23/11/2025
SMK Pandan Jaya Official
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Pandan Jaya Official, High School, SMK Pandan Jaya, Jalan Pandan 5, Pandan jaya, Kuala Lumpur.
23/11/2025
05/08/2025
Alhamdulillah dan tahniah! 👏
Pasukan Kawad Kaki Gabungan SMK Pandan Jaya (PPIM) telah berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2025! pada 26 Jun yang lalu🥈🚶♂️🚶♀️
Pada 29 Julai 2025 (Selasa) Pasukan ini telah diundang untuk menyertai Majlis Penutup Kejohanan Kawad Kaki Piala Dato' Menteri Besar Selangor peringkat negeri Selangor bertempat di Unisel, Bestari Jaya.
Segala usaha, disiplin, dan semangat juang yang tinggi telah membuahkan hasil yang membanggakan. Semangat kesatuan dan ketekunan latihan yang ditunjukkan membuktikan bahawa kejayaan ialah milik mereka yang berusaha sepenuh hati.
Syabas dan terima kasih kepada semua barisan Pentadbir, Jurulatih En Mohammed Ibrahim bin Zainal Abidin, Guru- guru Penasihat, Guru-guru, Senior2 SMK Pandan Jaya serta penyokong yang sentiasa memberi dorongan & sokongan yang padu.
💪 Terus melangkah gagah, terus menyinar di medan juang!
Kami Kembali!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Laman rasmi SMK Pandan Jaya kini kembali bernafas selepas sekian lama menyepi. Bukan kerana melupakan, tetapi kerana menyusun semula langkah di tengah kekangan dan urusan yang tidak dapat dielakkan.
Sepanjang tempoh itu, pelbagai peristiwa telah berlaku dan program yang dijalankan, pencapaian yang diraih, kenangan yang terukir. Walaupun tidak sempat dikongsikan di sini, setiap satu daripadanya amat kami hargai dan tetap terpahat dalam sejarah sekolah ini.
Kini, kami kembali bukan sekadar membawa maklumat, tetapi menyambung semula hubungan – antara sekolah dan masyarakat, antara kenangan dan masa hadapan. Kami hadir semula dengan semangat baharu untuk mendekatkan yang jauh, dan meraikan yang setia.
Terima kasih kerana terus percaya, terus bersama.
Nantikan perkongsian kami yang seterusnya.
28/05/2025
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya pada :
Tarikh : 28 Mei 2025
Hari : Rabu
Masa : 7.30 - 10.30 pagi
Tempat : Astaka Semarak Jaya, SMK Pandan Jaya
Perasmi: Pn Ruzihan binti Jantan, School Improvement Partners+(SIPARTNERS+), Hulu Langat
Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan dan meraikan murid yang cemerlang dalam PASA tingkatan 4 bagi tahun 2024, Cemerlang SPM 2024 dan seterusnya dapat menyuntik semangat serta motivasi ke atas murid untuk berusaha mencapai kecemerlangan. TAHNIAH kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.
25/04/2025
Alhamdulillah...
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling SMK Pandan Jaya yang berjaya mendapat Naib Johan dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Hulu Langat.
Terima kasih diucapkan kepada barisan Pentadbir & warga SMK Pandan Jaya terutamanya Pengetua & Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn Nur Zamiah yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada pasukan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan Guru Penasihat iaitu Cikgu Noorliza, Cikgu Salmiza, Ustaz Azam & Cikgu Intan serta jurulatih iaitu Cikgu Kamarul yang sentiasa bersama dengan Pasukan dalam menjalankan latihan.
Terima kasih juga diucapkan kepada Restoran Nasi Lemak Saleha yang menaja sarapan pagi kepada pasukan sepanjang Kejohanan berlangsung & barisan Alumni yang memberikan sokongan padu...
Terima kasih semuanya
15/04/2025
MAJLIS PELANCARAN PERMATA JAYA
TARIKH : 14 APRIL 2025
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : ASTAKA SEMARAK JAYA
MURID TERLIBAT : 30 ORANG CALON CEMERLANG spm 2025
14/04/2025
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah dilaksanakan dengan jayanya pada 12 April 2025 (Sabtu). Pelbagai usul dan jalan penyelesaian telah dapat dibincangkan demi kecemerlangan anak-anak.
Semoga barisan Ahli Jawankuasa PIBG 2025 yang telah dilantik dapat berganding bahu bersama dengan pihak sekolah untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik-baiknya.
Jamuan Hari Raya Raya Aidilfitri juga dapat dijalankan dengan penuh meriah dengan juadah yang dibawa oleh Ibu bapa dan sumbangan yang diberikan kami ucapkan terima kasih.
13/04/2025
*HARI PENETAPAN TARGET TINGKATAN 5 & AKU JANJI SPM 2025*
TARIKH : 11 APRIL 2025
MASA : 10.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : KELAS TINGKATAN 5
24/03/2025
Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Majlis Mesra Kasih Aidilfitri SMK Pandan Jaya.
Majlis ini diadakan khusus bagi memberikan sumbangan kepada semua penerima zakat, Asnaf Dan Anak Yatim di sekolah ini. Penyerahan Mock Check sebanyak RM16660 juga telah diserahkan oleh Koperasi SMK Pandan Jaya yang merupakan penyumbang terbesar dalam Majlis ini. Terima kasih Koopmart SMK Pandan Jaya!!!
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada tuan/puan yang menyumbang dalam Tabung Kasih Ramadan sehingga menjadikan hari raya anak-anak ini bertambah ceria🤗
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua Guru serta Akp dan warga SMK Pandan Jaya yang sudi bersama-sama memberikan sumbangan Hari Raya kepada Pengawal Keselamatan serta Pekerja Pembersihan di sekolah ini.
Terima kasih semuanya🥰
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Culinary Team
Attire
Contact the school
Telephone
Website
Address
SMK Pandan Jaya, Jalan Pandan 5, Pandan Jaya
Kuala Lumpur
55100