11/05/2026
π DIPLOMA PROFESIONAL PENTERJEMAHAN (DPP) ITBM
Ambilan Jun 2026 Masih Dibuka!π£π£
Sabtu lalu, 9 Mei 2026, ITBM telah meraikan kejayaan peserta Diploma Profesional Penterjemahan (DPP) ITBM yang berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang dalam Majlis Apresiasi & Penyerahan DPP ITBM di Wisma ITBM, Kuala Lumpur.
Kini, giliran anda p**a membina langkah sebagai penterjemah profesional bersama ITBM.
π Ambilan Jun 2026 masih dibuka kepada:
β Individu yang mahu menjadi penterjemah profesional
β Penterjemah sedia ada yang mahu meningkatkan kemahiran dan kredibiliti
β Individu bekerja yang mahu menambah nilai profesional diri dalam bidang bahasa dan terjemahan
β¨ Kelebihan DPP ITBM:
π― Pengajian fleksibel & mesra individu bekerja
π― Boleh diikuti pada masa lapang melalui rakaman kuliah dan tutorial
π― Bayaran ansuran mudah (4 kali bayaran) disediakan
π― Tenaga pengajar berpengalaman industri
π― Sijil Pencapaian DPP ITBM berserta transkrip akademik untuk peserta yang lulus
π
Pengajian: 6 Jun 2026 β 5 September 2026
π» Mod: Dalam talian & hibrid
π° Yuran: RM3,780.00
π₯ Jangan tunggu sehingga peluang berlalu.
Lengkapkan kemahiran, bina kredibiliti dan buka peluang kerjaya baharu anda dalam bidang penterjemahan.
π Daftar sekarang:
https://www.itbm.com.my/training/view/diploma-profesional-penterjemahan
π² Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
π 03-4145 1891 (Pendaftaran)
π 03-4145 1822 (Yuran & Bayaran)
π 03-4145 1977 (Pentadbiran)
π§ [email protected]
π± WhatsApp: 019-276 5322
10/05/2026
Tahniah Dr. Burhan bin Che Daud dan Dr. Wan Ab. Aziz.
10/05/2026
ITBM RAI PESERTA DIPLOMA PROFESIONAL PENTERJEMAHAN (DPP) Kohort 1 & 2 2025π
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi & Penyerahan Diploma Profesional Penterjemahan (DPP) kepada peserta Kohort 1 dan Kohort 2 2025 di Wisma ITBM, Kuala Lumpur.
Majlis penuh bermakna ini diraikan bagi menghargai kejayaan keseluruhan 85 peserta yang telah berjaya menamatkan program profesional intensif selama 14 minggu merangkumi pelatihan penterjemahan, penyuntingan, teknologi terjemahan, keusahawanan dan kejurubahasaan. Program ini dilaksanakan secara sistematik berasaskan standard akademik dan keperluan industri semasa.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM, YBhg. Tuan Noor Amin bin Ahmad yang turut menyampaikan diploma kepada para peserta.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa masa depan negara bukan sekadar ditentukan oleh kebijaksanaan, tetapi oleh integriti dan keperibadian unggul yang anda miliki sebagai penterjemah profesional.
Beliau turut menekankan bahawa bidang penterjemahan perlu terus diperkasa sebagai instrumen ilmu, komunikasi global dan βsoft powerβ negara, khususnya dalam mendepani era kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.
Sepanjang pelaksanaan DPP, ITBM komited memastikan pengalaman pembelajaran yang fleksibel dan berkualiti melalui ekosistem pembelajaran hibrid, rakaman kuliah mingguan, tenaga pengajar berpengalaman industri serta sokongan pelatihan profesional kepada peserta yang layak.
Kejayaan pelaksanaan program ini turut membuktikan kepercayaan tinggi masyarakat terhadap DPP ITBM apabila ambilan Kohort 3 kini terus menerima permohonan memberangsangkan.
β¨ Kepada anda yang bercita-cita menjadi penterjemah atau jurubahasa profesional, inilah peluang terbaik untuk membina kerjaya dalam industri bahasa dan terjemahan bersama ITBM.
MAJLIS APRESIASI & PENYERAHAN DIPLOMA PROFESIONAL PENTERJEMAHAN ITBM
9 Mei 2026 | Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
05/05/2026
Quelle heure est-il ? (Pukul berapakah sekarang?) π
"Pukul berapa kita nak jumpa?" "Pukul berapa kelas bermula?"
Topik MASA bukan sekadar tentang nombor, tetapi ia adalah ELEMEN PENTING dalam komunikasi harian kita! Dalam episod kali ini, Umie Ija bukan sahaja akan berkongsi tentang kosa kata serta ayat tentang MASA, tetapi menyelitkan rangkuman kosa kata, ayat serta elemen budaya episod sebelum ini dalam satu tema utama hari ini: MASA.
Sama ada anda ingin menyebut waktu dengan tepat, bercakap tentang rutin bersama keluarga, atau memastikan abjad disebut dengan betul semasa mengeja waktu, episod ini adalah panduan untuk anda, pemula bahasa Perancis!
Dalam episod Jom Berbahasa Perancis kali ini, Umie Ija akan kongsikan:
β
Kosa kata masa: Cara bertanya dan menjawab "Quelle heure est-il?" dengan yakin.
β
Integrasi nombor: Menggunakan nombor 1 hingga 60 untuk jam dan minit
β
Bina ayat: Bina ayat dengan menggabungkan kosa kata episod 1-5.
β
Aspek Sosio Budaya: Memahami sistem 24 jam dan konsep kepatuhan masa dalam budaya Perancis.
Episod ini sesuai untuk pemula yang ingin mengukuhkan asas dan 'connect the dots' antara topik-topik lepas! π
π
Tarikh: 5 Mei 2026
β° Masa: 9.00 hingga 9.30 malam
π Platform siaran:
YouTube Channel: ITBMtv
page: Jom Berbahasa Asing
Jangan lupa janji temu kita di πΊ Tonton video penuh di YouTube ITBM: https://youtu.be/El6DJBImkNg?si=Z2frtD0-prxAe8B9
Untuk lebih banyak kandungan bahasa Perancis atau bahasa Arab dan Itali yang menarik dan penuh dengan trivia SHARE, LIKE & FOLLOW kami di:
TikTok: Hebat Bahasa, Jom Berbahasa Asing
Facebook: Akademi Bahasa & Terjemahan, Jom Berbahasa Asing
Instagram: Jom Berbahasa Asing
Nantikan juga sesi kelas mingguan kami!
Cuba komen: Quelle heure est-il maintenant ? (Pukul berapakah sekarang?) Jawab dalam bahasa Perancis mengikut waktu anda membaca hantaran ini! π
02/05/2026
β¨ LANGKAH PERTAMA KE DUNIA PENTERJEMAHAN BAHASA ARABπ
Hari ini bermulanya Kursus Penterjemahan Bahasa Arab β Bahasa Melayu (Sambilan) di ITBM! π
Kursus ini merupakan platform terbaik buat anda yang mahir Bahasa Arab dan ingin membuka laluan sebagai penterjemah profesional bersama ITBM. Dengan pendekatan sistematik dan latihan praktikal, peserta dibimbing untuk menterjemah dengan tepat, memahami konteks dan menghasilkan terjemahan berkualiti.
πΈDikongsikan foto pertama diambil dalam kelas ini untuk menjadi pembakar semangat peserta untuk melangkah ke arah kemahiran yang lebih tinggi dalam bidang penterjemahan.
β Terlepas peluang menyertai kelas ini?
Jangan risau β kelas intensif (hari bekerja) masih dibuka untuk penyertaan!
π Kursus Penterjemahan Bahasa Arab β Bahasa Melayu (Intensif)
π° Yuran: RM1,296.00
β± Tempoh: 48 jam / 2 minggu berturut
π
Pilihan Tarikh:
β’ 11 Ogos β 21 Ogos 2026
β’ 20 Oktober β 30 Oktober 2026
π Maklumat lanjut & daftar:
π https://www.itbm.com.my/training/view/kursus-penterjemahan-bahasa-arab-bahasa-melayu-intensif-1763451426
π² Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
π 03-4145 1891 (Pendaftaran)
π 03-4145 1822 (Yuran & Bayaran)
π 03-4145 1977 (Pentadbiran)
π§ [email protected]
π± WhatsApp: 019-276 5322
π Jangan lepaskan peluang β bina kemahiran dan mulakan langkah sebagai penterjemah profesional bersama ITBM!