28/04/2026
النظافة من الإيمان
Kebersihan itu sebahagian dari iman
الجسم السليم في العقل السليم
والعقل السليم في القلب السليم
Badan yang sihat itu dari akal yang waras.
Akal yang waras dari hati yang baik.
22/04/2026
Alhamdulillah syukur ya Allah
Ramadan yang ditunggu telah kembali ke pangkuan Ilahi,
Raya & Syawal ditutup dengan 6 hari puasa mencukupkan pahala setahun,
Ya Allah terimalah segala amalan kami walau amal kami tidak sepenuh hati,
Tetapi kami bersyukur kepadaMu kerana kami tahu Engkau adalah tuhan yang Maha Pengampun.
Terima kasih semua yang membantu, menyokong serta mendoakan kami Darul Muhibbin. Kami tidak sempurna tetapi kami bersyukur masih ada yang menyayangi kami.
22/04/2026
Doakan anak-anak tahfiz ini menjadi anak yang soleh dan akan memberikan manfaat pada umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم satu hari nanti.
Serta doakan untuk Ibubapa mereka dipermudahkan segala urusan dan ditunaikan segala hajat-hajat mereka.
Tahniah Ibubapa dan anak-anak ini.
11/04/2026
Terima Kasih Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM)
11/04/2026
Ini view dalam asrama Maahad Tahfiz Darul Muhibbin.
Alhamdulillah kami mementingkan kebersihan untuk para pelajar.
17/03/2026
Syukur Alhamdulillah Atas Nikmat Ramadan
Ya Allah Engkau berikanlah kasih sayangMu pada semua orang yang mengembirakan kami di Maahad Tahfiz Darul Muhibbin dengan ihsan mereka semua, permudahkanlah hidup dan gembirakanlah hati mereka semua di dunia dan akhirat.
Pelajar Maahad tahfiz darul Muhibbin dijemput berbuka, berterawih, berqiamullail sepanjang Ramadan 1447/2026 :
1. Surau Al-Azim Taman Keramat
2. Biro wanita BKPTSK
3. MEE Hiris Chaines Muslim Sunway Putra Mall
4. Sambal Abg sado
5. Rumah Titian Kasih
6. Tow wheels Only
7. Puan Syarifah dan sahabatnya
8. Surau Jumaat Tabung Haji KL
9. Surau Nurul Ehsan Tmn Desa Keramat
10. Setiap individu yang menginfaq samaada jauh dan dekat.
Tidak lupa juga sesiapa yang memberikan zakat kepada kami di kalangan orang 2 besar VIP maupun orang awam minta maaf kami tidak dapat menyebut satu persatu namun semua nama itu berada di dalam hati kami , hanya Allah سبحانه وتعالى sahaja yang dapat mengganjariNya.
17/03/2026
*Sekalung Penghargaan Dan Terima Kasih Ihya' Ramadan Khatam al-Quran Darul Muhibbin*
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وبعد؛
Alfaqir Ahmad bin Shadan dan sahabat Ustaz Mahyuddin Othman alMuqri mewakili keluarga besar DARUL MUHIBBIN Taman Keramat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya pada barisan para ulama dan asatizah wa bil khusus Syeikh Abdur Razak alMisri, Ustaz Hasnol mewakili aljenderami , Ustaz Muhammad Darwish Pengerusi Ittihad Annur Malaysia, sahabat alumni sezaman Ustaz Dr Fauzi, Ustaz Muhammad Salehudin. Begitu juga kepada Tn Mohd Yusri Galeri Ilmu, Dr Habib Abdullah Muhammad al-Haddad dan Ustaz Amir Setia Budi.
Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar Darul Muhibbin ; ustaz Ilyas & ustaz Hanafi bersama seluruh pengkhidmat Darul Muhibbin Aduah & isteri, Adi, Ansori, Aiman serta anak2nya, Puan Faizah seisi keluarga، brother Abdullah Firdaus USA juga Insp Zaim.
Vokalis Darul Muhibbin, Ustaz Hafiz serta team hadrah & security Kem Perkid yang menghiburkan hati dengan suara yg lunak serta iringan hadrah yang menusuk kalbu.
Ucapan terima kasih tidak terhingga pada seluruh Ibubapa, para pelajar tahfiz Darul Muhibbin serta pengerusi Surau al-Azhim En Azhar juga jemaah Surau Nurul Ehsan diwakili imam Azmi lagi diberkati oleh sesiapa sahaja yang datang dari dekat dan jauh juga para penyumbang sepanjang ihya Ramadan Darul Muhibbin tahun ini...
Ya Allah himpunkan kami nanti bersama para kekasihMu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Ya Allah masukkanlah kami semua ke dalam syurga firdausMu dan redhailah kami sebagai para hambaMu yang ikhlas mencintaiMu.
{ وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ رَبَّهُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِیِّ یُرِیدُونَ وَجۡهَهُۥۖ
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata...
12/03/2026
Majlis Khatam alQuran Darul Muhibbin Di Dalam Solat Terawih.
Jom datang ke Maahad Tahfiz Darul Muhibbin pada hari Ahad 15/3 malam 26 Ramadan ini.
Lokasi kami :
Maahad Tahfiz Darul Muhibbin
No 8 Lrg Enggang 9
Tmn Keramat
018 2555 607
https://waze.com/ul/hw28650s3u
02/02/2026
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم تسليما
Alhamdulillah puji syukur pada Allah سبحانه وتعالى yang telah mengizinkan kita adakan program kerjasama dengan pihak masjid jamek kl Sultan Abdul Samad. Kami dari Darul Muhibbin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya pihak VIP dari kalangan barisan umara' iaitu YB Senator Dr Zulkifli Hassan Menteri Jab Perdana Menteri, SS M***i Wilayah Persekutuan KL, Us Tn Fauwaz Fadhil Nor serta Tim M***i Tn Hj Jamali juga barisan ulama' wa bil khusus orang tua kami alhabib Ali Muhammad as-Saqqaf terutama ad-Daie ila Allah alhabib Ali Zainal Abidin alHamid, alhabib Nael Ali Ben Tahir semoga Allah سبحانه وتعالى merahmati kalian semua.
Tidak lupa juga penghargaan yang tinggi pada Ustaz Haris Imam Besar Masjid Jamek KL beserta imamnya Us Abdul Azim yang menyusun program dengan baik. Tidak lupa juga pada Ustaz Masridzi, Ustaz Faiq dan team unit amal Kem Perkid yg sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik hanya Allah سبحانه وتعالى shj yg layak mengganjariNya.
Kepada kumpulan Qasidah ahbabul habib, ustaz Abdul Jabbar, Ustaz Hafiz yang menghiburkan hati dengan suara yg lunak dan merdu semoga Allah سبحانه وتعالى tambahkan lg nikmat pada kamu semua.
Sy Ahmad bin Shadan bersyukur kerana mempunyai pengkhidmat di kalangan dewasa lelaki & perempuan serta pelajar Darul Muhibbin yang tidak mampu sy sebut namanya satu persatu...
Ya Allah himpunkan kami nanti bersama para kekasihMu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
امين يارب العالمين
02/02/2026
Program Pelajar Bersama Sahibus Samahah Datuk M***i Pahang Badli Shah al-Azhim Keramat Ulu Klang.
27/01/2026
Program Kepimpinan Huffaz Madani Anjuran YADIM
Alhamdulillah syukur kepada Allah سبحانه وتعالى dan gembira menjadi umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم kerana dalam banyak2 Maahad Tahfiz di KL/Sel, Maahad Tahfiz Darul Muhibbin terpilih bersama di dalam kem kepimpinan huffaz yang dijayakan oleh YADIM seramai 60 peserta dari 6 Maahad Tahfiz yang hebat - hebat dan kami terpilih salah satu darinya.
Maahad kami tidaklah hebat tetapi diizinkan Allah سبحانه وتعالى terpilih bersama mudah2an termasuk dari mereka semua. Kami mendoakan para pelajar kami ini akan menjadi harapan bangsa dan negara satu hari nanti.
آمين يارب العالمين