15/04/2026
Warna-warni, wajah-wajah ceria anak-anak didik SRASABAS meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan sekelas & guru-guru di sekolah.
Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat
SRASABAS yang diadakan secara 'portluck' pada hari Jumaat (6/4/2026) bertempat di dewan sekolah telah berlangsung dengan jayanya.
Ucapan perhargaan terima kasih ditujukan buat para pentadbir, guru-guru, staf serta ibu bapa yang telah memberi sumbangan dalam bentuk makanan dan minuman. Terima kasih diucapkan kepada semua โบ๏ธ
"Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Cemerlang, Negara Sejahtera"
06/04/2026
Salam Aidilfitri daripada seluruh warga SRASABAS.
Di kesempatan yang mulia ini, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala khilaf dan kekurangan.
Semoga Syawal yang hadir membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan mempererat ukhuwah sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
06/04/2026
๐นMAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KASIH RAMADAN PERINGKAT SRASABAS 2026๐น
Alhamdulillah selesai Majlis Khatam Al-Quran pada pada 17 Mac 2026 .Antara aktiviti yang dijalankan :
โจMajlis Khatam Al-Quran
โจCeramah Ihya' Ramadhan
โจSumbangan Asnaf
โจTadarus Al-Quran (guru dan murid)
Terima kasih pada semua yang terlibat dalam memeriahkan program sepanjang Ihya' Ramadhan pada sesi ini. Moga kita dapat bertemu lagi pada bulan Ramadhan yang akan datang.
ุชูุจู ุงููู ู
ูุง ูู
ููู
Selamat Hari Raya Kepada Semua daripada kami Warga SRASABAS.
17/03/2026
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN DAN JUADAH IFTAR UNTUK WARGA SRA Saidina Abu Bakar As-Siddiq 2026
Tarikh : 16/03/2026 (Isnin)
Tempat : Dewan SRA Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Dalam program ini, pihak Ikhlas.com telah berbesar hati menaja bakul makanan kepada 19 orang murid daripada golongan asnaf & anak yatim.
Dalam program ini juga, Ikhlas.com telah menyediakan JUADAH IFTAR kepada semua warga SRA Saidina Abu Bakar As-Siddiq sempena Program Kasih Ramadan 1447H.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Puan Farhuna binti Rahman, selaku Pengurus Pemasaran Ikhlas.com.
Semoga Ukhwah ini diberkati Allah dan Ikhlas.com terus maju jaya dan dapat berkongsi rezeki bersama warga sekolah pada masa akan datang.
27/02/2026
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) SRASABAS 2025
Alhamdulillah.
Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua calon UPKK 2025 SRASABAS yang berjaya meraih keputusan cemerlang.
Jutaan terima kasih kepada semua barisan pendidik yang komited dalam menjalankan amanah.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang. Tahniah!
9A = 4
8A = 8
7A = 5
6A = 2
5A = 5
3A = 12
"ู
ู ุฌุฏ ูุฌุฏ"
26/02/2026
โ๐ธุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ๏ทฒ ูุจุฑูุงุชู๐ธ
Khamis
06 Ramadan 1447H.
24 Februari 2026
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS SESI 2026.
Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas,Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas bagi sesi 2026.
Tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik dan semoga semua unit pengawas yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh semangat dedikasi.
13/02/2026
MAJLIS IHYAโ RAMADHAN 1447H PERINGKAT SRASABAS 2026โจ๐
Majlis telah disempurnakan oleh Ustazah Nor Asikin binti Hasan,Guru Penolong Kanan pentadbiran SRASABAS sebagai tanda sokongan padu dalam menyemarakkan penghayatan bulan Ramadhan dalam kalangan murid.
Pelbagai aktiviti kerohanian, tazkirah, kuiz,bacaan surah Yaasin, Hafazan, Nasyid dan program sahsiah akan dilaksanakan sepanjang bulan mulia ini bagi membentuk akhlak terpuji dan semangat kebersamaan warga sekolah.
Majlis ini dianjurkan oleh panitia mata pelajaran Ibadah.Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat seluruh warga SRASABAS.
14/01/2026
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐ฆRASABAS ๐๐๐๐-๐ญ
Alhamdulillah, telah berlangsung Perhimpunan Rasmi Sekolah Kali Pertama bagi sesi persekolahan 2026 ini dengan penuh tertib dan semangat baharu.
Perhimpunan ini menjadi titik permulaan dalam menyatukan warga sekolah, memperkenalkan hala tuju serta menyemai nilai disiplin, adab dan iltizam dalam kalangan murid.
Semoga perhimpunan ini menjadi langkah awal ke arah pembentukan sahsiah murid yang berakhlak mulia, berilmu dan berdaya saing.
11/01/2026
Selamat Datang & Selamat Kembali ke SRASABAS
Sempena pembukaan sesi persekolahan 12 Januari 2026, seluruh warga SRASABAS mengalu-alukan semua murid dengan penuh semangat dan harapan baharu.
Ayuh kita mulakan tahun ini dengan azam yang tinggi, disiplin yang kukuh dan komitmen yang jitu demi mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Selamat maju jaya kepada semua murid, guru dan warga SRASABAS.
Bersama kita cipta kejayaan!
24/12/2025
TAKLIMAT ORENTASI TAHUN 1 SESI AKADEMIK 2026 SRASABAS
TARIKH : 24 DISEMBER 2025 (SELASA)
TEMPAT : SECARA ONLINE
ANJURAN : UNIT HAL EHWAL MURID
SELAMAT DATANG KE SEKOLAH RENDAH AGAMA SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ (SRASABAS) KEPADA WARGA BAHARU TAHUN 1 SESI 2026