Seorang pelajar mualaf dari KDH telah diberi peluang untuk melontarkan soalan ketika siaran langsung program Salam Baitullah di RTM
Kompleks Darul Hidayah Sentul
Kelas Pengajian Saudara Baru di Sentul (JAWI)
14/05/2026
Beberapa orang pelajar Kompleks Darul Hidayah telah hadir memenuhi jemputan sebagai penonton rancangan Salam Baitullah terbitan RTM yang bersiaran langsung di Angkasapuri pada 13 Mei 2026.
13/05/2026
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Kelas Kemahiran Asas Urutan (Holistic Wellness Spa) telah bermula ๐
13/05/2026
MAJLIS RAMAH MESRA ASNAF (MUALLAF) BERSAMA JAWI 2026
Seramai 80 orang asnaf dalam kalangan Muallaf telah menerima sumbangan wang tunai dalam Majlis Ramah Mesra Asnaf (Muallaf) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Tahun 2026 yang berlangsung pada hari Rabu 13 Mei 2026 bermula jam 11.00 pagi di Dewan Saidina Abu Bakar Kompleks Darul Hidayah , Sentul dengan penuh harmoni dan ukhuwah.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Arif bin Abd Samat, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, sebagai tanda keprihatinan pihak JAWI terhadap kebajikan golongan Muallaf khususnya dalam membantu meringankan beban kehidupan seharian mereka.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Muhammad Shahrin @ Sharin bin Haji Zulkiply, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kompleks Darul Hidayah, yang sentiasa komited dalam usaha memperkasa kebajikan dan pembangunan sahsiah golongan Muallaf.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform penyampaian bantuan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak JAWI dan komuniti muallaf. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat membantu menampung keperluan harian para penerima serta memberi semangat untuk terus istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kebajikan golongan Muallaf di negara ini.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Video Unit Pengajian Kompleks Darul Hidayah
13/05/2026
DOA HARIAN
โWahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [14:40]
12/05/2026
Kompleks Darul Hidayah telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang diketuai oleh Brigedier Jeneral Datoโ Ab Jabar bin Mohamad Aris, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan Bahagian Kerohanian Islam, Angkatan Tentera Malaysia, bagi membincangkan potensi kolaborasi strategik yang boleh dilaksanakan antara JAWI dan KAGAT demi manfaat golongan Muallaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya.
Tuan Haji Muhammad Shahrin @ Sharin bin Haji Zulkiply, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kompleks Darul Hidayah turut mengambil kesempatan memperkenalkan fungsi, peranan dan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan dalam usaha membimbing serta memperkasakan golongan Muallaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kunjungan hormat ini diharap menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara Kompleks Darul Hidayah dan KAGAT dalam memperkasa agenda dakwah serta pembangunan ummah, khususnya melibatkan aspek pengukuhan akidah dan pembangunan komuniti Muallaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
12/05/2026
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Kelas Kemahiran Asas Menggunting Rambut telah bermula ๐
08/05/2026
PENDAFTARAN KELAS PENGAJIAN MUALLAF DI KOMPLEKS DARUL HIDAYAH
PENGAMBILAN PELAJAR SESI JULAI 2026
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barang siapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat"
[HR: An Nasaโi & Baihaqi]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kompleks Darul Hidayah, Lot 6659, Mukim Setapak, Jalan Sentul
Kuala Lumpur
51200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |