09/04/2026
3 April 2026
Majlis Perpisahan Puan Nor Hizal bt Abdul Wahid (Penolong Kanan Kokurikulum SK Taman Ehsan).
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hizal di atas segala sokongan moral, sumbangan tenaga dan fizikal dalam menyantuni dan juga menggalakkan anak-anak SKTE melibatkan diri dalam bidang kokurikulum baik di peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga antarabangsa sepanjang di bawah jagaan Cikgu.
Di bawah pimpinan Cikgu juga, alhamdulillah SKTE berjaya mencapai lonjakan saujana dalam bidang kokurikulum - bermaksud peningkatan prestasi yang sangat ketara berbanding tahap sebelumnya. π₯³
Pihak PIBG mengucapkan selamat maju jaya buat Cikgu di tempat baharu. Terima kasih sekali lagi di atas jasa dan kenangan manis yang diukir bersama SKTE. Semoga terus menjadi inspirasi dan motivasi untuk anak-anak SKTE pada masa hadapan, insyaAllah. π«Άπ»
07/04/2026
14 Mac 2026
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Taman Ehsan kali ke-44.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan PIBG tahun 2025 atas segala usaha, kerjasama & pencapaian yang telah dilakukan untuk kemudahan & keselesaan murid-murid dan warga SKTE. π«Άπ»
Selamat datang kepada barisan PIBG tahun 2026. Semoga terus berjuang demi kebaikan anak-anak dan pihak sekolah, insyaAllah. πͺπ»
06/04/2026
7 Mac 2026 - PIBG telah membeli kerusi plastik untuk kali kedua untuk menambah kerusi dewan dan kegunaan kelas anak2. Pembelian kerusi ini untuk mengelakkan pihak sekolah mengambil kerusi anak2 apabila ada majlis besar di dewan dan lebihan kerusi untuk diberi ke kelas2 yang mempunyai kerusi yang uzur. Pembelian kerusi ini, ada sumbangan daripada ibubapa yang sudi memberi setelah mengetahui pihak PIBG ingin membeli kerusi plastik untuk kegunaan sekolah. Alhamdulillah. Terima kasih kepada pemberi sumbangan dan Ajk pibg , guard dan anak2 yang membantu mengangkat kerusi ke dalam dewan.
06/04/2026
Awal Januari 2026 juga, PIBG telah membeli khemah untuk kegunaan anak2 PpKi di tapak berdekatan kantin dan juga berhampiran pagar menghala ke tapak letak kereta Pibg. Pembelian khemah untuk memberi keselesaan anak2 Ppki ketika melakukan aktiviti luar kelas .
06/04/2026
Awal Januari 2026, PIBG dan pihak sekolah telah membaik pulih kerusi meja ini dengan menambah kaki besi ditengah2 kerusi agar tahan lama. Semoga terus memberi keselesaan kepada anak2 Skte.
06/04/2026
16 Jan 2026 - HARI MERENTAS DESA SKTE
Setiap tahun, acara merentas desa akan diadakan awal. Pibg dan Ksib akan bersama2 membantu pihak sekolah untuk melancarkan perjalanan program sebegini. Terima kasih semua atas kerjasama ibubapa yang sudi menjadi tukang jaga laluan merentas desa dan membantu menyediakan AIR PERCUMA serta sedikit buah2 an kepada anak2 Skte .
06/04/2026
8 Jan 2026 - Mengecat dan menceriakan laluan susur gajah daripada blok B ke blok C oleh bekas pelajar Skte @ anak2 Ajk Pibg dan Ksib. Tahniah untuk mereka kerana sudi menyumbang tenaga dan idea untuk menceriakan Skte.
06/04/2026
7 Jan 2026 - Pembelian Kerusi Plastik untuk kegunaan dewan Sri Nilam di Skte. Kerjasama yang baik daripada semua Ajk Pibg. Masing2 tahu tugas tanpa perlu disuruh. Ada yang tukang membuat tinjauan kerusi dan harga. Ada yg terus cari pengangkutan untuk ambil 200 buah kerusi. Ada yang pergi membeli kerusi. Ada yang bersedia di sekolah bersama anak2 menanti kerusi sampai untuk di letakkan didewan. Alhamdulillah kerjasama yang baik daripada semua ajk menjadikan tugasan diberi berjalan lancar dan mudah. Terima kasih ajk Pibg.
06/04/2026
13 Dec 2025 - Hari APRESIASI 2025
AJK PIBG telah membuka gerai jualan "BOUQUET GRADUASI" dan menyediakan PHOTOBOOTH PERCUMA untuk anak2 Skte. Kami berganding bahu menyiapkan bouquet graduasi. Hujan lebat diawal pagi, tidak mematahkan semangat Ajk Pibg berniaga BOUQUET graduasi. Alhamdulillah jualan habis . Terima kasih atas sambutan dan sokongan warga Skte.
06/04/2026
11 Oct 2025 - Hari KEJOHANAN SUKAN SKTE
PIBG turut serta menyediakan AIR PERCUMA kepada anak2 Skte. Sumbangan Air balang daripada PIBG dan air mineral daripada ibubapa anak2 Skte. Gerai jualan cenderahati Skte dan barang "Preloved" turut dijual semasa hari sukan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan kejohanan sukan tahunan Skte. Pembabitan oleh semua dari anak2 , guru2 dan ibubapa didalam acara sukan tahun ini.