13/01/2026
Tahniah Mikael 🌹
Update terkini mengenai aktiviti Program Pendidikan Khas Integrasi SK Taman Koperasi Polis
13/01/2026
Tahniah Mikael 🌹
01/12/2025
𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐕𝐈𝐃𝐔 (𝐑𝐏𝐈) 𝐏𝐏𝐊𝐈 𝐒𝐊 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬
Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Sidang Ketiga bagi murid Pendidikan Khas di PPKI SK Taman Koperasi Polis akan dilaksanakan pada 11 hingga 19 November yang lalu. Sidang ini merupakan kesinambungan kepada usaha-usaha yang telah dijalankan dalam Sidang Pertama dan Kedua, dengan memberi fokus kepada penilaian semula pencapaian murid, keberkesanan strategi intervensi yang telah dilaksanakan, serta menetapkan sasaran yang lebih realistik dan mencabar berdasarkan perkembangan semasa murid.
Perbincangan antara guru, ibu bapa, dan penjaga akan menjadi salah satu agenda utama dalam Sidang Ketiga ini, bertujuan untuk memastikan bahawa setiap keputusan yang diambil adalah selaras dengan keperluan dan tahap perkembangan murid. Sasaran yang lebih spesifik akan ditetapkan untuk membantu memperkukuhkan potensi murid dan memastikan proses pembelajaran mereka berjalan lancar.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan komitmen penuh dalam memastikan kejayaan Sidang Ketiga ini. Semoga hasil perbincangan dan perancangan yang lebih baik dapat memberikan impak positif kepada perkembangan akademik dan sosial murid-murid Pendidikan Khas
01/12/2025
*Majlis Ruang Rasa Kenangan Terindah ; Cik Arinah Radhiah binti Adnan*
Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, kami warga PPKI SK Taman Koperasi Polis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Arinah atas segala khidmat bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bermula Oktober hingga November yang lalu.
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan mendapat ganjaran yang setimpal dan diberkati. Teruskan memberi yang terbaik di mana jua berada.
Sekali lagi, terima kasih atas segalanya dan semoga kejayaan sentiasa bersama Cikgu Arinah.
Tumbuh bunga di tepi taman,
Warna-warni indah berseri,
Khidmat bakti tiada tandingan,
Jasa mu tetap kami hargai.
01/12/2025
07/11/2025
Tahniah di atas pencapaian yang cemerlang dalam bidang pendidikan khas. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berbakti dalam memberi peluang pendidikan yang inklusif dan berkualiti kepada semua, serta membawa perubahan positif kepada komuniti yang memerlukan 🌸
16/10/2025
𝗦𝗲𝗸𝗶𝗹𝗮𝘀 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗹𝗲𝘁 𝗠𝗕𝗣𝗞 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗻𝘁𝘂𝗹 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗯𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗵𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗝𝗣𝗪𝗣 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿
Tarikh : 16 Oktober 2025
Tempat : SK Taman Kepong, Kuala Lumpur
Karnival Bakat Pendidikan Khas MBPK Daerah Sentul yang diadakan pada 16 Oktober 2025 di SK Taman Kepong, Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya.
Acara ini melibatkan 3 orang murid PPKI SK Taman Koperasi Polis yang mempamerkan bakat mereka.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!
11/10/2025
Sambutan Hari Sukan Negara 2025
Terima kasih kepada semua warga PPKI SK Taman Koperasi Polis atas semangat dan kerjasama yang luar biasa dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara pada hari ini. Aktiviti berjalan dengan lancar, meriah, dan penuh dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Disertakan antara yang sempat terakam menerusi lensa kamera sepanjang perjalanan aktiviti pada hari ini.
Terima kasih semua!
28/08/2025
Dialog Kemenjadian Kualiti Murid (DKKM) Siri 1/2025
📅 Tarikh : 28 Ogos 2025 (Khamis)
⏰ Masa : 8.30 pagi
📍 Tempat: Kelas akademik
Bunga melati harum baunya,
Tumbuh mekar di laman seri;
Terima kasih ibu bapa semua,
Sudi hadir memberi sokongan murni.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah meluangkan masa hadir ke sekolah bagi bersama-sama membincangkan pencapaian serta kemajuan anak-anak.
Sokongan dan kerjasama tuan/puan amat kami hargai dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid.
16/08/2025
HEBAHAN ORANG HILANG :
Pihak Polis Daerah Wangsa Maju sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus ke mana- mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Wangsa Maju, Insp.Alif di talian 013-7761013, DCC Wangsa Maju 03-9289 9258 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-21460522 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan PDRM amat diperlukan.
| Monday | 07:30 - 12:00 |
| Tuesday | 07:30 - 12:00 |
| Wednesday | 07:30 - 12:00 |
| Thursday | 07:30 - 12:00 |
| Friday | 07:30 - 12:00 |