13/04/2026
🌟 **MAJLIS PELANTIKAN BADAN PERKHIDMATAN SEKOLAH 2026** 🌟
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah dilantik sebagai barisan kepimpinan Badan Perkhidmatan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur bagi sesi 2026. 🎖️
Amanah yang digalas bukan sekadar jawatan, tetapi satu tanggungjawab untuk memimpin dengan integriti, berkhidmat dengan ikhlas, dan menjadi contoh terbaik kepada seluruh warga sekolah.
Semoga barisan kepimpinan ini mampu mencorak kecemerlangan, memperkukuh sahsiah, dan membawa sekolah ke arah kejayaan yang lebih gemilang. 💫
“Pemimpin bukan dilahirkan, tetapi dibentuk melalui pengalaman dan keazaman.”