Silat Gayong SK Setiawangsa

Silat Gayong SK Setiawangsa

Share

PSSGMK SKS

Photos from Silat Gayong SK Setiawangsa's post 03/07/2026

Pada 20 Jun 2026 bertempat di Dewan Blok B, SK Setiawangsa, telah berlangsungnya Majlis Perlimau Tapak dan Seni 2026 bagi pesilat-pesilat baru Harimau Putih Bugis Gelanggang SK Setiawangsa.Seramai 49 orang pesilat SKS menyertai Perlimau tapak ini.Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Muhammad bin Md. Nor, Kipas Emas Kebangsaan merangkap Penasihat PSSGM Kebangsaan WP KL.

Diharapkan program ini dapat menjadi titik permulaan kepada pembentukan sahsiah, disiplin dan jati diri yang cemerlang dalam kalangan para pesilat, di samping memupuk semangat cintakan warisan seni silat Melayu.

11/01/2026

First day Class Silat SKS 2026

11/01/2026
11/01/2026

Latihan Pertama Silat Tahun 2026

Alhamdulillah, semua pesilat masih mengekalkan momentum pembelajaran.

Selamat datang juga kepada pesilat-pesilat baru yang mendaftar di PSSGMK Gelanggang Harimau Putih Bugis (HPB) SK Setiawangsa.

Semoga perjalanan HPB SKS tahun 2026 lebih baik & cemerlang dalam latihan, ujian kenaikan bengkung dan pertandingan.




10/01/2026

Alhamdulillah

Permulaan Tahun 2026

Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Gelanggang Harimau Putih Bugis (HPB) SK Setiawangsa dijemput membuat persembahan sempena meraikan pelajar tahun 1 SK Setiawangsa " CILIK CERIA TAHUN 1 2026"

Persembahan adalah terdiri daripada pesilat memegang Bengkung Cula Hitam yang terdiri daripada murid SK Setiawangsa tahun 5 & 6.

Syabas & Tahniah Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Menjayakan Persembahan Ini.




Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


SK Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 13
Kuala Lumpur
54200