15/12/2025
MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI KAWASAN TITIWANGSA MERIAH !
TITIWANGSA – Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Titiwangsa telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad, 14 Disember, bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan SMK Datok Lokman, Taman Maluri.
Majlis ini melibatkan penyertaan sebanyak lapan (8) buah PASTI di bawah Kawasan Titiwangsa serta meraikan para pelajar berumur enam tahun yang telah menamatkan tempoh persekolahan mereka di PASTI.
Majlis dimulakan dengan persembahan istimewa daripada para pelajar PASTI yang mempamerkan bakat, keberanian serta hasil didikan sepanjang berada di institusi tersebut. Persembahan ini jelas mencerminkan pembentukan sahsiah dan keyakinan diri anak-anak PASTI.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tuan Daud Firdaus, Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pembentukan anak-anak bermula dari rumah, dengan ibu bapa sebagai tunjang utama pendidikan. Beliau turut berkongsi pandangan berkaitan kesan penggunaan gajet terhadap perkembangan anak-anak serta menyeru ibu bapa agar memainkan peranan aktif dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak seiring dengan pendidikan di PASTI.
Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa, Ustaz Mohd Suhaimi Abdul Aziz. Dalam ucapan perasmian, beliau merakamkan penghargaan terhadap kejayaan PASTI dalam melahirkan anak-anak yang mampu membaca, menghafal doa-doa serta hadis-hadis pilihan pada usia yang muda. Beliau turut menegaskan bahawa pembentukan ilmu Islamiah perlu diteruskan secara berperingkat dan tersusun, dengan kerjasama berterusan daripada ibu bapa bagi memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak.
Acara diteruskan dengan penyampaian Sijil Tamat Belajar sebagai penghargaan kepada semua pelajar akhir berusia enam tahun, di samping penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian cemerlang sepanjang tempoh persekolahan di PASTI.
Majlis Anugerah Prestasi ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar, ibu bapa dan para pendidik untuk terus komited dalam usaha melahirkan generasi soleh, berilmu dan berakhlak mulia selaras dengan matlamat pendidikan PASTI.
13/10/2025
📜IKLAN JAWATAN KOSONG📜
Tawaran berkhidmat dengan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Titiwangsa
🏫Lokasi : PASTI Ibnu Haitham & PASTI Al Qurtubi
Jawatan:
📌GURU
(PEREMPUAN)
Kemasukan :
🗓️ PASTI Ibnu Haitham - 1 orang Guru ganti untuk 3 bulan (Urgent Kemasukan segera)
🗓️ PASTI Al Qurtubi - 1 orang Guru tetap (Kemasukan segera)
Kelayakan:
1⃣ Pemegang Sijil SPM | Diploma | Ijazah
2⃣ Pengalaman adalah kelebihan, graduan baru dialu-alukan
3⃣ Jaga solat dan berakhlak baik
4⃣ Berdisiplin & bersedia menerima arahan
5️⃣ Tempat tinggal ada disediakan
Hantar resume anda dengan segera ke nombor hp atau email yang tertera di bawah :
📱Whatsapp :
011-19295997(Encik Shamil)
WWW.WASSAP.MY/01119295997
Email :
[email protected]
29/09/2025
Alhamdulillah, kejayaan Alam Ria PASTI Kawasan Titiwangsa 2025 tidak akan tercapai tanpa pengorbanan, dedikasi dan semangat juang daripada barisan AJK & guru-guru PASTI.
👏 Keringat kalian dalam merancang, melatih, membimbing serta memastikan kelancaran program amat kami hargai. Kalianlah tulang belakang kejayaan ini, dari persiapan awal hingga ke pentas akhir.
🌿 Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT serta menjadi saham akhirat yang berpanjangan.
❤️ Terima kasih kerana terus komited melahirkan generasi rabbani, pewaris ummah dan pemimpin masa depan.
29/09/2025
🌟🏆 JUARA KESELURUHAN ALAM RIA PASTI TITIWANGSA 2025 🏆🌟
Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada PASTI Ibnu Khaldun yang telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN dalam Alam Ria PASTI Kawasan Titiwangsa 2025! 🎉🎉
👏 Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para murid yang berbakat, bimbingan penuh dedikasi para guru, serta sokongan padu ibu bapa dan seluruh warga PASTI Ibnu Khaldun.
🌿 Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus melahirkan generasi rabbani, berilmu dan berakhlak mulia.
Tahniah sekali lagi buat semua warga PASTI Ibnu Khaldun! 🥳
📸 Saksikan momen manis kemenangan mereka di album gambar ini.
29/09/2025
🏆✨ TAHNIAH PARA PEMENANG ALAM RIA PASTI TITIWANGSA 2025! ✨🏆
Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan dalam Alam Ria PASTI Kawasan Titiwangsa 2025.
🌟 Anak-anak PASTI telah menampilkan bakat yang luar biasa dalam pelbagai acara – dari pidato, nasyid, sajak, hafazan, hingga ke persembahan kalam jamaie.
👏 Tahniah khas kepada para pemenang yang berjaya mengharumkan nama PASTI masing-masing. Kemenangan ini adalah hasil usaha, latihan gigih dan doa semua.
Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada semua peserta kerana setiap seorang adalah pemenang di hati kami ❤️
📸 Saksikan wajah-wajah ceria pemenang & detik kemenangan mereka di album gambar ini!
29/09/2025
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, program Alam Ria PASTI Kawasan Titiwangsa 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada Ahad, 28 September 2025🌸
👏 Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak PASTI yang telah menunjukkan bakat, kreativiti dan keberanian di pentas. Persembahan yang ditampilkan benar-benar menghiburkan dan membanggakan!
🙏 Terima kasih tidak terhingga kepada:
✅ Para ibu bapa yang hadir memberi sokongan padu ❤️
✅ Barisan guru & urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program 👩🏫👨🏫
✅ Semua pihak yang bersama-sama menyumbang tenaga & idea 🌟
🌿 Semoga Alam Ria ini menjadi medan mengasah potensi anak-anak, menyuburkan ukhuwah serta mengukuhkan peranan PASTI sebagai wadah melahirkan generasi rabbani.
23/09/2025
📜IKLAN JAWATAN KOSONG📜
Tawaran berkhidmat dengaen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Titiwangsa
🏫Lokasi : PASTI Ibnu Haitham & PASTI Al Qurtubi
Jawatan:
📌GURU
(PEREMPUAN)
Kemasukan :
🗓️ PASTI Ibnu Haitham - 1 orang Guru ganti untuk 3 bulan (Urgent Kemasukan segera)
🗓️ PASTI Al Qurtubi - 1 orang Guru tetap (Kemasukan segera)
Kelayakan:
1⃣ Pemegang Sijil SPM | Diploma | Ijazah
2⃣ Pengalaman adalah kelebihan, graduan baru dialu-alukan
3⃣ Jaga solat dan berakhlak baik
4⃣ Berdisiplin & bersedia menerima arahan
5️⃣ Tempat tinggal ada disediakan
Hantar resume anda dengan segera ke nombor hp atau email yang tertera di bawah :
📱Whatsapp :
011-19295997(Encik Shamil)
WWW.WASSAP.MY/01119295997
Email :
[email protected]
18/09/2025
📜IKLAN JAWATAN KOSONG📜
Tawaran berkhidmat dengan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Titiwangsa
🏫Lokasi : PASTI Ibnu Haitham
Jawatan:
📌GURU GANTI
(PEREMPUAN)
Kemasukan :
🗓️ PASTI Ibnu Haitham - 1 orang Guru ganti untuk 3 bulan (Kemasukan segera)
Kelayakan:
1⃣ Pemegang Sijil SPM | Diploma | Ijazah
2⃣ Pengalaman adalah kelebihan, graduan baru dialu-alukan
3⃣ Jaga solat dan berakhlak baik
4⃣ Berdisiplin & bersedia menerima arahan
Hantar resume anda dengan segera ke nombor hp atau email yang tertera di bawah :
📱Whatsapp :
011-19295997(Encik Shamil)
WWW.WASSAP.MY/01119295997
Email :
[email protected]
12/07/2025
📜IKLAN JAWATAN KOSONG📜
Tawaran berkhidmat dengan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Titiwangsa
🏫Lokasi : PASTI Ibnu Haitham & PASTI Al Qurtubi
Jawatan:
📌GURU
(PEREMPUAN)
Tarikh kemasukan:
🗓️ PASTI Ibnu Haitham - JULAI & OGOS 2025 (Kemasukan Segera)
🗓️ PASTI Al Qurtubi - JULAI 2025
Kelayakan:
1⃣ Pemegang Sijil SPM | Diploma | Ijazah
2⃣ Pengalaman adalah kelebihan, graduan baru dialu-alukan
3⃣ Jaga solat dan berakhlak baik
4⃣ Berdisiplin & bersedia menerima arahan
Hantar resume anda dengan segera ke nombor hp atau email yang tertera di bawah :
📱Whatsapp :
011-19295997(Encik Shamil)
WWW.WASSAP.MY/01119295997
Email :
[email protected]