SK Seri Saujana

SK Seri Saujana

Share

Sekolah Kebangsaan Seri Saujana merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Mesra Ria, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon = 0390592243
Fax = 0390592243

Photos from SK Seri Saujana's post 11/05/2026

Majlis penyampaian medal dan sijil kepada beberapa murid SKSS atas kejayaan di luar sekolah...

Antaranya :

Syamil 6S dan Naufal 6B atas kejayaan mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Futsal Jemputan Negeri Sembilan bawah 12 tahun

Akmal dan Danish kedua-duanya dari 5S atas kejayaan mendapat Johan dalam Pertandingan Bola Sepak Hoshi League U11

Hannah Adlin dari 6S atas kejayaan mendapat Naib Johan (Anugerah Khadijah Binti Khuwailid) dalam Kem Nadwah Madani Peringkat Kebangsaan

Syabas dan Tahniah semua.... Semoga menjadi sumber inspirasi kepada murid2 SKSS yang lain

Photos from SK Seri Saujana's post 09/05/2026

Makluman penglibatan ATLET SKSS...

*Perkara* : Cabaran Larian SKBBSP2 Merentas Desa peringkat Kebangsaan
*Tarikh*: 9 Mei 2026
*Tempat*: Taman Bukit Jalil
*Anjuran*: SK BBSP 2
*Penglibatan*: Sekolah di zon Bangsar, Pudu, Keramat dan Sentul, Putrajaya dan Selangor

*Rumusan aktiviti*: Peserta tidak berjaya meraih pingat top 10..Namun, usaha dan semangat kesukanan yg tinggi telah ditunjukkan.

Tahniah dan Syabas utk atlet merentas desa SKSS.


Photos from SK Seri Saujana's post 08/05/2026

Maklumat Penyertaan Murid SKSS :

KEJOHANAN SKUASY MSSWPKL 2026
5-9 Mei 2026
Tempat: Kompleks Skuasy Jalan Duta

Pencapaian:

MUHAMMAD GHAZI ZIYAD BIN MOHD SHAM KHAIRUL (6I) - Naib Johan

Pencapaian:

1. DHIA SALSABEELA BINTI MOHD SHAM KHAIRUL (3B) - Tempat ke-9

2. NASRUL FAHIEM BIN NIZAMUDIN (6S)- Tempat ke56

Tahniahh dan syabas diucapkan...

Photos from SK Seri Saujana's post 07/05/2026

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 8 TAHUN 2011 PENGURUSAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH

Dalam hal ini, pihak pengurusan sekolah hendaklah bersikap tegas terhadap sebarang perkara yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan murid. Pihak pengurusan sekolah juga hendaklah sentiasa mengingatkan semua guru akan tanggungjawab tersebut agar perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya.

Sedar akan hal ini, pihak sekolah sangat mengambil berat akan segala kemungkinan yang boleh menyumbang kepada isu keselamatan murid. Pihak sekolah akan senantiasa berhubung dengan pihak berkepentingan untuk memastikan kesejahteraan murid menjadi keutamaan.














06/05/2026

06 MEI 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

ASPEK KESELAMATAN SEKOLAH PERLU DITINGKATKAN, GARIS PANDUAN SEDIA ADA DITAMBAH BAIK

Kementerian Pendidikan (KPM) prihatin terhadap beberapa kejadian kemalangan yang berlaku di sekolah baru-baru ini. Ia adalah isyarat jelas keperluan untuk memastikan aspek keselamatan sekolah ditingkatkan.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"






06/05/2026

⚠️ PERINGATAN KESELAMATAN UNTUK MURID-MURID SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN ⚠️

Ibu bapa dan penjaga yang dihormati, mari kita bersama-sama memastikan keselamatan anak-anak kita ketika mereka pulang dari sekolah.

Keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama. Ambil langkah pencegahan hari ini demi masa depan mereka yang lebih selamat.


Photos from SK Seri Saujana's post 05/05/2026

Tarikh : 5 Mei 2026
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Kantin Sekolah SKSS

Guru Besar SK Seri Saujana, Encik Ahmad Shahir bin Jiri telah turun memantau keadaan kantin SKSS berikutan beberapa aduan berkaitan isu kualiti makanan.
Beberapa tindakan telah dan akan dilaksanakan oleh pengusaha kantin bagi memperbaiki mutu menu dan perkhidmatan. Pihak sekolah tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran SOP dan isu berkaitan kesejahteraan murid.














Photos from SK Seri Saujana's post 05/05/2026

📌 MINGGU PPDa SK SERI SAUJANA 2026

Sepanjang 27 April hingga 4 Mei 2026, pelbagai aktiviti menarik dan berinformasi telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah dalam kalangan warga sekolah.

Antara aktiviti yang telah dijalankan:
🔹 Info 5 Minit Ceramah Dadah & Nyanyian Lagu “Dadah Durjana”
🔹 Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
🔹 Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2)
🔹 Demonstrasi Anjing Pengesan (K9)

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal tentang bahaya dadah, malah berjaya memupuk kesedaran dan sikap menjauhi dadah dalam kalangan murid.

💪 Sekolah Bebas Dari Dadah, Masa Depan Lebih Cerah!


04/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada :

- Encik Ahmad Shahir bin Jiri atas pelantikan sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Saujana yang berkuat kuasa pada 04 Mei 2026.

Semoga kepimpinan yang dibawa terus memperkukuh kecemerlangan sekolah serta memacu pembangunan pendidikan yang berkualiti demi kemenjadian murid.














04/05/2026

Selamat Datang Guru Besar Baru, Encik Ahmad Shahir Bin Jiri ke SK Seri Saujana...

Semoga SKSS terus melangkah jauh di bawah pimpinan tuan guru besar...

Photos from SK Seri Saujana's post 04/05/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Untuk makluman, pada 1-3 Mei 2026, telah berlangsung Kejohanan 13th Speed Power International Open Taekwondo Championship 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kejohanan ini adalah Peringkat Antarabangsa.

Seramai 18 peserta telah mengambil bahagian terdiri daripada
12 org pelajar SKSS, KL

Pencapaian adalah seperti berikut

SKSS, KL
Gold 🥇
4 org
(Farah 11y, Auni 10y, Haneen 10y, Adila 12y)

Silver 🥈
3 org
(Meela 8y, Hafidh 11y, Annas 8y)

Bronze 🥉
5 org
(Ammar 8y, Adzreeq 11y, Ammara 11y, Aina Z 11y, Afiqah 12y)

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Mesra Ria
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00