mengikut level anak itu sendiri. Homework bacaan ini perlu ditandatangani oleh ibu bapa bagi memastikan the parent’s involment in their children education activity. Saya memang tegas bab ni… ibu bapa yang tak ikut arahan akan saya hubungi dan minta untuk ambil peduli. They can say whatever, but I did that for the sake of the children. Bila semua pihak berdisiplin, maka akan terlahir secara automatik satu sistem pembelajaran yang selari di antara sekolah dan rumah. Insyaallah, masuk 6 tahun ja anak-anak ni dah ada initiative sendiri untuk membaca ayat yang lebih panjang dan complicated. So, bila dah naik ke sekolah rendah, takda masalah dah… bila dah pandai baca, auto pandai menulis dan mengira.

Nasihat saya, carilah tadika atau enrichment centre yang bagus untuk anak-anak. Berkenalan dengan guru-guru secara lebih dekat agar wujudnya satu “chemistry” di antara ibu bapa, pihak sekolah dan anak-anak. Anak-anak ni characters mereka boleh berubah-ubah. Di sekolah perangai lain, kat rumah perangai lain so parents and teachers boleh update sesama sendiri about the child’s behaviour.

Nasihat saya untuk guru-guru pula… ikhlaskan diri untuk mengajar anak-anak ini dan jangan nak berkira sangat masa dan tenaga anda. Insyaallah segala penat lelah akan terasa nikmat bila anak-anak yg kita didik menjadi bijak di atas usaha kita selama ini.

NANA NORDIN,
Director of iKindy Centre

122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina Seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus, dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga bulan memasuki sesi akademik 2024/2025.

28/11/2024

Come and join us… be part of iKindy Kids & Parents 💙💚 …

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Pantai Murni 6
Kuala Lumpur
59200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00