Sekolah Kebangsaan Seri Suria - Rasmi

Sekolah Kebangsaan Seri Suria - Rasmi

Share

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA Sk Seri Suria merupakan sekolah yang terletak dalam sebuah taman perumahan berhampiran dengan OUG dan Bandar Kinrara.

Mula beroperasi pada tahun 2001>Mempunyai bilangan murid sekitar 650-700 orang murid yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk PPR Kg Muhibbah.

11/05/2026

🎉 Tahniah diucapkan kepada
Nur Farhatul Az Zahra Binti Muhammad Nasrul Faiz (1 Berlian)
atas kejayaan memenangi Tempat Ke-2 🏆 dalam Pertandingan Pushbike Muar Johor 2026 bagi kategori 6–9 Tahun.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Warga SK Seri Suria berasa amat bangga dengan pencapaian anda! 🌟👏










11/05/2026

Tahniah diucapkan kepada
Suzhi Indah Putri Binti Abdullah (5 Berlian)
atas kejayaan meraih Pingat Perak 🥈 dalam Taekwondo Championship MATSA Junior 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha, berdisiplin dan berani mencabar diri ke tahap yang lebih tinggi.

Warga SK Seri Suria amat berbangga dengan pencapaian anda! 🌟











Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Suria - Rasmi's post 11/05/2026

Dialog Prestasi Panitia Pendidikan Islam telah diadakan dengan tujuan membincangkan pencapaian akademik murid serta langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam. Program ini melibatkan kerjasama antara guru-guru panitia dan pihak pentadbir dalam memastikan kecemerlangan murid dapat dicapai secara berterusan. Selain itu, sesi dialog turut memberi ruang untuk perkongsian pandangan, cadangan, dan strategi bagi memperkukuhkan pembelajaran serta motivasi murid.









Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Suria - Rasmi's post 11/05/2026

JADUAL PENTAKSIRAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2026

Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik bagi murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) akan berlangsung pada:

18 Mei 2026 hingga 22 Mei 2026

Semoga semua murid membuat persediaan yang rapi, menjaga kesihatan dan menjawab dengan tenang serta penuh yakin. Usaha hari ini adalah kejayaan esok hari!

Selamat maju jaya kepada semua murid SK Seri Suria!








11/05/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

PEMAKLUMAN MENGENAI PROGRAM 5 MINIT KESEDARAN KESELAMATAN SEKOLAH

✍🏻 Bermula pada 11 Mei 2026, dilaksanakan semasa perhimpunan rasmi sekolah.

✍🏻 Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kesedaran semua warga sekolah mengenai aspek keselamatan, mengurangkan risiko kemalangan, membudayakan amalan keselamatan & memupuk tanggungjawab bersama.

✍🏻 Panduan pelaksanaan: Penyampaian secara bergilir oleh Guru/Murid/Pegawai untuk kepelbagaian perspektif

✍🏻 Cadangan topik keselamatan:
1. Keselamatan fizikal seperti kemalangan jalan raya, kantin, makmal/bengkel, aktiviti kokurikulum & cuaca buruk

2. Pencegahan risiko & kesihatan seperti pencegahan kebakaran, eletrik, pencegahan buli & kesihatan diri




11/05/2026

PENGUMUMAN
TUAN/PUAN YANG DIHORMATI

Temui kami di
Program Kutipan "Trash to Cash" bersama SWCorp WPKL dan Alam Flora KL pada ketetapan berikut.

Tarikh: 23 Mei 2026 (SABTU)
Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tempat: Dewan SK Seri Suria

Jom kitar semula, kami terima :
Botol plastik, Tin, Besi, Kaca, Kertas, Kotak, Kotak Minuman, E-waste dan Minyak Masak Terpakai. Tukar sampah anda kepada tunai sekarang.

AYUH BERAMAI- RAMAI..BAWA BARANGAN KITAR SEMULA KE SKSS !
Jumpa anda di sana !


WILAYAH PERSEKUTUAN







Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Suria - Rasmi's post 11/05/2026

Alhamdulillah, Kem Bestari Solat berjaya dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan semangat, sekaligus membantu murid meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan ibadah solat dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru atas tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan, dan tahniah kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama serta penyertaan yang sangat baik sepanjang program berlangsung.







Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Suria - Rasmi's post 11/05/2026

Perhimpunan Rasmi TKRS telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh disiplin, semangat kerjasama dan komitmen daripada semua ahli.







Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Suria - Rasmi's post 11/05/2026

PLC: Bengkel Training of Trainers (TOT) Looker Studio & Google Apps Script

Peningkatan Kompetensi Digital Guru SK Seri Suria 2026

Melangkah seiring transformasi pendidikan digital, guru-guru SK Seri Suria terus memperkasa kemahiran teknologi melalui bengkel TOT yang memfokuskan penggunaan Looker Studio dan Google Apps Script dalam pengurusan data serta automasi tugasan pendidikan.

Semoga ilmu yang dikongsi menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih cekap, kreatif dan berimpak tinggi demi kecemerlangan pendidikan abad ke-21.















Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Suria - Rasmi's post 10/05/2026

KEM KEPIMPINAN - KARNIVAL GENERASI MADANI SK SERI SURIA 2026

Alhamdulillah, Kem Kepimpinan telah berlangsung dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua peserta, fasilitator dan guru yang telah memberi kerjasama serta komitmen sepanjang program berlangsung.








Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan 8A Taman Tan Yew Lai Off Jln Puchong
Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00