PPKI SK SENTUL UTAMA

PPKI SK SENTUL UTAMA

Share

PPKI SK SENTUL UTAMA
SEMANGAT KITA SENTIASA UNGGUL
SKSU HEBAT

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 12/05/2026

Eksplorasi Sains dan Teknologi MBPK JPWPKL Kategori Prasekolah ๐Ÿš€๐Ÿ”ฌ๐Ÿงช

Selasa | 12 Mei 2026
๐Ÿ“ Pusat Sains Negara ๐Ÿ›๏ธ

Seramai 3 orang murid Prasekolah Pendidikan Khas telah menyertai program ini bersama guru pengiring, Cikgu Ramizah binti Mahmood ๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ๐Ÿ’™. Murid yang terlibat ialah Azqa Zhafran bin Izhar Nizam, Mior Khalish bin Mohammed Faizul dan Nur Amni binti Ar Rasyid๐Ÿ‘ง๐Ÿง’๐Ÿ‘ง.

Sepanjang program berlangsung, murid telah menjalani aktiviti di 5 stesen yang mencabar, interaktif dan menyeronokkan ๐ŸŽฏ๐Ÿงฉโœจ. Setiap stesen direka untuk merangsang pemikiran kreatif ๐Ÿ’ก, kemahiran menyelesaikan masalah ๐Ÿง  serta meningkatkan keupayaan motor dan komunikasi murid ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿค.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran di setiap stesen ๐Ÿง—โ€โ™‚๏ธ, murid menunjukkan semangat yang tinggi ๐Ÿ”ฅ, keberanian untuk mencuba ๐Ÿ’ช serta kesungguhan dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada GPK Pendidikan Khas, En. Mohammad Kassim bin Mohammed Yaseen yang turut turun padang bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan eksplorasi Prasekolah SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25.

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ, pasukan Prasekolah PPKI SK Sentul Utama berjaya memperoleh tempat ke-3 ๐Ÿฅ‰๐Ÿ†. Satu pencapaian yang membanggakan hasil usaha ๐Ÿ’ช, kerjasama ๐Ÿค dan semangat juang yang tinggi daripada semua yang terlibat.

Teruskan melangkah dengan yakin ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธโœจ, berani mencuba ๐Ÿ’ฅ dan jangan pernah berhenti meneroka dunia ilmu ๐ŸŒ๐Ÿ“š.




Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 23/04/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐˜€ ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—ช๐—ฃ๐—ž๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 23 April 2026
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Tahniah dan syabas kepada murid-murid PPKI SK Sentul Utama yang telah menyertai ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐Œ๐’๐’๐–๐๐Š๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐ŸŒŸ

Seramai ๐Ÿ’ ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ฎ๐ซ๐ข๐ telah mewakili sekolah iaitu:
๐Ÿ‘ฆ 2 orang murid bagi kategori ๐‘ณ๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’Š ๐‘ฉ๐’‚๐’˜๐’‚๐’‰ 12 (๐‘ณ12)
๐Ÿ‘ง 2 orang murid bagi kategori ๐‘ท๐’†๐’“๐’†๐’Ž๐’‘๐’–๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’‚๐’˜๐’‚๐’‰ 12 (๐‘ท12)

Walaupun berdepan dengan cabaran laluan dan stamina, semua murid menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa sepanjang kejohanan berlangsung. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Lebih membanggakan, ๐ฌ๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ฎ๐ซ๐ข๐ ๐ฅ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ข ๐ค๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐‹๐Ÿ๐Ÿ telah berjaya memperoleh ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ dalam acara merentas desa. Tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini! ๐Ÿ…๐Ÿ‘

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan kepada murid-murid sepanjang penyertaan ini. โค๏ธ

โœจ๐‘ฒ๐’†๐’‹๐’‚๐’š๐’‚๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’–๐’Œ๐’‚๐’ ๐’‰๐’‚๐’๐’š๐’‚ ๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’, ๐’•๐’†๐’•๐’‚๐’‘๐’Š ๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’ƒ๐’†๐’“๐’‚๐’๐’Š๐’‚๐’ ๐’Ž๐’†๐’๐’„๐’–๐’ƒ๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚ ๐’•๐’‚๐’๐’‘๐’‚ ๐’‰๐’†๐’๐’•๐’Š! โœจ






Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 23/04/2026

Jom Baca Bersama 10 Minit

Tarikh : 23 April 2026
Hari : Khamis
Masa :11:00 Pagi โ€“ 11:10 Pagi (Durasi 10 minit)

Bagi memastikan program berjalan lancar di dalam kelas, murid telah diminta untuk membawa satu bahan bacaan dari rumah. Contoh bahan yang sesuai:

a)Buku cerita atau novel
b)Ensiklopedia
c)Komik pendidikan

Aktiviti bacaan ini dilaksanakan di dalam kelas masing-masing mengikut tempoh 10 minit yang ditetapkan.

Program ini dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia sebagai simbolik memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Semoga kempen ini diteruskan pada tahun-tahun seterusnya untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid!

Indah dipajang serlah kemasan,
Menyeri panca buat tetamu,
Apa tunjang cendekianya insan,
Akarnya baca berbuah ilmu.







Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 15/04/2026

ANUGERAH NILAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Rizq Asyraf bin Abdul Rahman dan Nur Ain Az Zahrah binti Abdul Muizz dalam penyertaan pertandingan Nilam Pendidikan Khas bagi kategori lelaki dan perempuan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran peringkat Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 9 April 2026 yang lalu. Pertandingan ini telah dibimbing dan dilatih oleh Puan Amira Ashikin binti Isni, guru PPKI SK Sentul Utama.

Walaupun pencapaian hanyalah sekadar penyertaan, namun keberanian mereka menyahut cabaran amat dibanggakan. Murid berani menjawab soalan yang diberikan di hadapan panel juri dan keupayaan mereka menghafal ulasan dua buah buku juga harus dipuji.

Penghargaan dan ucapan terima kasih buat guru besar, barisan pentadbir, Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru-guru Pendidikan Khas, barisan guru dan staf SK Sentul Utama atas sokongan yang telah diberikan. Tidak dilupa, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa peserta yang juga membantu memberikan tunjuk ajar di rumah.

Semoga dengan pengalaman yang dilalui mereka dapat dijadikan sebagai kekuatan dan menambah keyakinan diri yang lebih tinggi pada pertandingan-pertandingan yang lain dan juga menjadi inspirasi kepada murid-murid PPKI SK Sentul Utama yang lain.

Awan berbalam sampai ke tanjung,
Jauh terpencil berbatu karang,
Biar malam mendung berkunjung,
Gemintang kecil kian menerang.




Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 08/04/2026

๐Ÿ’™ AKTIVITI SUKANEKA INKLUSIF ๐Ÿ’™

๐Ÿ“… 8 April 2026 (Rabu)

Sempena sambutan Minggu Kesedaran Autisme 2026, Aktiviti Sukaneka Inklusif telah dijalankan. Aktiviti ini melibatkan gabungan murid Tahap 2 PPKI dan murid Tahun 3 aliran perdana. ๐ŸŒˆโœจ

Aktiviti ini menggabungkan murid PPKI dan perdana dalam pelbagai permainan sukaneka yang menyeronokkan, sekaligus memberi peluang untuk mereka berinteraksi, bekerjasama dan membina hubungan yang lebih erat. ๐Ÿค๐Ÿ’™

Melalui aktiviti ini, murid dapat memupuk semangat kerjasama, toleransi dan penerimaan, selaras dengan usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang inklusif dan harmoni. ๐ŸŽ‰
๐Ÿ’™๐Ÿฉต๐Ÿ’™๐Ÿฉต๐Ÿ’™๐Ÿฉต

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 06/04/2026

๐Ÿ’™ AKTIVITI โ€œKENALI AUTISMEโ€ ๐Ÿ’™

๐Ÿ“… Tarikh: 6 April 2026 (Isnin)

Sebagai sebahagian daripada Minggu Kesedaran Autisme 2026, aktiviti โ€œKenali Autismeโ€ telah dijalankan khas untuk murid autisme dalam kelas inklusif dan dianjurkan oleh PPKI SK Sentul Utama. ๐ŸŒˆโœจ

Guru Inklusif melawat ke kelas untuk memberi penerangan mengenai autisme, membantu murid memahami ciri-ciri diri mereka sendiri serta mengenali rakan-rakan inklusif mereka dengan lebih dekat.

Murid juga menyertai aktiviti kreatif mewarna poster kesedaran autisme, menjadikan sesi lebih menyeronokkan sambil menguatkan kefahaman tentang diri sendiri dan rakan-rakan mereka. ๐ŸŽจ๐Ÿ’™

Aktiviti ini penting untuk memupuk keyakinan diri, penerimaan diri, dan semangat inklusif di kalangan murid autisme.
๐Ÿ’™๐Ÿฉต๐Ÿ’™๐Ÿฉต๐Ÿ’™๐Ÿฉต





๐Ÿ’™

06/04/2026

Persembahan Tarian Buah-buahan Khas daripada murid Autisme PPKI SK Sentul Utama Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 ๐ŸŒฝ๐ŸŒ๐Ÿฅญ๐Ÿ’๐Ÿ

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 06/04/2026

๐Ÿ“ข PELANCARAN MINGGU KESEDARAN AUTISME 2026 ๐Ÿ’™

๐Ÿ“… Tarikh: 6 April 2026 (Isnin)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran Autisme anjuran PPKI SK Sentul Utama pada hari ini. ๐Ÿ’™โœจ

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Guru Besar yang menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap Autisme, serta memupuk sikap empati, penerimaan dan sokongan terhadap murid berkeperluan khas. ๐ŸŒˆ

Antara pengisian menarik sepanjang majlis pelancaran:
๐ŸŽค Ucapan perasmian oleh Guru Besar
๐ŸŽฌ Gimik pelancaran
๐ŸŽฅ Tayangan video kesedaran autisme
๐ŸŽญ Persembahan istimewa daripada murid PPKI

Penganjuran minggu ini amat penting dalam memberi pendedahan kepada seluruh warga sekolah tentang Autisme, sekaligus mendidik kita semua untuk lebih memahami, menghargai dan menyokong keunikan setiap individu. ๐Ÿ’™

Semoga program ini dapat menyemai nilai kasih sayang, inklusiviti dan semangat kebersamaan dalam kalangan murid dan guru.
๐Ÿ’™๐Ÿฉต๐Ÿ’™๐Ÿฉต๐Ÿ’™๐Ÿฉต

Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 30/03/2026

๐Ÿ’Program Ihyaโ€™ Ramadan PPKI SKSU telah berjaya dilaksanakan dengan lancar sepanjang bulan Ramadan yang lalu dengan pelibatan aktif daripada guru, murid serta warga sekolah.

๐Ÿ’Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti tadarus Al-Quran, ceramah keagamaan, kuiz Ramadan, dan amalan bersedekah bagi menyemarakkan penghayatan bulan yang mulia ini.

๐ŸŒทSecara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan iaitu meningkatkan kefahaman dan penghayatan murid terhadap amalan ibadah di bulan Ramadan.

๐ŸŒทSelain itu, program ini juga berjaya memupuk nilai-nilai murni seperti kesabaran, keinsafan, dan semangat bekerjasama dalam kalangan warga sekolah.

๐Ÿ’šSetinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

๐Ÿ’šDiharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.





Photos from PPKI SK SENTUL UTAMA's post 15/03/2026

๐Ÿ“šโœจ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐’๐ข๐๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข๐š๐ง & ๐’๐ข๐๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐‘๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ข๐ฏ๐ข๐๐ฎ (๐‘๐๐ˆ) ๐๐๐Š๐ˆ ๐’๐Š ๐’๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ๐Ÿ“š

๐Ÿ“… ๐‘ป๐’‚๐’“๐’Š๐’Œ๐’‰: 10 Mac 2026 โ€“ 13 Mac 2026
๐Ÿ“ ๐‘ป๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’•: Bilik Mesyuarat Usaha Sepakat, SK Sentul Utama

Sepanjang minggu ini telah berlangsung ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐˜‚ (๐—ฅ๐—ฃ๐—œ) bagi murid-murid PPKI SK Sentul Utama. Perjumpaan ini merupakan platform penting bagi guru dan ibu bapa untuk berbincang serta merancang intervensi dan matlamat pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan setiap murid. ๐Ÿค๐Ÿ“–

Melalui sesi ini, perkembangan murid dapat dinilai secara bersama dan perancangan yang lebih sistematik dapat dilaksanakan bagi memastikan potensi setiap murid dapat diperkembangkan secara optimum. ๐ŸŒŸ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž๐™ข๐™– ๐™ ๐™–๐™จ๐™ž๐™ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™จ๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐™ž๐™—๐™ช ๐™—๐™–๐™ฅ๐™– yang sudi meluangkan masa untuk hadir serta memberikan kerjasama dalam perjumpaan ini. Komitmen dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam memastikan perkembangan dan kejayaan anak-anak kita bersama. โค๏ธ

Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa ini akan terus membantu murid-murid mencapai perkembangan yang lebih baik dari semasa ke semasa.

โœจ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’๐’š๐’๐’Œ๐’๐’๐’ˆ ๐’‘๐’๐’•๐’†๐’๐’”๐’Š ๐’”๐’†๐’•๐’Š๐’‚๐’‘ ๐’‚๐’๐’‚๐’Œ ๐’Š๐’”๐’•๐’Š๐’Ž๐’†๐’˜๐’‚. โœจ





17/02/2026

๐ŸŽ‰๐Ÿงง Selamat Tahun Baru Cina ๐Ÿงง๐ŸŽ‰
Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan ๐Ÿ˜Š, kesihatan yang baik ๐Ÿ’ช dan kejayaan berpanjangan ๐ŸŒŸ

๐ŸŒ™โœจ Selamat Menyambut Ramadan 1447H โœจ๐ŸŒ™
Semoga Ramadan yang mulia ini dipenuhi keberkatan ๐Ÿคฒ, keinsafan ๐Ÿ’– dan amal ibadah yang diterima Allah SWT.

Moga sambutan ini menjadi wadah untuk kita terus menyemai kasih sayang โค๏ธ, menghargai kepelbagaian ๐ŸŒˆ dan memperkukuh semangat perpaduan ๐Ÿค

Ikhlas daripada
Warga PPKI SK Sentul Utama ๐Ÿ’›

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00