19/03/2020
SURAT TERBUKA BUAT ANAK-ANAK MURID PASTI SELURUH MALAYSIA
Salam sayang buat anak-anak murid PASTI semua, Ustaz doakan mudah-mudahan dapat menjalani kehidupan di rumah masing-masing bersama keluarga tercinta.
Ustaz harapkan anak-anak dapat menjaga kesihatan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan diri kepada penularan virus COVID-19.
Di kesempatan cuti ini, Ustaz menyeru agar anak-anak murid dapatlah kiranya mengulang kaji pelajaran dengan membuat latihan membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan apa yang dipelajari di PASTI.
Ustaz ingatkan juga supaya solat jangan ditinggalkan, hafazan Al-Quran perlu ditingkatkan seperti berada di PASTI.
Hafazan 5 Tahun :*
Al-Fatihah & An-Nas - Al-Qadr
Al-Mulk ayat 1- ayat 15
Hafazan 6 tahun :*
Al-Fatihah & An-Nas - Al Fajr
Al-Mulk ayat 1- 30
Semoga anak-anak murid PASTI terus berada dalam keadaan baik dan mendapat naungan daripada Allah SWT.
π·ππππ ππππ, πππππ πππππ
πΊππ
ππ ππππ, πππππ πππππβΊ
USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
23 Rejab 1441H | 18 Mac 2020