Goboks Nota Nilzahs

Goboks Nota Nilzahs

Share

Laman Ilmu Perkongsian Wanita Bisnes

14/01/2024

Yakinlah, setiap apa yang Allah swt telah takdirkan untuk kita semua baik baik belaka.

Maka, tetaplah reda diatas setiap ketentuan yang Allah swt takdirkan untuk kita.

Moga kita sentiasa menjadi hamba yang selalu bersyukur.

Allah swt lah sebaik baik perancang!



13/11/2023

Tidak semua orang mulutnya ada mutiara.

Kadang kala penuh duri berbisa.

Jadi, kita kena bijak menapis apa yang perlu kita terima.

Agar tidak merosakkan hati dan kehidupan kita.


Tiada istilah mulut jahat hati baik. Kerna semua yang keluar dari mulut, dah tentu niatnya dihati.

12/11/2023

Hati kita tidak akan terasa sakit, jika kita tidak benarkan ia untuk disakiti.

Tidak perlu terima dan dengar semua yang dikatakan orang tentang kita.

Sebabnya tidak semuanya benar.

Kita boleh memilihnya. Itu hak kita.

Noktah.


Amik pendekatan, 'ini bukan hal aku.'

14/08/2021

Bila kita rasakan semua hasil dan usaha kita atas kehendak Allah, atas belas ihsan dan kasih sayang Allah terhadap kita, InsyaAllah segala urusan kita akan lebih mudah.

Dan, andai suatu hari DIA tarik balik semuanya, kita tak akan rasa sakit terduduk. Sebabnya, kita tak pernah rasa semua itu kita yang punya.

Dengan Allah, kita akan jadi serendah-rendahnya.
Jadikan setiap apa yang kita usahakan itu sebagai tanda syukurnya kita kepadaNYA.


17/06/2021

Assalamualaikum

Merengek lah Dalam Doa Doamu
Besarkan Pengharapanmu & Tangisilah Dirimu yg Sering Lalai terhadap Allah s.w.t
Jika kamu melakukan ini berterusan Maka kamu akan merasai Kelazatan Dalam Ibadah Dan Berdoa Dengan Penuh Keiklasan

6 Zulkaedah 1442H
17 June 2021

25/05/2021

Assalamualaikum

Kelebihan Puasa Enam

Kesimp**an

Hakikatnya banyak lagi kelebihan berpuasa enam, atau kelebihan berpuasa itu sendiri. Sepertimana yang kita ketahui puasa itu membuahkan takwa.
Imam al-Ghazali menghuraikan takwa di dalam Minhajul Abidin;

“Takwa itu ialah kamu menjauhi semua yang dikhuatiri akan merosakkan agama kamu. Tidakkah kamu melihat bahawa dikatakan kepada pesakit yang dijaga, supaya menjauhi semua perkara yang boleh memudaratkan badannya sama ada dari segi makanan, minuman buah-buahan ataupun selainnya.”

Semoga dengan puasa enam ini menjadikan diri kita sentiasa dilandasi dengan dasar takwa sehinggalah bertemu dengan Ramadan pada tahun depan, insya-Allah

13 Syawal 1442H
25 Mei 2021

21/04/2021

Assalamualaikum w.b.t

SESIAPA YANG MENENTANG ALLAH DAN RASUL PASTI AKAN SESAT

Firman Allah SWT :

وَمَن یُشَاقِقِ ٱلرَّسُولَ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَیَّنَ لَهُ ٱلۡهُدَىٰ وَیَتَّبِعۡ غَیۡرَ سَبِیلِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ نُوَلِّهِۦ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصۡلِهِۦ جَهَنَّمَۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا
[Surat An-Nisa' 115]

‎Terjemahan :

"Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia p**a mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."

9 Ramadan 1442H
21 April 2021


06/04/2021

Assalamualaikum

1 Hari 1 Tazkirah..

Nabi pernah bersabda :

Ertinya : Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu'allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya" ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

Nabi menasihatkan seorang sahabat yang agak kerap memohon bantuan harta dari Nabi s.a.w:-

Ertinya : Wahai Hakim, sesungguhnya harta merupakan seperti buahan yang subur, manis lagi disukai, barangsiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang zuhud (dan tidak meminta-minta) nescaya akan diberkati baginya pada harta itu, barangsiapa mengambilnya dengan tinggi diri (serta tamak) tiada berkat di dalamnya, sebagaimana orang yang makan tetapi tidak kenyang" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

24 Shaaban 1442H
6 April 2021

08/03/2021

Assalamualaikum

Selamat hari wanita sedunia kepada para sahabat wanita sekalian.

Wanita itu diperkatakan hiasan duaniwi. Namun, perhiasan itu akan kekal cantik dan releven jika diindahkan dengan kebijaksaan dan keimanan serta adab sopan.

Sesungguhnya seindah hiasan itu adalah wanita solehah❤

19/02/2021

5 TIPS START BISNES
***********************

Ramai masa PKP ni dah mula nak intai-intai peluang berniaga. Bagus! Sy sangat sokong. Jangan takut untuk bermula 💪

1. Guna apa dalam tangan.

Banyak bisnes sekarang tak perlukan modal. Boleh mula dengan kepakaran yang anda ada. Buat kek, kuih, menjahit, ambil gambar atau mengajar. Atau pun sesuatu yang korang minat atau dekat dengan korang.

2. Fokus.

Bisnes berjaya bila mereka fokus buat 1 bisnes sampai jadi. Fokus kembangkan 1 bisnes sahaja. Kalau tak nanti penat bila semua benda nak buat, tapi semua benda korang buat result biasa-biasa je. Biar buat 1 benda result luar biasa, lepas tu copy-paste.

3. Invest pada ilmu.

Bisnes bukan bakat semulajadi, Ilmu Bisnes boleh belajar. Apatah lagi sekarang, semua boleh google. Walaupun ilmu percuma di mana-mana, jangan kedekut untuk invest 🌱

4. Jangan menjual, tapi bantu.

Bila kita mula menjual, orang mula lari. Fokus nak selesaikan masalah orang dahulu, bukan jual benda. Anggap je korang takde benda nak jual. ‘Untung’ akan datang kemudian.

5. Cari mentor.

Elakkan dari langgar dinding. Cari orang yang boleh guide anda dan nasihatkan anda apa nak buat next. Mentor ni mungkin dia adalah kawan anda, keluarga sendiri, usahawan yang dah berjaya, coach bisnes atau sesiapa yang dah ada result 💯

Ingat,

Tidak penting dari mana anda bermula, yang penting kemana anda nak pergi.
Hasilnya bukan sehari dua. Namun jika diteruskan, hasilnya pasti amat luarbiasa!


17/02/2021

Assalamualikum semua.

Khas untuk srikandi yang cekal hatinya. Satu kelas online bisnes khas untuk para wanita kini dibuka.

Women Content Mastery (WCM) akan berlangsung 19/2/2021-21/2/2021 secara maya.

Semua wanita yang berbisnes khasnya dijemput untuk menyertai WCM.

Link pendaftaran seperti dibawah ya☺

https://dhuharashidi.onpay.my/order/form/WCM/48



WOMEN CONTENT MASTERY 2021 KELAS BELAJAR CONTENT UNTUK WANITA BISNES

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kepong
Kuala Lumpur
51100