29/05/2026
Satu-satunya masjid di Malaysia yang ada taklimat keselamatan HAZARD IDENTIFICATION RISK ASSESSMENT AND RISK CONTROL (HIRARC) OSHE
Ibadah korban bukan setakat pilih lembu sado, tapi keselamatan kru dan peserta juga wajib. Syabas diucapkan kepada Masjid UTM Kuala Lumpur kerana mengambil inisiatif luar biasa dengan menganjurkan taklimat ringkas keselamatan HIRARC sepanjang Program Ibadah Korban Masjid UTMKL 2026/1447H.
Pelaksanaan taklimat keselamatan dan HIRARC (Pengenalpastian Bahaya, Penaksiran Risiko, dan Kawalan Risiko) amat penting bagi memastikan program ibadah korban di masjid berjalan lancar, mematuhi garis panduan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), serta mengelakkan sebarang kemalangan.
Langkah keselamatan yang sangat profesional dan patut dicontohi oleh semua masjid di seluruh Malaysia. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Patuhi SOP, gunakan PPE, dan cegah kemalangan.
Video taklimat keselamatan di ruang komen
fans
29/05/2026
Alhamdulillah ๐ค
Program Ibadah Korban Masjid UTMKL telah berlangsung dengan lancar pada:
๐
Rabu | 27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H
Tahun ni sebanyak 7 ekor lembu korban berjaya dilaksanakan ๐
๐ 5 biasa, 2 sado
dan salah seekor adalah sumbangan daripada YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani. Terima kasih atas sumbangan dan sokongan
Terima kasih juga kepada semua peserta korban, sukarelawan, penyumbang dan warga yang turun padang dari awal pagi sampai selesai. Memang letih, tapi semangat gotong-royong dan ukhuwah tu yang paling bermakna
Semoga setiap amal, tenaga dan rezeki yang dikongsi diterima Allah SWT
Jumpa lagi tahun depan insya-Allah
fans
27/05/2026
AIDILADHA 1447H
Aidiladha bukan sekadar hari raya,
tapi hari untuk belajar erti taat, reda dan berkorban.
Kadang-kadang yang Allah minta bukan harta yang banyak,
tapi hati yang sanggup melepaskan sesuatu kerana-Nya.
Semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT,
dan semoga setiap pengorbanan kecil dalam hidup kita
menjadi jalan menuju reda-Nya.
*Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H*
Ikhlas daripada Masjid UTM Kuala Lumpur.
26/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐
Hari Arafah bukan hari biasa.
Ia hari penuh keampunan, hari doa diangkat, dan hari hati kembali dekat kepada Allah.
Buat yang berpuasa, jangan berbuka seorang diri.
Mari kita raikan keberkatan ini dalam suasana berjemaah, penuh ukhuwah dan rasa syukur di Masjid UTM Kuala Lumpur.
Jamuan Berbuka Puasa Hari Arafah
๐
26 Mei 2026
๐ Masjid UTM Kuala Lumpur
Semoga puasa kita diterima, dosa kita diampunkan, dan doa-doa kita dimakbulkan Allah SWT.
Jom hadir. Bawa keluarga, ajak sahabat.
Satu hari kita berpuasa, semoga seumur hidup kita dirahmati. ๐ค
25/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
1 hari sahajaโฆ tapi nilainya luar biasa.
Kadang kita sanggup kejar dunia berhari-hari,
tapi peluang Allah bagi untuk hapuskan dosa setahun lalu dan setahun akan datangโฆ jangan kita pandang biasa.
Puasa Arafah bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,
tapi tanda kita masih mahu kembali, masih mahu diampunkan, dan masih berharap rahmat Allah.
Esok belum tentu milik kita.
Tapi hari ini, Allah masih buka peluang untuk kita berubah.
Jom niat Puasa Arafah.
Semoga Allah ampunkan dosa kita, lembutkan hati kita, dan terima setiap amal kita. ๐คฒ
@topfans
22/05/2026
๐๐ฎ๐ค๐ฎ๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ข ๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐ฅ๐๐ ๐ขโฆ
Jom sama-sama kita hidupkan hari-hari menuju Arafah dengan doa, istighfar, zikir dan amal kebaikan.
Mungkin kita belum sampai ke Padang Arafah,
tapi jangan biarkan hati kita jauh daripada Allah.
Perbanyakkan doa.
Perbaiki niat.
Minta ampun sungguh-sungguh.
Semoga Allah menerima taubat kita, melapangkan urusan kita dan mengurniakan rahmat-Nya kepada seluruh umat Islam. ๐คฒ๐ป
@topfans
22/05/2026
Ada yang pergi haji sebab sudah dipanggil Allahโฆ
Ada p**a yang belum sampai ke sana, tapi hatinya sudah lama merindui Baitullah.
Jom hadir ke Kuliah Jumaat: Lambaian Baitullah Siri 5 bersama
Prof. Madya Dr. Mohd AlโIkhsan Ghazali.
Moga perkongsian ini membuka hati kita untuk lebih memahami erti perjalanan haji, bukan sekadar perjalanan jasad ke Tanah Suci, tapi perjalanan hati menuju reda Ilahi.
๐
22 Mei 2026 | Jumaat
๐ง 12.30 tengah hari
๐ Masjid UTM Kuala Lumpur
๐ฅ Live Facebook Masjid UTM Kuala Lumpur
Jemput hadir, ajak sahabat sekali.
Moga Allah jemput kita semua menjadi tetamu-Nya satu hari nanti. ๐คฒ
@topfans
22/05/2026
๐๐จ๐ฆ ๐ฉ๐๐ซ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฐ๐๐ญ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข.
Kadang-kadang hati rasa serabut bukan sebab masalah terlalu besarโฆ
tapi sebab jiwa kita terlalu jauh daripada mengingati Rasulullah ๏ทบ.
Selawat bukan sekadar bacaan di bibir,
tetapi tanda cinta, rindu dan harapan untuk mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti.
ุงูููู
ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ
ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ูุณูู
Semoga dengan selawat, hati kita lebih tenang, hidup lebih diberkati dan langkah kita sentiasa dipandu ke jalan yang Allah reda.
Jangan tunggu lapang baru berselawat.
Selawatlah, supaya hati kita dilapangkan.
@topfans