17/09/2022
Pusat Tuisyen AdvanceStudy - Kuala Lumpur
Diuruskan oleh Pusat Tuisyen AdvanceStudy Malaysia (PG0339692-K)
Menawarkan perkhidmatan Home Tuiti
Lokasi perkhidmatan Home Tuition & Quranic Home adalah di sekitar :
Kepong-Sentul-Wangsa Maju-Setiawangsa-Mont Kiara-Bukit Damansara-Cheras-Kuala Lumpur-Maluri-Sri Petaling-Bandar Tun Razak
17/09/2022
13/09/2022
Ikan Diajar Terbang, Burung Diajar Berenang..
Sudahlah dipaksa begitu.. dimarahi p**a ketika kita gagal melakukannya..
Memaksa biar betul dengan caranya, paksaan tanpa mengenal pasti dan mengukur tahap kemampuan itu menzalimi namanya..
Lemas tanpa air dan lemas dalam air, tabiat yang berbeza tidak boleh dibandingkan..
Kita memaksa diri kita dengan perkara yang kita sendiri tidak pasti, mencuba tanpa ilmu, berserah membuta tuli..
Malangnya kita paksa anak-anak ikut kehendak kita bukannya kemampuan mereka..
Jom kembali kepada fitrah, jangan jadikan ia sebagai fitnah buat diri kita..
Selamat Beramal.
07/09/2022
SILIBUS MATEMATIK 2022 SANGAT MENCABAR😵😰
Cuti sekolah sudah bermula. Mohon ibu bapa membuat pemantauan terhadap tahap pencapaian pelajaran anak-anak.
Terutamanya PERINGATAN kpd para ibu bapa supaya memantau pelajaran anak-anak mereka yg akan memasuki TAHAP 2 Sekolah Rendah pada tahun hadapan.
Kenapa kena bersedia seawal Tahun 3? KERANA Silibus Matematik Tahun 4 bagi tahun 2022 lebih mencabar dan tinggi arasnya.
Ada beberapa sub topik yang sebelum ini diajar pada tahun 5 dan 6, diselitkan dalam topik Tahun 4.
Jadi murid Tahun 3, sesi 2022 mesti bersedia awal-awal. Ibubapa tolong pastikan anak-anak bersedia.
Topik Panjang, J***m dan Isipadu Cecair akan terus diajar menyelesaikan masalah terus.
Tiada lagi pengenalan asas rumus seperti 1km=1000m, 1m=100cm, 1cm=10mm, 1kg=1000g, 1liter=1000ml.
Tiada lagi masa diperuntukkan untuk memahirkan murid menghafal semua rumus tu. Diulang. TIADA!
Semua tu sudah ada dalam silibus Matematik Tahun 3, tahun ini. (2022)
Jadi ibubapa, tolong pastikan anak-anak kita yang berada di Tahun 3 menghafal rumus asas ini. Jika ini tak dapat kuasai, jangan bermimpi nak anak cemerlang dalam Matematik !
Usaha | Doa | Tawakal
04/09/2022
Cuti sekolah sudah bermula.. sesibuk mana pun anda, ambil peluang ini untuk meluangkan masa dengan keluarga.
Tidak semestinya kena bercuti jauh & berbelanja besar.. bawa ke taman, BBQ depan rumah ke pun OK.
Untuk ada dalam memori anak anak esok, anda perlu ada dalam kehidupan mereka hari ini ❤️
Kredit : Public Health Malaysia
01/09/2022
25/08/2022
🖍️ Bijak Sifir
Ada yang tanya macam mana nak bagi mudah anak anak hafal sifir.
Hari ni cikgu nak share beberapa cara mudah untuk hasilkan jadual sifir.boleh buat berulang kali sehingga anak anak hafal sifir.
Boleh guna colour untuk lebih mudah anak anak faham dan ingat.
22/08/2022
🖍️ IHSAN TERHADAP BINATANG
Perbuatan menzalimi haiwan adalah berdosa kerana ia juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang perlu dilindungi dan disayangi. Islam menuntut umatnya berbuat ihsan kepada semua makhluk termasuklah binatang.
Sekiranya berlaku perselisihan faham yang melibatkan haiwan peliharaan orang lain, selesaikanlah dengan cara yang baik. Manakala jika tidak selesa dengan gangguan haiwan liar, boleh laporkan kepada pihak berkuasa.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17/08/2022
Anda tahu tak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ada menyimpan koleksi mikrofilem surat khabar Sambutan Kemerdekaan pada tahun 1959?
Menarik kan.
Jom ke Aras 6, Menara PNM untuk melihat lebih banyak lagi koleksi-koleksi mikrofilem mengenai kemerdekaan dan sejarah Malaysia.
Hajah Nancy Haji Shukri
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Merdeka360
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
14/08/2022
DORONG ANAK SECARA POSITIF
Ibu bapa perlu selalu memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif.
Apakah kata-kata positif?
Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan menghasilkan gambaran atau membentuk minda yang positif.
Contohnya:
Bukan “Jangan buang masa” tetapi ucapkan “Manfaatkan masa”
Bukan “Jangan berputus asa” tetapi ucapkan “Berusahalah
dengan lebih gigih lagi” ataupun “Ibu percaya adik pasti BOLEH!”
Bukan “Jangan kelam kabut” tetapi ucapkan “Bawa bertenang.”
Ini antara contoh-contoh yang boleh mendorong anak belajar.
USAHA | DOA | TAWAKAL
12/08/2022
🖍️ Aktiviti Maya : 12/08/2022
Kuiz sempena Bulan Kemerdekaan
Pilih jawapan yang betul
10/08/2022
Manfaatkanlah waktu sebaik mungkin. Jangan disia-siakan. Gunakan waktu untuk BELAJAR dan MEMBACA kerana membaca merupakan kunci kejayaan.
Rencanakanlah waktu dan hidup Anda untuk memulai, sehingga hidup tidak sia-sia. Ketahuilah bahwa ada waktu-waktu tertentu yang harus ditunaikan.
Ada juga kewajiban waktu-waktu yang tidak bisa digantikan dengan waktu yang lain. Kerana waktu itu akan pergi dan tidak akan pernah kembali.
Suatu saat nanti, banyak yang akan menyesal mengapa dia mensia-siakan waktunya selama ini.
Manfaatkan dan isi masa lapang anak anda dirumah dengan HOME TUITION atau KELAS MENGAJI
=======================
www.wasap.my/60134348552
www.wasap.my/60134348552
www.wasap.my/60134348552
🙂
05/08/2022
Anda kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas..duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah.. Moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuatkan anda lalai, mengantuk [macam tak cukup cas bateri saja] dan ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan.
Masuk sahaja ke dalam kelas, pasang niat dengan ikhlas anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah dalam melakukannya, anda mempunyai peluang yang cerah untuk Cemerlang!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Damansara Utama
Kuala Lumpur