SRA Al-Suyuthi Kg. Pandan

SRA Al-Suyuthi Kg. Pandan

Share

Sekolah beraliran agama Islam diselia oleh Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI)

01/06/2026

Hebahan 📣📣📣

Permohonan Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan Sesi 2027 SRA AL-SUYUTHI Secara Dalam Talian.

TatacaraPermohonan :
Secara QR CODE

Tarikh Permohonan : 1 Jun 2026 - 30 Jun 2026

Sila Scan QR CODE melalui :
i. Laman Web Jabatan JAWI (FB)
ii. FB Sekolah
iii. Banner di pagar sekolah

📌 Keputusan akan dihantar melalui E-mail yang diberi.

Sekiranya Maklumat Tidak Lengkap Permohonan tuan puan tidak akan di proses.

29/05/2026

Pendaftaran Tahun 1 SRA Wilayah persekutuan 2027 dibuka 1June hingga 30 June 2026

Keutamaan "first-come, first-served" dan pernah mengikuti kelas Pra Sekolah

Wajib berdaftar di Sekolah Kebangsaan terlebih dahulu

27/05/2026

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2026 ✨

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

Semoga setiap pengorbanan, doa dan keikhlasan diterima serta dipermudahkan segala urusan hidup.

Ikhlas dari warga SRA Al-Suyuthi

15/05/2026

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik SRA Al-Suyuthi

“Guru Bitara, Nadi Negara” membawa makna besar bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah insan yang membentuk sahsiah, mencorak masa depan dan menjadi penggerak kemajuan negara.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan dedikasi yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa. Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah yang terus mengalir dan setiap usaha dipermudahkan serta diberkati.

Daripada seluruh warga SRA Al-Suyuthi,
kami mengucapkan:
Selamat Hari Guru 2026
“Guru Bitara, Nadi Negara” 🌹📚

14/05/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SRA AL-SUYUTHI 2026 🧑🏻‍🏫

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru 2026 yang bakal berlangsung dengan pelbagai pengisian menarik dan penuh makna.

📅 18 Mei 2026 (Isnin)

Semoga sambutan ini menjadi tanda penghargaan buat semua guru yang telah banyak menabur bakti dan mendidik generasi ummah dengan penuh dedikasi serta kasih sayang. 🌹

Selamat Hari Guru buat semua pendidik!
“Guru Bitara Nadi Negara”

13/05/2026

Hebahan📣📣📣

Pendaftaran murid Tahun 1 SRA dan Kafa sesi Akademik Tahun 2027

Untuk makluman permohonan Tahun 1 2027 hanya melalui atas talian (scan QR) sahaja.

Photos from SRA Al-Suyuthi Kg. Pandan's post 07/05/2026

✨Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Mini Ihtifal 2026 ✨

Alhamdulillah, pada 27 April 2026 (Isnin) telah di adakan Penyampaian Hadiah bagi Pemenang Mini Ihitfal 2026.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya menunjukkan bakat, keberanian dan semangat dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada murid yang lain.

Syabas dan tahniah diucapkan!



Photos from SRA Al-Suyuthi Kg. Pandan's post 17/04/2026

🌙✨ SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ✨🌙

Alhamdulillah, pada 10 April 2026 (Jumaat) telah berlangsung dengan meriah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah SRA Al-Suyuthi dengan penuh keceriaan, ukhuwah dan kemeriahan. 🎉

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah memberikan sumbangan makanan dan minuman.

Semoga sambutan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga SRA Al-Suyuthi.


17/04/2026

Video montaj Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2026✨

Photos from SRA Al-Suyuthi Kg. Pandan's post 10/04/2026

PERTANDINGAN MINI IHTIFAL PERINGKAT SEKOLAH 2016

Alhamdulillah, pada 7 April 2026 (Selasa) telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Mini Ihtifal Peringkat Sekolah 2026 yang penuh meriah dan bermakna.

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid serta memupuk keyakinan diri dalam pelbagai bidang. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita, Nasyid, Penulisan Jawi & Khat.

Tahniah diucapkan kepada murid yang telah memasuki acara serta menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada para guru dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

Inshallah pengumuman pemenang akan diadakan dalam masa yang terdekat.


Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Thaver
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 04:30
Friday 09:00 - 16:30