SK La Salle 2 Jinjang

SK La Salle 2 Jinjang

Share

Sebuah sekolah rendah yang terletak di Jinjang Utara, Kuala Lumpur. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1957.

Muridnya terdiri dalam pelbagai kaum dan majoriti murid nya adalah kaum Melayu. Sebuah sekolah rendah yang terletak di Jinjang Utara.

28/12/2025

Persekolahan SESI PETANG pada penggal pertama 2026 bagi SK La Salle 2 Jinjang.


Photos from SK La Salle 2 Jinjang's post 25/12/2025

🌷MAJLIS PERPISAHAN🌷
Terima Kasih Cikgu, Jasamu Dikenang

▪️Hari : Jumaat
▪️Tarikh : 19 Disember 2025
▪️Masa : 9.00 pagi
▪️Tempat : Dewan De La Salle

Terima kasih atas segala kenangan, kerjasama dan sokongan yang telah diberikan Encik Daud bin Kamsany, Guru Besar serta Puan Siti Nadhiah dan Puan Noor Aini sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Banyak pengalaman dan ilmu berharga yang akan kami kenang sepanjang masa.

Kami warga La Salle 2 Jinjang memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, tutur kata dan perbuatan.

Semoga kita semua terus diberi kejayaan dan keberkatan.


Photos from SK La Salle 2 Jinjang's post 22/12/2025

🔸PROGRAM SUMBANGAN FEED A FAMILY SKLS2J

Terima kasih kepada Mr. Gangesh yang telah mewakili pihak Feed A Family (FAF) atas sumbangan barangan keperluan asas kepada 7 orang keluarga La Salle 2 Jinjang.

▪️Tarikh : 19 Disember 2025
▪️Hari : Jumaat
▪️Masa : 11.00 pagi
▪️Tempat : Kabin

Semoga pemberian sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga terlibat.



Photos from SK La Salle 2 Jinjang's post 21/12/2025

ANUGERAH SIJIL WANGSA PENGAKAP WILAYAH 2025

Tahniah diucapkan kepada :
Encik Daud bin Kamsany (Guru Besar)
Cik Nurul Jannah binti Mustafa (Pemimpin Kumpulan)

atas penerimaan Sijil Wangsa Pengakap Wilayah sempena
Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia Kuala Lumpur pada 15 Disember 2025 yang lalu di The Urban Kuala Lumpur.

Semoga dengan penerimaan anugerah ini akan menjadi motivasi untuk terus cemerlang pada masa akan datang.


20/12/2025

Murid dan pelajar yang kerap ponteng sekolah di Melaka berdepan risiko kehilangan keistimewaan serta kelayakan menerima bantuan pendidikan.

Cadangan itu akan diangkat Kerajaan Negeri kepada Kementerian Pendidikan sebagai langkah lebih tegas menangani gejala ponteng yang kini dianggarkan melibatkan 10 hingga 15 peratus pelajar.

Exco Pendidikan negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pelajar yang ponteng melebihi tempoh ditetapkan berkemungkinan ditarik bantuan seperti bantuan permulaan persekolahan, biasiswa dan derma siswa.

Langkah ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa agar lebih prihatin terhadap kehadiran anak ke sekolah.

Sumber: Melaka Hari Ini
Gambar: Kosmo

18/12/2025

Terima Kasih En Daud bin Kamsany (Guru Besar), Puan Siti Nadiah binti Ahmad dan Puan Noor Aini binti Arman di atas didikan, bimbingan dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhdmat di SK La Salle (2) Jinjang.

16/12/2025

Kem Inisiatif Menguasai Al-Quran merupakan sebuah program yang dianjurkan bagi membantu peserta meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid, di samping memupuk minat serta kecintaan terhadap Al-Quran.

Sepanjang program ini, peserta didedahkan kepada:

🌻Pembetulan bacaan Al-Quran

🌻Asas tajwid dan kelancaran bacaan

🌻Penghayatan dan amalan membaca Al-Quran

Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja celik Al-Quran, malah mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

📌 Jangan lupa untuk like, share dan subscribe chanel TVPSS & FB sekolah bagi menyokong program-program kerohanian dan pendidikan.

⛓️: https://youtu.be/0Z9kZWGJErI

Photos from SK La Salle 2 Jinjang's post 16/12/2025

🎈Kem Inisiatif Menguasai Al-Quran 2025

Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Inisiatif Menguasai Al-Quran yang bertujuan memperkukuh penguasaan bacaan Al-Quran serta memupuk kecintaan terhadap Kalamullah dalam kalangan peserta.

Program ini memberi fokus kepada pembetulan bacaan, penghayatan makna serta amalan membaca Al-Quran secara istiqamah. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berterusan dan diberkati Allah SWT.

Tarikh: 16 Disember 2025
Hari: Selasa
Tempat: Dewan De La Salle

Perasmi:
🌹 En Mohamad Nor bin Abd. Hamid -
Ketua Lajnah Dakwah & Kebajikan Islam Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Tetamu yang hadir:
🍂 Pn Fatimah Zahra Zulkafli - Pengerusi Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah (PIKU)
🌻 En Mohd Razif bin Arshad - Ketua Pegawai Operasi Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah (PIKU)

🤲 Terima kasih kepada semua guru, fasilitator dan peserta yang telah menjayakan program ini.

📖 “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.”

Photos from SK La Salle 2 Jinjang's post 14/12/2025

✨ Majlis Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum 2025✨
Dirakam pada 12 Disember 2025, bertempat di Dewan De La Salle, majlis ini meraikan murid-murid yang cemerlang dalam bidang ko-kurikulum sepanjang tahun.

📅 Tarikh: 12 Disember 2025
⏰ Masa: 9.00 pagi – 10.30 pagi
📍 Lokasi: Dewan De La Salle

Terima kasih kepada semua murid, guru dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh! 🎉

Ep 43 | Majlis Kecemerlangan Ko-kurikulum 13/12/2025

✨ Majlis Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum 2025✨
Dirakam pada 12 Disember 2025, bertempat di Dewan De La Salle, majlis ini meraikan murid-murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum sepanjang tahun.

📅 Tarikh: 12 Disember 2025
⏰ Masa: 9.00 pagi – 10.30 pagi
📍 Lokasi: Dewan De La Salle

Terima kasih kepada semua murid, guru dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh! 🎉

Ep 43 | Majlis Kecemerlangan Ko-kurikulum ✨ Majlis Kecemerlangan Ko-kurikulum 2025Dirakam pada 12 Disember 2025, bertempat di Dewan De La Salle, majlis ini meraikan murid-murid yang cemerlang dalam b...

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


SK LA SALLE 2 JINJANG, Jalan Tebing Timur, Jinjang Utara
Kuala Lumpur
52000