Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Share

Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Photos from Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 20/08/2026

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK: PELAKSANAAN KELAS HIBRID MELALUI PROJEK KGURU

Tarikh: 19 Ogos 2026 / Rabu
Masa: 2:30 petang
Tempat: Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur komited dalam memperkasa PdP melalui pendidikan digital.

Perkongsian hari ini melibatkan Penolong Kanan Pentadbiran yang merupakan individu penting dalam memastikan pelaksanaan projek ini memberi impak dalam melahirkan murid celik IT dan guru fasih digital.

Projek Kguru merupakan medium dalam memastikan kelestarian PdP yang lebih fleksibel dan interaktif buat para guru dan murid.

Terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh Guru Besar SJK(C) Kepong 1 dalam menjayakan program hari ini.

Syabas kepada semua warga pendidik WPKL yang terus berinovasi demi melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing!

Tahun Ini, Tahun Kita
“Dekad ini, Dekad KL”














-2035

19/08/2026

Saya PILIH untuk tandatangan.

19/08/2026

19 OGOS 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)

Kenyataan media berhubung keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







Photos from Kementerian Pendidikan Malaysia's post 19/08/2026
19/08/2026

Kenapa perlu belajar Matematik?

19/08/2026

TARIKH PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2026

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) ingin memaklumkan tarikh pelaksanaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 yang merangkumi Ujian Bertutur, Ujian Amali Sains, Ujian Mendengar dan Peperiksaan Bertulis.

Pelaksanaan peperiksaan adalah seperti berikut:

Ujian Bertutur Bahasa Melayu
26 – 29 Oktober 2026

Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
02 – 05 November 2026

Ujian Amali Sains
16 – 18 November 2026

Ujian Mendengar Bahasa Melayu
23 November 2026

Ujian Mendengar Bahasa Inggeris
24 November 2026

Peperiksaan Bertulis
23 November – 17 Disember 2026

Sehubungan dengan itu, semua calon, ibu bapa dan penjaga serta pihak sekolah disarankan untuk mengambil perhatian terhadap tarikh-tarikh berkenaan dan memastikan persediaan sewajarnya dibuat bagi menghadapi setiap komponen peperiksaan yang telah ditetapkan.

Jadual peperiksaan yang lebih terperinci boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster hebahan atau melalui pautan :
https://lp.moe.gov.my/files/JWP/2026/JWP%20SPM%202026%2018%20OGOS%202026.pdf

JPWPKL mendoakan agar semua calon SPM Tahun 2026 diberikan kesihatan yang baik, ketenangan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh persediaan dan pelaksanaan peperiksaan.

Semoga segala usaha, kesungguhan dan komitmen yang dicurahkan membuahkan kejayaan yang cemerlang.
Selamat maju jaya kepada semua calon SPM Tahun 2026.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Dekad ini, Dekad KL”















Photos from Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 19/08/2026

18 Ogos 2026 / Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit

Program Sentuhan Kasih Murabbi Anak-Anak2 Metropolitan Kuala Lumpur Siri 23 Tahun 2026. Program ini menghimpunkan murid-murid sekitar Chow Kit Kuala Lumpur dan warga pendidik Kuala Lumpur. Aktiviti dimulakan dengan Solat Isyak berjemaah diikuti tasmik Iqra' dan Al-Quran dan diakhiri dengan pembelajaran akademik.

Slot akademik pada kali ini dikendalikan oleh Majlis SISC+ Malaysia Kuala Lumpur untuk subjek Bahasa Melayu. Pada program kali ini amat istimewa kerana dikunjungi oleh Pegawai Bahagian Pendidikan Islam KPM bersama-sama Ketua-ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam seluruh negeri serta Tuan Haji Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan JPWPKL.

Program ini diadakan setiap hari Selasa. Malam ini menghimpunkan warga pendidik sukarelawan di WP Kuala Lumpur ini bertujuan meningkatkan motivasi dan pembentukan jati diri dan nilai kerohanian murid selari dengan hasrat Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan sosial.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Dekad ini, Dekad KL”














-2035

Photos from Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 19/08/2026

Bengkel Latihan Guru Penyelaras Bagi Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2026 Piala MCLC

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2026 – Bengkel Latihan Guru Penyelaras Bagi Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2026 Piala MCLC telah berjaya dilaksanakan di Nexus Lounge, HGH Convention Centre, Sentul.

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman guru-guru penyelaras terhadap format pertandingan yang terkini, kriteria pemarkahan, serta teknik dan strategi penyampaian hujah yang berkesan. Melalui perkongsian ilmu dan sesi latihan yang dijalankan, para peserta didedahkan dengan pendekatan yang lebih sistematik dalam membimbing serta melatih pasukan bahas di sekolah masing-masing.

Selain meningkatkan pengetahuan berkaitan aspek teknikal pertandingan, bengkel ini turut menjadi platform bagi guru-guru berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta memperkukuh jaringan profesional dalam usaha memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKC.

Diharapkan segala ilmu, panduan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua guru penyelaras dalam membuat persiapan pasukan masing-masing. Semoga usaha ini dapat melahirkan pasukan bahas yang lebih berkualiti, berdaya saing dan mampu mempamerkan prestasi cemerlang dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu SJKC Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2026 Piala MCLC.

Selamat maju jaya kepada semua guru penyelaras dan pasukan yang bakal bertanding.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Dekad ini, Dekad KL”














-2035

Photos from Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 19/08/2026

PENGELUARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) TAHUN 2026

Tarikh Pengeluaran Keputusan: 20 Ogos 2026 (Khamis) mulai 10.00 pagi hingga 6.00 petang 26 Ogos 2026.

Calon boleh membuat semakan keputusan SPMU Tahun 2026 melalui:
1. Secara dalam talian: myresultspmu.moe.gov.my
2. Mendapatkan slip Keputusan di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Penyemakan Semula Keputusan SPMU

Permohonan penyemakan semula boleh dibuat dalam tempoh 30 hari, iaitu dari 20 Ogos 2026 hingga 18 September 2026 secara dalam talian melalui elp.moe.gov.my

Moga semua calon beroleh kejayaan.

Tahun Ini, Tahun Kita.
Dekad Ini, Dekad KL














-2035

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
Kuala Lumpur
50604

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30