09/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐
๐๐๐๐๐ โฅ๏ธ
8 Ogos 2026 menjadi satu hari yang cukup bermakna buat anak-anak Temenggung apabila berkesempatan menziarahi ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ญ ๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐ฅ-๐
๐ข๐ค๐ซ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang, melalui program kerjasama ๐๐ฎ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ข๐ bersama sokongan penuh daripada ๐๐๐ฒ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐๐ (๐๐๐) dan Oldboys of Alam Shah Science School (OASiS).
Seramai 35 orang murid Tingkatan 4, bersama guru dan AKP Rumah Temenggung, telah menyertai kunjungan ini. Turut bersama ialah Cikgu Rohani, Cikgu Azman, Cikgu Azmi Mohamed, Cikgu Wan Rosmiyati, Cikgu Najwa dan Ustazah Siti Ameerah.
Penghargaan turut diberikan kepada OASiS, khususnya Saudara Ahmad Kamil dan Saudara Syazwan, atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Sesungguhnya, program ini tidak akan terlaksana tanpa dukungan dan keikhlasan Yayasan Amal ASAS yang diterajui oleh CEO, ๐๐ง. ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐ก๐๐ณ๐๐ฅ๐ข ๐๐ฎ๐ฃ๐๐ง๐ , bersama ๐๐ง. ๐
๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ณ๐, ๐๐ง. ๐๐๐ข๐ง๐ข ๐๐จ๐ก๐. ๐๐ก๐๐ฅ๐ข๐, ๐๐ง. ๐๐ฎ๐ซ๐ก๐๐ง ๐๐ก๐ฎ๐ค๐ซ๐ข serta ๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ซ๐๐ฅ๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ yang hadir menyumbangkan masa, tenaga dan kasih sayang.
Lebih indah, sumbangan turut hadir daripada ibu bapa dan guru-guru Rumah Temenggung, OASiS serta Yayasan Amal ASAS, dalam bentuk makanan, bahan pencuci dan kebersihan serta masakan untuk dikongsikan bersama penghuni pusat jagaan.
Di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, anak-anak Temenggung berkesempatan menyantuni sekitar 70 orang penghuni, dengan usia antara 24 hingga 95 tahun.
Ada kunjungan yang sekadar meninggalkan jejak kaki, tetapi ada kunjungan yang meninggalkan jejak di hati.
Lawatan ini bukan sekadar tentang hadir, melihat dan beramah mesra. Lebih daripada itu, ia menjadi ruang untuk kita belajar bahawa kebahagiaan tidak semestinya hadir dalam bentuk yang besar. Kadangkala, sebuah senyuman, sapaan yang tulus, masa yang diluangkan dan kehadiran yang ikhlas sudah cukup untuk membuat seseorang berasa dihargai.
Di sebalik tembok sebuah pusat jagaan, tersimpan begitu banyak kisah kehidupan. Ada yang masih muda, ada yang telah melalui puluhan tahun perjalanan hidup. Namun pada hari ini, kita hadir bukan untuk melihat perbezaan, tetapi untuk menghargai insan, menyantuni kehidupan dan berkongsi sedikit cahaya kebahagiaan.
Buat anak-anak Rumah Temenggung, semoga pengalaman ini menjadi pelajaran yang tidak tertulis di dalam buku. Bahawa kehidupan bukan hanya tentang mengejar kejayaan untuk diri sendiri, tetapi juga tentang belajar memberi, memahami, menghargai dan menghulurkan kasih kepada insan lain.
Kerana akhirnya, ukuran sebuah kehidupan bukanlah sebanyak mana yang kita miliki, tetapi sebanyak mana kebaikan yang mampu kita tinggalkan dalam hidup orang lain.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang, hadir dan bekerja di belakang tabir. Mungkin ada yang tidak disebut satu persatu, tetapi setiap sumbangan, setiap tenaga dan setiap keikhlasan itu tetap menjadi sebahagian daripada cerita indah hari ini.
๐ฒ๐๐๐๐ ๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐.
๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐.
๐บ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐. โค๏ธ
โ๐ป๐๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐โ โ๐๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐โ๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐.โ
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ซฐ๐ผ
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur