31/10/2025
🌸 PROGRAM AMAL UniSZA SANTUNI IBU TUNGGAL “URUS STRES, HATI BAHAGIA” 🌸
Seramai 31 orang peserta terdiri daripada ibu tunggal dan asnaf dari seluruh Terengganu telah menyertai Program Amal UniSZA Santuni Ibu Tunggal “Urus Stres, Hati Bahagia” yang berlangsung di Dewan Alumni dan Komuniti Masjid UniSZA pada 29 Oktober 2025.
Program ini adalah anjuran bersama Unit Kaunseling Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan Pusat Islam UniSZA dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Program ini merupakan satu program khidmat komuniti yang mana bertujuan memberi sokongan untuk membantu peserta berkaitan pengurusan stres demi kesejahteraan mental yang sihat dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri merangkumi penampilan, tingkahlaku, pemikiran, emosi dan rohani.
🌿 Slot 1: Santapan Rohani: “Mudahnya Menjemput Bahagia” disampaikan oleh YBrs. Dr. Syh Noorul Madihah binti Syed Husin, Pensyarah Universiti, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.
💪 Slot 2: “Sihat Fizikal Emosi Ceria” disampaikan oleh Dr. Yusmina binti Mohd Yusof, Pegawai Perubatan merangkap Timbalan Pengarah (Bahagian Kesihatan Pelajar), Klinik Kesihatan Kampus Perubatan (KKKP).
💖 Slot 3: Kaunseling Ekspresif: Urus Stres & Urus Emosi dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai Psikologi UniSZA.
Majlis telah dirasmikan oleh Puan Rosni binti Mohammad, Ketua Pegawai Psikologi Unit Kaunseling PTNC HEPA UniSZA. Sementara itu, penyampaian sumbangan bakul komuniti prihatin MAIDAM telah disempurnakan oleh Encik Mohd Sayuti bin Yahya, Pengarah Pusat Islam UniSZA.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kesejahteraan emosi dan spiritual komuniti ibu tunggal serta mencerminkan komitment UniSZA dalam menyantuni masyarakat.