29/04/2026
📚HEBAHAN PROGRAM SCHOOL EXPEDITION🏫
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Akademik dan Intelektual Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) sesi 2025/2026 akan menganjurkan School Expedition pada:
🗓️ Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
🕰️ Waktu: 8:30 Pagi - 3:00 Petang
📍 Tempat: SMK Mulong
Dengan tema “Minda Cemerlang Generasi Gemilang”, program ini membawa semangat berkongsi ilmu dan inspirasi bersama pelajar!
Seperti kata Imam al-Syafi’i: “Sesiapa yang berkehendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga, hendaklah ia mencari ilmu.”
29/04/2026
📚[HEBAHAN PROGRAM SCHOOL EXPEDITION]🏫
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Akademik dan Intelektual Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) sesi 2025/2026 akan menganjurkan School Expedition pada:
🗓️ Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
🕰️ Waktu: 8:30 Pagi - 3:00 Petang
📍 SMK Mulong
Dengan tema "Minda Cemerlang Generasi Gemilang", program ini membawa semangat berkongsi ilmu dan inspirasi bersama pelajar!
Seperti kata Imam al-Syafi'i: "Sesiapa yang berkehendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga, hendaklah ia mencari ilmu."
18/04/2026
‼️ NASI KERABU KEMBALI LAGI! 🔥
JUALAN WARNA KKTK: NASI KERABU CITA RASA DARUL NAIM PMKUM
Rindu nasi kerabu original Pantai Timur? 👀✨
Inilah peluang korang untuk rasa nasi kerabu padu, cukup rasa, penuh nostalgia Kelate! 💙
📍 Lokasi: Kolej Kediaman Ketiga (KK3), UM
🗓️ Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)
🕰️ Waktu: 5.00 petang – 8.30 malam
‼️ STOCK TERHAD, 30 BUNGKUS SAHAJA‼️
Siapa cepat, dia dapat 😍 Jangan terlepas!
Sebarang pertanyaan:
☎️ Fatihah: 011-37425418
☎️ Aleeya: 017-922 6361
14/04/2026
🌸🎁 [PENDAFTARAN MAHASISWI CARE KIT]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekretariat Perhubungan Luar dan Kebajikan PMKUM dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fakulti Sastera dan Sains Sosial akan menganjurkan program Mahasiswi Care Kit khas buat mahasiswi.
Program ini bertujuan membantu mahasiswi B40 dan asnaf melalui penyediaan keperluan asas wanita, di samping meningkatkan kesedaran penjagaan diri dan semangat keprihatinan.
Butiran Program:
🗓 Tarikh: 17 April 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 3.00 – 5.00 petang
📍 Tempat: DK D, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya
Tempat adalah terhad. Sila sahkan penyertaan anda melalui pautan berikut:
👉 https://forms.gle/n514g498ZbescFmCA
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
☎️ Anbiyaa: 017-946 3564
☎️ Hannan: 011-1490 1583
Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.
11/04/2026
🌙✨ [PENDAFTARAN SEMARAK RAYA PMKUM] 💥
Sempena kemuliaan bulan Syawal, Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) berbesar hati mengundang anok Kelate UM untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Semarak Raya PMKUM.
Butiran Majlis:
🗓 Tarikh: 12 April 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 10.00 pagi - 1.30 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu UM
👕 Tema Pakaian: Pakaian Tradisional / Baju Raya
💵 Yuran Penyertaan: RM3 seorang
Tempat adalah terhad. Sila sahkan kehadiran saudara/saudari melalui pautan pendaftaran berikut:
👉 https://forms.gle/LZswCfHRmR7tTQJr8
Kehadiran saudara/saudari amatlah dialu-alukan bagi melengkapkan kemeriahan majlis ini.
31/03/2026
🌟 TAHNIAH & SYABAS KEPADA LEPASAN SPM 2025 🎓✨
Detik yang dinanti kini tiba, hasil usaha dan pengorbanan akhirnya membuahkan kejayaan 🤍
Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh pelajar lepasan SPM 2025 atas pencapaian yang telah diraih.
Kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi simbol ketekunan, kesabaran dan semangat juang yang tinggi dalam menempuh pelbagai cabaran sepanjang perjalanan menuntut ilmu.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan serta menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya.
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, kerana perjalanan masih panjang dan peluang sentiasa terbuka luas 🌱.
23/03/2026
🌙 SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI ✨
Syawal kini menjelma, membawa sinar kebahagiaan dan harapan baru 🤍
Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga mahasiswa.
Dalam keindahan Syawal ini, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala khilaf dan kesilapan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak.
Semoga Aidilfitri kali ini mengeratkan silaturahim, menyuburkan kasih sayang, dan menghadirkan ketenangan dalam setiap hati.
Pergi ke desa memetik bunga,
Bunga disusun indah berseri,
Syawal tiba penuh makna,
Maaf dipohon seikhlas hati.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨
12/03/2026
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 📖✨
PMKUM menjemput seluruh warga Universiti Malaya untuk bersama-sama menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan seperti berikut:
🗓 Tarikh: 13 Mac 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi
💻 Platform: Google Meet
https://meet.google.com/bgw-hfrx-hce
Diharapkan kehadiran semua dapat memeriahkan lagi majlis yang penuh bermakna ini.
Jumpa anda secara dalam talian nanti ✨
09/03/2026
✨ SEJAMBAK KASIH RAMADAN ✨
“Iftar Bersama Anak Yatim & Pemberian Kelengkapan Aidilfitri”
Anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) sesi 2025/2026 dengan kerjasama PEKERTI 🤝🏻
📅 Isnin, 9 Mac 2026
📍 Pusat Jagaan Kasih Murni, Kuala Lumpur
Program ini dianjurkan sebagai usaha menyantuni anak-anak yatim serta berkongsi kegembiraan Ramadan melalui majlis iftar bersama dan pemberian kelengkapan Aidilfitri. Semoga program ini dapat menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat.
06/03/2026
🌙 *[SELAMAT MEMPERINGATI MALAM NUZUL Al-QURAN]*📖✨
PMKUM mengucapkan *Selamat Memperingati Malam Nuzul al-Quran* kepada seluruh warga Universiti Malaya dan umat Islam sekalian.
Malam yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita akan turunnya al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat bagi seluruh manusia. Semoga peringatan ini menjadi ruang untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperbanyak tadabbur al-Quran, serta menghayati nilai-nilai yang terkandung di dalamnya.
Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian serta menjadi insan yang membawa kebaikan kepada masyarakat.
Semoga setiap amal dan usaha kita diberkati serta diterima oleh Allah SWT.
✨ Selamat memperingati Malam Nuzul al-Quran.
27/02/2026
✨ CARE & CONNECT 2026 ✨
“Cahaya Ilmu, Nur Ramadan”
Anjuran sekretariat Akademik dan Intelektual PMKUM 25/26 💜
📅 Jumaat, 27 Februari 2026
⏰ 12.00 tengah hari – 8.30 malam
📍 Madrasah Tahfizul Quran Lilbanat Darul Atiq, Pasir Puteh
Program ini bukan sekadar aktiviti, tetapi satu usaha mengeratkan silaturahim dan menyebarkan kasih sayang bersempena Ramadan yang penuh keberkatan.
&ConnectPMKUM