16/05/2021
*PERUTUSAN HARI GURU 2021*
*KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA*
Tiada individu yang hidup dalam denyut nadi masyarakat, menghidupkan jiwa yang kosong dengan ilmu, mengadabkan manusia dengan kesucian akhlak, memandu manusia ibarat lilin yang mencerahkan laluan kegelapan.
Tiada individu yang mulia membawa manusia mengenal Tuhan, menyelamat dari terjerumus ke lembah kehinaan, menggenggam erat berenang di lautan kehidupan yang tinggi bergelora.
Tiada individu yang diangkat darjat disisi Allah, dimuliakan tugasnya mewarisi pusaka tugasan para anbiya', dirakam kemas dalam wahyu Ilahi dan kalam Nabawi, dijamin ganjaran pahala yang diperolehi walau jasad memamah bumi.
Individu yang dimaksudkan tidak lain dan bukan melainkan insan bernama Guru. Mengabdikan diri sebagai Pendidik. Mewaqafkan hidup sebagai Mualimah mengorbankan jiwa, harta, tenaga, masa dan segalanya demi melihat manusiawi yang diisi dengan ilmu sebagai cahaya hidup.
Justeru, mewakili Jabatan PASTI Malaysia, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para guru di seluruh negara khususnya guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Anda adalah kebanggaan kami, kebanggaan warga pendidik dan kebanggaan saff perjuangan Islam.
"Berguru Dengan Ilmu, Membina Generasi Baharu"
Yang mengasihi guru,
*US. SYARHAN HUMAIZI HALIM*
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
3 Syawal 1442 | 16 Mei 2021
06/04/2021
PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH SERTA PENUTUP.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah 1 PASTI WP iaitu En Abdul Azim bin Abu Ziden.
Terdapat beberapa hadiah kepada gur baru iaitu kategori Buku nota terbaik, BBB Terbaik dan Micro Teaching Terbaik.
06/04/2021
MICRO TEACHING
Hari ketiga dan hari terakhir KFT dimulakan dengan istiadat perhimpunan pagi dan Sesi Micro teaching. Micro Teaching bertujuan untuk menambah dan mempertingkatkan keyakinan dan kemahiran guru baru dalam menyampaikan pdpc.
Guru dibahagikan kepada 7 kumpulan yang akan dinilai oleh JU dan GT.
06/04/2021
HARI KEDUA KFT 2021
SABTU 8.00 PAGI HINNGA 1200 TGH MLM.
KFT 2021 juga disertai oleh 4 orang guru PASTI Labuan melalui medium perantaraan google meet.
Tentatif dan slot padat sehingga malam.
06/04/2021
Kursus First Touch (KFT) Guru PASTI Wilayah Persekutuan 2021 telah berlangsung pada 2 - 4 April 2021, bertempat di RHR Hotel @ Kajang. Kursus yang dianjurkan oleh Unit IPPM WP telah dihadiri oleh 67 orang guru baru dan 10 orang urusetia.
KFT berlangsung selama 3 hari 2 malam dan antara tentatif dan modul KFT kali ini adalah :
-Etika dan Persediaan Guru PASTI
-Pengenalan dan Pengajaran K4T
-Pengenalan subjek 5 & 6 tahun
-Micro Teching
Semoga guru WP PASTI yang menghadiri KFT ini dapat mempertingkat dan mengaplikasikasi ilmu sepanjang kursus berlangsung.
26/03/2021
إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها.
Salam Takziah
Semoga amalan arwah Muallimah Aisyah semasa hayatnya diterima Allah dan ditempatkn bersama orang- orang yang beramal soleh.
Didoakan juga dipermudahkan urusan pengebumian arwah dan ahli keluarga dalam menguruskan.