Lubna Research Center

Lubna Research Center LUBNA | A rookie public policy research center based in Malaysia. We play a significant role similar to that of any research center or think tank.

Research, commentaries and intellectual discourse (SSM: 003594486-M)

www.lubnaresearchcenter.com Lubna Research Center (LUBNA) was established in 2024 and officially commenced operations in 2025. The center is managed by a team of seasoned professionals with substantial experience in public policy research, having worked with government entities, opposition groups, and third-party organizations.

As we navigate new experiences and continuous learning, sometimes information overflows, overwhelms, and goes unused or remains undeveloped. To address this, we decided to create a specific platform that serves as an archive for capturing our experiences, learnings, and ideas. Our mission is to provide insights and analyses on critical issues impacting our nation's public policy. We are committed to offering diverse, critical, and thoughtful articles and discussions on various topics, including economic growth and opportunity, poverty, housing policy, agriculture, transportation, plantation and commodities, and socioeconomic issues. Our goal is to be a valuable and independent resource. We believe that well-informed public policy decisions are essential for creating a better future for all. We aim to provide readers and audiences with the information and resources they need to make informed decisions. Decision-makers are also the decision-takers.

Bagaimanakah BN berjaya mengukuhkan dominasi dalam PRU Dewan Negeri Johor Ke-16?Kertas analisis ini membincangkan dapata...
17/07/2026

Bagaimanakah BN berjaya mengukuhkan dominasi dalam PRU Dewan Negeri Johor Ke-16?

Kertas analisis ini membincangkan dapatan berasaskan data kuantitatif mengenai:

1) Penolakan undi Cina tidak signifikan kepada DAP
2) Penyusutan undi PN memberi kelebihan strategik kepada BN
3) Pertandingan dua penjuru mengukuhkan dominasi BN terhadap PH
4) Adakah kawasan komposisi pengundi Cina yang tinggi menguntungkan PH?

Analisis ini turut ‘menawarkan’ perspektif empirikal terhadap perubahan landskap politik di Johor serta mencabar beberapa andaian lazim mengenai tingkah laku pengundi.

📖 Penyelidik: Alif Fahmi Zahari

Bacaan selanjutnya:
https://www.lubnaresearchcenter.com/researcharchive/prn-johor-2026%3A-analisis-empirikal-terhadap-pola-pengundian-dan-perubahan-sokongan-berasaskan-data-kuantitatif

Malaysia kaya dengan sumber air. Namun, adakah kita benar-benar menghargai nilainya yang bersifat multidimensi?Kertas pe...
15/06/2026

Malaysia kaya dengan sumber air. Namun, adakah kita benar-benar menghargai nilainya yang bersifat multidimensi?

Kertas penyelidikan ini menyentuh mengenai pelbagai dimensi air dalam kerangka pembangunan negara, termasuk struktur tarif air di Malaysia, penggunaan air per kapita, hubungan antara sektor air dan tenaga, bagaimana pertimbangan politik menentukan sistem tarif, serta implikasi pertumbuhan pusat data dan ekonomi digital terhadap sumber air negara.

Penyelidik kami turut membuat kupasan ringkas mengenai jurang ketara antara sektor air💧dan sektor tenaga⚡️dalam dasar pembangunan Malaysia, antaranya bagaimana naratif dan perbezaan ‘framing’ menjadikan sektor tenaga lebih ‘policy-visible’ berbanding sektor air.

📖 Penulis & Penyelidik: Sofiya Tamizi
🔍 Penasihat: Dr. Azmi Aris

Kertas penuh boleh dimuat turun di sini:
https://0af72450-51e1-4a63-abf9-73b3d3ea6814.usrfiles.com/ugd/d4db15_32c37d55d753457cb24ff6bd2a7ff8c6.pdf

Laman web rasmi: www.lubnaresearchcenter.com

15/05/2026

Wacana Ringkas Jumaat #2

Sang Reformis Agama

Dalam konteks reformasi agama, Malaysia berhadapan dengan tantangan yang kompleks dan dinamik. Memahami makna agama, ia merupakan sistem kepercayaan dan amalan individu kepada sang pencipta yang berbentuk spiritual. Dalam dunia serba kompleks ini, agama sering kali dimanfaatkan oleh golongan tertentu sebagai alat eksploitasi, pengekalan status quo serta ugutan melalui pengawalan naratif yang selektif.

Agama adalah candu. Begitulah ungkapan yang pernah diutarakan oleh Karl Marx dalam A Contribution to the Critique of Hegel's Philosophy of Right. Beliau menukilkan kalimah ini kerana di zamannya tersebut, beliau berhadapan dengan ribuan, malah ratusan ribu masyarakat yang terpedaya dengan tipu-daya agamawan yang gagal menyedari atau lalai tentang hakikat penindasan berlaku oleh golongan borjouis.

Karsandas Mulji, seorang jurnalis dari etnik Gujarat era India Moden memperlihatkan beliau berjuang menentang aparat elit agama yang menggunakan dalil-dalil dewa Hindu sebagai alat untuk memuaskan nafsu serakahnya. Beliau menentang budaya kontroversial iaitu “Charan Seva” yang diperkenalkan oleh seorang Maharaj, Junadath untuk meniduri wanita dalam upacara spiritual.

Di Barat kurun ke-18, Voltaire melawan institusi-institusi gereja kerana dikatakan mengawal dogma masyarakat di Perancis ketika itu hingga dibuang negeri ke England. Di Timur Tengah, Muhammad Abduh membangkitkan keperluan pemikiran Islah dan Tajdid bagi melawan golongan anti-rasionalisme yang jumud, taklid membuta tuli dan asabiyah dalam bermazhab.

Di Tanah Melayu era 1950-an, terdapat seorang reformis yang memperjuangkan idea Islah dari taklid yang berbeza menerusi gagasan Kaum Muda. Individu tersebut adalah Hasyim A. Ghani dari Negeri Sembilan. Bezanya, Hasyim A. Ghani lebih tertumpu fundamental kepada usul fiqh yang dilihat bercanggah dengan amalan Islam Kaum Tua.

Antara Eksploitasi dan Ketaatan

Eksploitasi sering kali dikaitkan dengan konsep ketaatan. Dalam konteks sejarah, eksploitasi bermula melalui satu sistem yang dicipta untuk membentuk kepatuhan dan ketaatan. Di India, sistem ini berkait dengan sejarah India Kuno yang dikenali sebagai sistem kasta yang merupakan satu bentuk stratifikasi sosial yang membahagikan masyarakat kepada lapisan-lapisan yang berbeza berdasarkan kelahiran, pekerjaan dan status sosial.

Di Timur Tengah, eksploitasi dan ketaatan berlaku untuk mengawal status dan pergerakan buruh binaan di negara-negara Teluk Arab demi mendapatkan izin dan sokongan dari majikan mereka untuk tinggal dan bekerja secara sah. Jika di Eropah, sistem feudal adalah sistem paling popular selepas kejatuhan Empayar Rom Barat yang mana serf (petani) adalah kumpulan yang menjadi alat penindasan kepada vasal (aristokrat kecil) dan lord (tuan tanah).

Eksploitasi di dalam GISB sering kali dikaitkan dengan konsep ketaatan mutlak kepada pemimpin. Ia dikaitkan dengan penggunaan pengaruh agama dan spiritual bagi memastikan kepatuhan pengikut terhadap budaya dan tradisi mereka tanpa perlu persoal tentang kewajaran berbuat demikian.

Malaysia Moden memerlukan Sang Reformis Agama

Apabila berbicara soal reformis agama, bukan bererti Malaysia menolak hukum-hakam dan usul-fiqh Islam. Malaysia perlu menolak salah guna kuasa agamawan yang mempengaruhi masyarakat umum tentang ketaksuban dalam agama yang melampau hingga mencetuskan fitnah dalam kalangan kita. Ini kerana, agama memerlukan sebahagian pemikiran rasional yang keluar dari kepompong jumud serta fahaman radikalisme.

Bagaimana saudara sesama muslim boleh melazimi eksploitasi dalam kalangan kanak-kanak, penipuan sijil halal Jakim dan membiarkan aktiviti meliwat di premis sendiri? Bagaimana tokoh-tokoh agamawan lebih memilih perdebatan tentang perbezaan mazhab dan fikrah politik sedangkan awlawiyat (keutamaan) adalah pengukuhan fundamental Islam dalam kalangan masyarakat yang tenat memahami makna Islam.

Dalam masa sama, Islam di Malaysia ini lebih bersifat medium yang lebih memecah-belahkan keharmonian kaum dan agama. Bahkan, wujud elemen takfiri sesama agama meskipun hanya bercanggah dan berbeza pendapat melalui fikrah politik.

Reformis agama tidak semestinya datang dari parti-parti Islamis, bahkan ia boleh hadir dari mana-mana aktivis dalam organisasi-organisasi Islamis yang lain.

Pada alaf ke-21, Malaysia memerlukan sang reformis agama yang benar-benar dapat meyakinkan masyarakat umum tentang bahaya ketaksuban dalam beragama dan mengajar kepentingan wasatiyah dalam segala aspek kehidupan.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lubna Research Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share