22/05/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ ๐๐๐๐ข๐๐๐ก๐๐ก ๐๐ข๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ ๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ท๐๐๐๐๐ฒ๐ณ, 22 Mei 2026 โ Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH CP Datoโ Fadil bin Hj. Marsus bersama isteri, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur, YBhg. Datin Nurashidah binti Ishak telah hadir ke Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Kuala Lumpur Tahun 2026 bertempat di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Datoโ Mohd Azani bin Omar bersama isteri, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur, YBhg. Datin Noraishah binti Abdullah Hashim; Ketua-ketua Jabatan dan wakil; Ketua-ketua Polis Daerah dan wakil; Pegawai-pegawai Kanan Polis; Pegawai-pegawai Rendah Polis serta para peserta.
Majlis penutup kejohanan ini diadakan bagi meraikan kejayaan penganjuran kejohanan selain mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Polis Kuala Lumpur.
Dalam ucapan perasmian penutup, Ketua Polis Kuala Lumpur merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjur serta kesemua 14 pasukan yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat, disiplin dan semangat kerja berpasukan yang tinggi. Beliau turut menegaskan bahawa kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah platform penting dalam memperkukuhkan semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan warga pasukan. Selain itu, kejohanan ini juga adalah sebagai persediaan awal untuk mencari atlet-atlet bagi mewakili Polis Kuala Lumpur ke Kejohanan Piala Ketua Polis Negara yang akan diadakan pada bulai Julai 2026 kelak.
Bagi keputusan kejohanan, IPD Dang Wangi telah muncul sebagai Juara Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Kuala Lumpur Tahun 2026, manakala IPD Cheras berjaya menduduki tempat Kedua dan IPD Wangsa Maju memperoleh tempat Ketiga.
Beliau turut berharap agar aktiviti sukan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha melahirkan warga Polis Kuala Lumpur yang cergas, berdaya saing dan sentiasa mengamalkan keseimbangan antara tugas serta kesihatan.
24/04/2026
PERKEP KL, 24 April 2026 - PERKEP Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Beauty and Confident bersama Bworks dan LAE Cosmetics di Anjung Sri Kandi IPK Kuala Lumpur.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Nurashidah binti Ishak Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur dan YBhg. Datin Noraisah binti Abdullah Hasyim Naib Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur bersama pasukan Bworks dan LAE Cosmetics yang diketua oleh puan Siti Nur Syahirah dan Puan Ngoi Gooi Wan serta warga PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur.
Majlis ini berlangsung dengan suasana meriah dan ceria serta dapat memberi pendedahan akan keperluan penampilan diri luaran wanita bagi meningkatkan keyakinan diri wanita dikalangan warga PERKEP Polis Kuala Lumpur.
Perlaksanaan majlis ini telah berakhir dengan jayanya.
18/04/2026
PERKEP KL, 17 April 2026 - PERKEP Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya yang berlangsung di Sky Lounge IPK Kuala Lumpur.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Nurashidah binti Ishak Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur dan YBhg. Datin Noraisah binti Abdullah Hasyim Naib Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur bersama warga PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur.
Majlis ini berlangsung dengan suasana meriah dan harmoni serta mengeratkan ikatan silaturahim kemesraan dikalangan warga PERKEP Polis Kuala Lumpur.
Perlaksanaan majlis ini telah berakhir dengan jayanya.
08/04/2026
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฃ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐ ๐๐ข๐ก๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ
๐ท๐๐๐๐๐ฒ๐ณ, 08 April 2026 - Ketua Polis Negara, IG Datoโ Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail dan isteri YBhg. Datin Sri Datuk Hjh. Munirah binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia telah menghadiri Lawatan Kerja Rasmi ke Kontinjen Kuala Lumpur.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datoโ Fadil bin Hj Marsus bersama YBhg. Datin Nurashidah binti Ishak, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur di perkarangan lobi IPK Kuala Lumpur. Seterusnya, Ketua Polis Negara telah menerima Hormat Panglima daripada Kawalan Kehormatan serta membuat pemeriksaan baris.
Sebelum memulakan program, Ketua Polis Negara dan Pengerusi PERKEP Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Kuala Lumpur sebagai simbolik sempena lawatan kerja rasmi beliau ke kontinjen Kuala Lumpur.
Seusai kunjungan hormat, lawatan diteruskan dengan Sesi Taklimat oleh Ketua Polis Kuala Lumpur di Bilik Mesyuarat Perdana, Tingkat 10, Menara A, IPK Kuala Lumpur manakala Pengerusi PERKEP Malaysia turut mengadakan perjumpaan khas bersama warga PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur di Bilik Mesyuarat KDNKA, Tingkat 11, Menara A, IPK Kuala Lumpur.
Turut hadir sama adalah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Redzuan bin Abd Hamid dan isteri YBhg. Puan Siti Norhaya binti Shaharul Anwar, Pengerusi PERKEP Jabatan Logistik dan Teknologi; DCP Datuk Abdul Rahman bin Kassim, Setiausaha Polis Malaysia dan isteri YBhg. Datin Normah binti Jaafar; Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Datoโ Mohd Azani bin Omar; Ketua-ketua Jabatan dan isteri, Ketua-ketua Polis Daerah dan isteri, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai-pegawai Rendah Polis, Pegawai-pegawai Awam dan Ahli-ahli PERKEP Polis Kuala Lumpur.
24/03/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE - 219
YBhg. Datin Nurashidah binti Ishak, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur dan YBhg. Datin Noraisah binti Abdullah Hashim, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur serta seluruh warga PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke - 219 pada 25 Mac 2026.
Semoga PDRM terus teguh, tegas dan amanah dalam melaksanakan tugas demi menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia.
10/03/2026
PolisKL, 10 Mac 2026 - PERKEP IPD Putrajaya Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menganjurkan Program ceramah Ramadhan sempena Nuzul Al-Quran di Lobi IPD Putrajaya.
Program tersebut dihadiri oleh Penceramah jemputan iaitu Ustazah Asma Harun dan YBhg. Datin Noraisah binti Abdullah Hasyim Naib Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur, YBhg. Puan Nor Laila binti Mohd Hanifa Pengerusi PERKEP IPD Putrajaya, YBhg. Puan Noraida binti A. Hamid Ketua Biro Komunikasi Korporat Kontinjen Kuala Lumpur, YBhg. Puan Dr. Norzeti Yuslinda binti Yusof Naib Pengerusi PERKEP IPD PUTRAJAYA bersama 250 AJK, ahli PERKEP IPD Putrajaya dan Agensi sekitar IPD PUTRAJAYA.
Tujuan program dianjurkan adalah untuk perkongsian ilmu berkaitan sejarah penurunan Al-Quran dalam bulan yang mulia ini disamping mengeratkan ikatan silaturahim dikalangan ahli PERKEP Kuala Lumpur.
Perlaksanaan program ini telah berakhir dengan jayanya.
08/03/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ 8 MAC 2026
YBhg. Datin Nurashidah binti Ishak, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur dan YBhg. Datin Noraisah binti Abdullah Hashim, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur serta seluruh warga PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac 2026.
Wanita merupakan tonggak kekuatan dalam keluarga, masyarakat dan negara. Semoga terus cekal, berinspirasi serta menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kesejahteraan bersama.
16/02/2026
PERKEP Kuala Lumpur mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Semoga perayaan ini membawa kedamaian, kejayaan dan kesejahteraan bersama dalam menbangun masyarakat yang harmonis.
08/02/2026
LAWATAN KE ZOO NEGARA MALAYSIA ANJURAN PERKEP KONTINJEN KUALA LUMPUR TAHUN 2026
PERKEP Kuala Lumpur, 7 Februari 2026 - PERKEP Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menganjurkan Lawatan ke Zoo Negara Malaysia bertempat di Ampang Selangor.
Lawatan diketuai oleh YBhg. Datin Nurashidah binti Ishak Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur bersama YBhg. Datin Noraisah binti Abdullah Hashim Naib Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur dan 30 orang Urusetia PERKEP Kuala Lumpur serta 50 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak Polis dan anak-anak Pegawai Awam Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.
Tujuan program ini juga adalah untuk memberi pendedahan tentang haiwan dan alam semula jadi kepada anak-anak. Meningkatkan pengetahuan sains dan kesedaran pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Menggalakkan pembelajaran secara santai dan interaktif. Menceriakan anak-anak melalui aktiviti rekreasi berfaedah.
Pelaksanaan Program lawatan ke Zoo Negara Malaysia telah mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini berjaya memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta menceriakan anak-anak melalui aktiviti berfaedah.
01/02/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐ช๐๐ก๐ ๐๐ช๐ข๐ฅ๐ช๐ง - YBhg Datin Nurashidah binti Ishak, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur dan YBhg Datin Noraisah binti Abdullah Hashim, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur serta seluruh warga PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah dan Hari Thaipusam.